Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menyifatkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicara di Mahkamah Perancis adalah ‘bapak’ kepada semua kes jenayah di Malaysia.
Beliau yang dikenali Chegu Bard berkata, kes itu melibatkan Kerajaan Malaysia, rasuah, pembunuhan, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa dan oleh kerana itu rakyat perlu tahu mengenainya.
“Rakyat perlu tahu kerajaan bazirkan RM5 bilion, itu belum termasuk kos-kos lain yang tidak diambil kira, semua menjadikannya lebih RM7 bilion dalam urusniaga pembelian Scorpene ,” katanya.
“Sebab itu pelbagai usaha kita buat agar rakyat celik tentang isu ini, termasuk membawa masuk peguam dari Perancis ke Parlimen, namun akhirnya dihalang kerajaan,” jelasnya kepada kepada Keadilan Daily dalam program tayangan secara langsung taklimat Scorpene yang dibawakan oleh SAMM di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) tengahari tadi.
Taklimat itu yang sepatutnya diadakan di Parlimen Malaysia terpaksa diubah ke Changi Singapura berikutan halangan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Sesi taklimat oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon itu berlangsung dua jam.
SAMM dan kerjasama dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebelum ini komited memberi pendedahan berhubung kes itu kepada masyarakat pedalaman dengan mengadakan ceramah dan jelajah.
“Puak-puak Umno kemudian membuat pelbagai cerita kononnya tidak ada perbicaraan tentang kes itu di Perancis. Tapi bila kita nak bawa masuk (peguam) untuk jelaskan, mereka (kerajaan) takut pula nak bagi (masuk),” kata beliau.
Sehubungan itu, menurutnya, SAMM akan melancarkan buku bertajuk ‘Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia’ pada bulan depan.
“Dalam buku tersebut ada semua dokumen lengkap dan telah disahkan mengenai pembelian kapal selam itu.
“Jadi komitmen kita ialah turun kepada rakyat dan memudahkan pemahaman mereka,” jelas Ketua KEADILAN Cabang Rembau itu. -KD

7 ulasan:
Salam, harap jgn lupa projek perolehan kereta 8x8 yg baru dimeterai - harga tak masuk akal...tolong sapa2 pantau & geledah....
Tajuk Youtube:Al-jazeera Correspondent-The Greek Resistance
Greek pun ada skandal kapal selam!!
http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=gjFAzd5J4JY
Greek bankrap- korupsi beli kapal selam
Al Jazeera Correspondent - The Greek Resistance
www.youtube.com
Greece - it is where Europe's civilisation and the very idea of democracy began. But today the country is in crisis; a crisis that may well destroy the dream...
bapa borek anak rintih / ibarat menyuruh anak ketam untuk berjalan lurus. nak tahu sifat orang bawahannya maka perlu kita tahu sikap pemimpinnya. kalau pemimpinnya suka rasuah maka orang bawa ikut apa pemimpinnya dia buat. Jika ketua dia baik maka baiklah orang bawahannya, jika ketuanya buruk perangai maka buruk jugalah perangai orang bawahannya.
Perhimpunan Agung Umno(PAU), ucapan bertempik2 Umno menyatakan perjuangan suci.Bila menang agenda utama ialah merompak aset negara. Segala khazanah yg Allah beri bertujuan mengangkat martabat Islam ttpi kehidupan para pemimpin Umno dng segala kemewahan mengundang bala Allah.
tepat sgt `` Kes Scorpene`` adalah BAPAK kpd semua KES..bapak jahat2 yg kaw2 ada dlm kes ni, bunuh dgn C4 dgn 2 org elit keatas pompuan mengandung, rasuah setengah billion, kerana nak belikan kapal selam , libatkan bapak kepala negara plak, sepatutnya ramai rakyat hidup dgn sempitnya, pemerintah yg ada skrg buat xkisah aje..rakyat bangunlah utk tumbangkannya
Kes Scorpene nih buat buang duit rakyat secara besar besaran, sudahlah kapalselam khabarnya tak boleh selam, takut pula gunakan enjin enjin Kancil 660cc. Budak budak DUMNO gilakan duit dunia, elok juga membuatkan satu kubur concrete ala piramid Firaoun di Putrajaya, setinggi 200 tingkat yang mampu menempatkan ruang kubur serta harta harta kereta mewah, kapal laut, kapalterbang dan stok duitan ringgit ke dollar untuk dibakar setiap tahun membayar malaikat kubur.
Tanda tanda keruntuhan zaman jahiliah moden telah tampil kehadapan untuk dipersaksikan kepada yang tertindas teraniaya.
Tolong dedahkan isi taklimat Scorpene yang diberikan oleh peguam Peranchis tersebut.
Catat Ulasan