14 Nov 2012

Hujjah Pak Pandir Ahmad Maslan: Orang Lain Rasuah Juga...

Jangan hanya tuduh Umno libat rasuah'

Persepsi rakyat kepada Umno terhadap gejala rasuah yang digambarkan seolah-olah hanya parti itu yang terlibat perlu dihakis kerana gejala tidak bermoral itu boleh melibatkan sesiapa sahaja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, gejala tersebut tidak mengenal parti, pangkat, jantina, mahupun kaum, yang ianya tetap salah di sisi undang-undang.

Menurutnya, masyarakat tidak seharusnya menunding jari kepada Umno kerana sesuatu persepsi itu tidak semestinya benar.

"Jangan hanya menuduh rasuah ini hanya orang Umno itu tidak betul kerana rasuah ini merentas semua, tanpa mengenal siapa, yang mana rasuah ini adalah keruntuhan akhlak tanpa mengira apa juga partinya. Jika terlibat, salah tetap salah.

"Perlu menerima dengan terbuka bahawa sesungguhnya rasuah itu bukan hanya berlaku kepada orang-orang tertentu, parti-parti tertentu, tetapi rasuah berlaku kepada orang yang mempunyai nilai moral yang rendah," katanya pada sidang media selepas mengadakan Walkabout Penerangan Bajet 2013 di Terminal Bas Jalan Duta, di sini, hari ini.

Ahmad Maslan mengulas kenyataan setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor bahawa cabaran parti tersebut ketika ini adalah menangani isu persepsi rasuah.

Beliau menegaskan, dalam konteks tersebut, kerajaan Barisan Nasional (BN) serius menangani isu itu bagi usaha membasmi rasuah.

Katanya, apa yang penting adalah usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan sendiri, yang dalam masa sama mahu sebagai langkah menghakis persepsi rakyat terhadap Umno.

"Adakah kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak ini membiarkan rasuah? Tidak. Adalah kerajaan tidak berbuat sesuatu? itu tidak betul, kerana yang penting, kerajaan BN ada petunjuk prestasi utama (KPI) serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang mana terdapat tujuh perkara utama dan salah satunya membasmi rasuah," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, pihaknya belum mempunyai sebarang rancangan untuk menetapkan agar setiap calon baru bagi pilihanraya umum akan datang, membuat pengisytiharan harta.

Katanya, sepanjang pengetahuannya perkara itu tidak pernah dibincangkannya, namun hanya semakan sama ada calon terlibat dengan perkara-perkara berkaitan bankrup sahaja dibuat.

"Masalah kita adalah senarai calon itu ramai, dan ia masih belum diputuskan, jadi jika mahu mereka ishtihar harta, mereka belum muktamad menjadi calon," katanya.

Ulasan GB

Kenyataan Ahmad Maslan di atas sekaligus telah "mengesahkan" UMNO mengamalkan rasuah dan kini cuba mempalitkan pihak lain pula dengan gejala berkenaan supaya UMNO dilihat mengamalkan sesuatu yang orang lain juga amalkan.

Tuduhan Ahmad Maslan dengan cubaan mengheret pihak lain mengamalkan rasuah untuk menutup kisah UMNO sebagai pengamal rasuah nombor satu negara adalah sama kisah Pak Pandir dan Mak Andeh. Bukankah apabila anak Pak Pandir mati kerana kecuaiannya, beliau menyatakan pada Mak Andeh, “bukan anak kita sahaja yang mati, anak orang lain juga mati.”

Samalah ldengan hujjah Ahmad Maslan itu, "bukan UMNO saja rasuah, orang lain rasuah juga..."

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah bodoh, jangan dok kata oranglain pun bodoh...Ha Dato!!
Orang kata dekat BN, so jawab lah dalam konteks kepartian. Lain lah orang kata pada individu tertentu. Jangan main wayang lah Dato. Untuk pengetahuan Dato, yang palin banyak sekali rasuah tu siapa lah,,,Cuba buat statistik tengok?

Sykadeer

Tanpa Nama berkata...

ni namanya hujah yg bebal dari pemimpin yg mati akal mempertahankan ketua yg rasuah yg tak mampu menjelaskan kes2 rasuah mereka..akhir sekali mereka nilah yg akan menjual agama dan bangsa..dan mahu mewujudkan UG..itupun ada juga org Pas yg sokong UG mcm nasya...bersatu dgn umno bermaksud menadah leher untuk dismbelihh..mungkin amad masala. ni cuba bandingkan rasuah ikan bilis dengan jerung..sebab kes rasuah pemimpin pr langsung tiada..adapun laporan rasuah sprm terhadap pemimpin pr akhirnya ditutup sebab tiada kess...
sesungguhnya, umnoapco kepala pemyagak,penyamun no satu di malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Masaalah dlm isu ini adalah rasuah UMNO terlepas begitu saja tanpa hukuman sedangkan pihak lain yg tidak sehaluan dgn UMNO ditekan dan ditindas supaya mengaku rasuah seperti kes TEO BENG HOK...ABU

Tokwan Pencen berkata...

nak tambah sikit lagi Maslan oiiii
Orang yang berkuasa yang paling banyak RASUAH,
soalan :
- kenapa pemimpin UMNO tak berani nak istihar harta ?
- kenapa berbagai alasan BODO diberikan untuk mengelak dari dari istihar harta?

eden mantin berkata...

EDEN sotuju bonar dongan kata2 Tok Mat Lan nie. Rasuah ni bukan konal sapo-sapo, samo jo. Tapi yang den lomeh ni apo sal dio jawab macam anak jiran den yang darjah tigo nie. Hey Mat knapo ekau merokok ni ? Alah abang EDEN ni anak pak Lan isap anak pak leman isap, bukan den jo....

Tanpa Nama berkata...

WAJAH MCM BUDAK2 XAPELAH ITU ANUGERAH ALLAH ...TAPI STATEMENT MCM BUDAK ITU XLEH TERIMA ..HEII YU TU MENTERI ...VVIP.. CKP GUNA LAH HOTAK SIKIT...MEMANG PATUT PUN DIHUMBAN MENTERI LOW CLASS NI

Tanpa Nama berkata...

BILA PLAK ..SEMUA YG ADA DLM PARTI LUMBU PORNO NIE PANDEY? YG ADA CUMA BIOL AJE..KAN MANTAN KETUO DIA PUN ADA CKP ' YG BIOL, TOLOL, BAHLOL MMG ADA DLM PERSATUAN LUMBU PORNO LA..KAH..KAH..KAH???

kampong lad berkata...

kalau tak silap ibrahim saad pun kata lagu tu masa dia bertanding kerusi parlimen permatang pauh dulu....'depa tuduh saya ambik duit, anwar ibrahim pun ambik duit jugak'

'tujuh perkara utama dan salah satunya membasmi rasuah,".

salah satu slogan la!

Tanpa Nama berkata...

sesungguhnya orang yang bahalol akan senantiasa membahalolkan orang lain agar dapat di panggil kawanan bahalol. adakah sama rupa seorang yang cendiakawan dengan rupa si bahalol....?

ayah berkata...

cara fikiran ahmad maslan ni memang kebanyakannya setaraf dgn otak pak pandir tu..sama juga dgn adnan yaakob..ahmad said..mohd rustam..malangnya rakyat yg dpt dia org sebagai pimpinan hanya mereka dpt kuasa melalui umno..

Tanpa Nama berkata...

adakah kerajaan dato seri najib ini membiarkan rasuah ? kata dato maslan ya jawabnya. buktinya dato isa samad dah terang dan nyata oleh oleh jk umno beliau rasuah guna politik wang semasa pemilihan jk umno, tapi dilantik juga ke jawatan pengerusi felda. mana ketelusannya ?

Tanpa Nama berkata...

Maslan ni akan ditendang pada PRU ni, tak perlu nak risau.

Bombo berkata...

maslan ni lembubodoh umno itu lah najib lantik jadi s penerangan sebab di bbodo akai pendek,kibar je dia pru 13 sebab org mcmni tak layak pegang dan terajui negera,hancurrr rakyat..