28 Nov 2012

Kecewa Kerana UG Gagal, Muhyiddin Belasah PAS

Seperti biasa, tidak pernah berubah sejak 1997, Perhimpunan Agung Umno (PAU) pasti akan menghidangkan siri kutukan berterusan bermula dengan ucapan timbalan presidennya yang merasmikan serentak mesyuarat perwakilan pemuda, wanita dan terbaru puteri parti itu malam sebelum perasmian mesyuarat agung diadakan.

Bagi Muhyiddin Yassin, ini ialah kali ketiga buatnya merasmikan mesyuarat ketiga-tiga sayap parti reput orang Melayu itu atas kapasitinya sebagai orang nombor dua dalam parti.

Sekali lagi, PAS dijadikan mangsa amarah Muhyiddin kerana gagal mengikut telunjuknya menjayakan kerajaan perpaduan tajaan broker mereka dengan beberapa pemimpin PAS hingga menyebabkan terpelantingnya bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali pada 8 Januari lalu.

Tanpa berselindung, nyata ucapan Muhyiddin umpama panglima hilang keris kerana berani menyembur parti seterusnya dalam Pakatan Rakyat iaitu KEADILAN dengan mengulangi skrip yang sama, tetapi dijenamakan semula, Parti Keluarga dan Rakan-Rakan.

Sedangkan dia sendiri terlupa Umno tidak kurang hebatnya dengan kroni perdana menteri dan presidennya sendiri, Najib Altantuya.

Najib Altantuya merupakan anak kepada perdana menteri kedua, Razak Hussein, juga sepupu kepada Naib Presiden Umno, Hishamuddin Hussein Onn yang merupakan cucu kepada pengasas Umno, Onn Jaafar.

Bagi menambah luka Umno, timbalan pengerusi Umno Kedah, Muhkriz adalah anak bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula adalah menantu seorang lagi bekas perdana menteri yang disingkirkan Muhyddin dan Najib Altantuya sendiri, Abdullah Badawi.

Apakah Muhyiddin menyindir Najib Altantuya secara tidak sengaja atau sebaliknya? Mengapa tergamak mengkhianati ulasan sendiri di Islamabad, Pakistan sedangkan bersungguh-sungguh mahu perwakilan membahaskan usul mahu menang dalam pilihanraya umum yang dijangka paling getir buat Umno sejak 1999?

Sepatutnya Muhyiddin menasihatkan partinya sendiri terlebih dahulu sebelum menunding jari ke mana-mana pihak hingga menyebabkan Umno sendiri yang luka berdarah hasil daripada ucapan paling tidak bertanggungjawab sepanjang menjawat jawatan sejak April 2009.

Bukan sedikit kesannya terhadap parti malah ia mencerminkan Umno sudah semakin sasau dan risau akan untung nasibnya sendiri kerana Muhyiddin tahu hanya dengan cara inilah kununnya semangat perwakilan mampu dinaikkan sedangkan parti itu kini umpama melukut di tepi gantang mengharap bagai pengemis kuasa yang hampir pasti hilang sengatnya biarpun pilihanraya umum sudah berada di depan mata.

Usahkan perwakilan, ahli Umno sendiri yang setia dengan parti itu pun menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju dengan kata-katanya memperlekehkan parti lawan dengan cara tidak beretika malah menyerlahkan kedangkalan hujahnya sendiri.

Jika Umno terus mengulangi surah-surah lama bagi menutup kelemahan sendiri, jangan salahkan rakyat yang seolah-olah dipaksa menonton di televisyen semakin jauh dari Umno kerana tiada idea baru dihasilkan selain hanya tahu bergelak ketawa tanpa mengetahui semakin hari semakin hilang kekuasaan mereka dari tampuk pemerintahan di Putrajaya. -jalanpulang

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buat apa kamu dengar UMNO PAU, dengar muktamar BN KO lah bro. kan sedap.

Tokwan Pencen berkata...

Pada firasat Tok ;
Selepas PRU 13 nanti Nasharuddin Mat Isa pasti akan dipacat.

Amuraria berkata...

KELENTONG PI KELENTONG MAI ,MACAM TU JUGAK ! ABU SAJA PENYELAMAT NEGARA DARI PARTI PENYANGAK & PENYAMUN !

Tanpa Nama berkata...

himpun yang mana boleh

Tanpa Nama berkata...

presiden mca hina hudud. tak ada perwakilan amno yg ulas ke ?

GEBU berkata...

Sepatutnya dalam PAU, idea yang bernas dibentangkan untuk rakyat dan negara dari aspek agama, ekonomi, budaya dan sosial demi menghadapi cabaran masa kini. Nampak sangat pemimpin dan UMNO ni tak ada hala tuju yang jelas dan sedang meroyan agaknya kerana rakyat dah menjauhkan diri dari mereka dan sepatutnyalah kita tumbangkan mereka dalam PRU13.

Tanpa Nama berkata...

UMNO bagai parti kanak kanak yang masih tak cukup habis tahun susuan, masih mahu mengejek mengutuk dan membebel akan pekara pekara remeh temeh. ini menunjukkan pemikiran mereka yang terbantut dan bukan memikirkan jalan terbaik memajukan pemikiran ahli ahlinya yang rata rata lembap sembab dan bahalol.

Ianya juga suatu parti poltik yang bangga akan kebodohannya sendiri. Buat habis beras aje...

Tanpa Nama berkata...

Alaaahai umno...klu ini sahaja hujah peringkat tertinggi yg kamu ade baru kusedari rupanya kau masih ditakuk yg lama..

Tanpa Nama berkata...

Dulu PAS diperlekeh kerana tidak sesuai unt.masyarakat majmuk. Kini sudah ada DAP dan PKR yang seia sekata hendak membenteras rasuah dari para penyangak & perompak hasil negara.Kini Umno dah meroyan menghentam PAS kerana berbaik dengan DAP.

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah PAS ada harapan menang besar di Johor

Tanpa Nama berkata...

Perhimpunan Agung UMNO hanya tak lebih sekadar borak-borak di kedai kopi. Hampas.