3 Nov 2012

Laporan Polis Terhadap Ugutan UMNO Untuk Tumpahkan Darah Di Himpunan Petang Ini

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Pakatan buat laporan polis
SEREMBAN: Menjelang sehari sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban hari ini, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria semalam.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Razali berkata:

‘Jika polis tidak bertindak, jangan salahkan NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak akan bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah’.

Laporan polis itu dibuat oleh Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

“Kata-kata tersebut bukan sahaja mencabar polis, tetapi turut berunsur ugutan terhadap kami selaku penganjur dan orang awam yang dijangka akan hadir pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat 03 November ini.

“Selain itu, mereka yang terbabit juga telah membuat pelbagai tuduhan liar dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat tentang program kami.

“Kami berharap polis boleh bertindak segera terhadap mereka yang terbabit dalam mengeluarkan kenyataan ini, kerana ia berunsur ugutan dan mengganggu keamanan dan ketenteraman awam,” kata Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassim.

Turut bersama Sabaruddin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Sembilan, Anuar Azhari dan Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin.

Semalam GMPN dan beberapa NGO Negeri Sembilan mengadakan bantahan di tapak program membantah penganjuran program Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Razali juga dipetik berkata mereka yakin program itu akan menimbulkan huru-hara dan keamanan yang dimiliki negara tidak sepatutnya dimusnahkan dengan menjadikannya bahan politik.

Pemangku Setiausaha Agong Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad pula berkata program itu dikhuatiri akan menimbulkan kejadian tidak diingini.

“Jangan menyibuk dan kacau Negeri Sembilan, pergilah negeri sendiri. Kami sepakat jika program ini diteruskan, kami akan menghalang dan membantah 100 peratus,” katanya.

50,00 disasarkan

Sementara itu Pakatan Rakyat mensasarkan sekurang-kurangnya 50, 000 akan hadir pada Himpunan Kebangkitan Rakyat bertempat di Taman Seremban Jaya (Belakang Petronas) pada hari Sabtu, 03 November ini.

Program akan bermula seawal jam 03.00 petang apabila lebih 300 penunggang motorsikal dari Kelab ARC dan pendokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di Perkarangan Stadium Paroi.

Konvoi bermotorsikal ini akan bergerak menuju ke Tapak Himpunan di Taman Seremban Jaya.

Pelbagai acara telah disenaraikan dan antaranya Pidato Rakyat yang akan menampilkan pemimpin muda dari Pakatan Rakyat dan NGO; persembahan artis, pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan ceramah oleh kepimpinan utama Pakatan Rakyat.

Tentatif Program adalah seperti berikut:


NGO: ‘Kami bantah 100 peratus Himpunan Kebangkitan Rakyat esok’


Sebahagian pemimpin 15 NGO mengadakan bantahan memprotes Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung, esok.


SEREMBAN – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini bersepakat menghalang penganjuran Program Himpunan Kebangkitan Rakyat di negeri ini jika pihak penganjur tetap berdegil mengadakannya esok.

Semalam, kira-kira 50 orang terdiri daripada 15 NGO berkumpul di hadapan tapak program itu bakal berlangsung di Taman Seremban Jaya sebagai tanda protes selain turut mendesak pihak polis mengambil tindakan.

Pemangku Setiausaha Agung Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad berkata, sekalipun Akta Perhimpunan Aman2012 menyebut sebarang perhimpunan tidak memerlukan permit, namun ia dikhuatiri akan menimbulkan kejadian tidak diingini.

“Kami marah dan geram terhadap penganjuran program itu dan mahu pihak penganjur membatalkannya dengan memilih negeri lain yang berada di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).

“Jangan menyibuk dan kacau Negeri Sembilan, pergilah negeri sendiri. Kami NGO telah sepakat jika ia terus diadakan, kami akan menghalang dan membantah 100 peratus,” katanya.

Menurutnya, tiada apa yang perlu dibangkitkan oleh PR dengan menganjurkan program itu kerana negara ini berada dalam keadaan aman.

Sementara itu Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, tujuan bantahan itu dibuat kerana mereka yakin program itu akan menimbulkan huru-hara.

Katanya, keamanan yang dimiliki negara tidak sepatutnya dimusnahkan dengan menjadikannya sebagai bahan politik.

“Penganjuran program ini adalah untuk bahan politik mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13,” katanya.

Razali berkata, polis diharap dapat bertindak segera dengan mengharamkan program itu diadakan kerana dikhuatiri insiden perhimpunan Bersih akan berlaku di Negeri Sembilan.

“Jadi, kami barisan NGO telah membuat laporan polis pagi tadi (semalam) sebagai tanda bantahan.

“Jika polis tidak bertindak, jangan salahlah NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah,” katanya.

Antara NGO yang hadir, GMPN, Pekida, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Rantau, Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Negeri Sembilan, Pertubuhan Belia, Putera dan Al-Ehsan.
-SH

13 ulasan:

Din Mun berkata...

Macam dah tak ada demokerasi kat Malaysia ni kalau macam tu.

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Lepas satu perhimpunan ada lagi perhimpunan....yang tak sedap tu dok yumpah dan kata orang mana tak hot maka tu yang jadi masalah.....

Pakcu dah acapkali kata mana-mana perhimpunan yang dok caci maki satu sama lain lambat laung jadi gaduh punya...tapi korang lebih pandai dari Pakcu......lantak hanglah.......

Tanpa Nama berkata...

Mejar Bersara tu masih teringat lagi tak puas berjuang dengan kominis.

sim_2096 berkata...

DIORANG BT PERHIMPUNAN HARAM..RILEK JE X DE ORG KACAU PUN...SIAP BLEH PANGGIL MEDIA LG, ADA PERMIT KE...X KNE TANGKAP PUN,...MENTALITI DIORG NI PELIK SKET...DIORG BT BLEH...ORG LAIN BT X LEH...

Tanpa Nama berkata...

mejar pencen tu adalah mejar berotak lembu. sembelih jer....

Amuraria berkata...

BARUA LEMBU PECACAI UMNO-APCO PESARA ASKAR PANGKAT MEJAR TU INGAT BAPAK DIA PUNYA NEGERI KA ? MALAYSIA TAK ADA DEMOKRASI KA ? WEY BAHLOL KELABU ASAP PUNYA GMPN ! MEMANG LAHANAT HARAMJADAH SAMSENG BEKAS ASKAR TOTOK UMNO-APCO NI,HARAP PDRM BERTINDAK TANPA 'FEAR OR FAVOUR' KEATAS UGUTAN PECACAI-PECACAI SEKUTU APCO YANG MAHU TUMPAHKAN DARAH RAKYAT ! ABU !

Ngah Phg asal Melaka berkata...

mejar pencen ni sama juga brahim perkosa..pukida..hassan berasjati..kotak ezam..zul kulum..hafelda..ejat lembu..bik mama..nazri hummer..soi lek porno..sekumpulan samseng taik kucing dr kg umno/bee end

Osama berkata...

Memang lama dh takdaq demokrasi di Malaysia ni! Yg ada demo kasi...ha tu memang melacak!

Tanpa Nama berkata...

Akupun askar juga rilekje mejar cari makan cm tula

Tanpa Nama berkata...

Pakcu Rantau Panjang mesti ore comang cerdik pandir. Ambo suka ore macam Pakcu, sekali kecek semua ore ngikut. Sudah kayo ke belum? Kalo belum jutowen, ambo nak bui pojek.

Demo "Rantau Pangje" reti kecek Thai dok? Ambo nak bicaro Pokcu cari ore, lawatan sambil keno ajar. Kalo hok ade rupo, hok comel tuuu nak "BUAT PILEM" masuk TB. Brapo bas porn takpo. Biso muat 10 Keter Api lagi molek, setiap antu bui sribu. Pokcu Rantau Panjang weh! Hang pi jumpo Thamby kalau tak caya.


Tanpa Nama berkata...

Berpangkat mejar pun tak tahu ciri-ciri demokrasi.

Tanpa Nama berkata...

SEMUA ORANG SUDAH TAHU APA MAKNA " UMNO " " UNTUK MEREKA NO OTAK "

JUAK UMNO NI SUDAH TIDAK AMBIL KISAH DOSA DAN PAHALA / HALAL ATAU HARAM

Tanpa Nama berkata...

50 org jer mewakili 15 ngo? Aku rasa 50 org ni cuma mewakili diri mereka masing2. Macamana pendapat 50 org nak lawan 50000 org punya pandangan? Sorry mejar, kau jauh ketinggalan zaman. Zaman sekarang ugutan mcm kau buat tu dah tak laku, mmg patut repot polis ugutan kau tu. Ugutan yg mahu memecah belahkan negara. Org nak tarik kau agar bersatu dalam era baru utk masa depan negara yg lebih cemerlang, kau sibuk nak sekat org dgn ugutan2 kuno kau. Askar dulu tak ajar kau utk memerangi rakyat sendiri, kau tak concentrate dlm kelas ke?