6 Nov 2012

[GILA] Hadlaju 90 Km, Saman 80 Km, Bukti Kelemahan AES

Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendedahkan kelemahan terbaru saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan terutama di lokasi kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, kamera AES di lebuh raya tersebut keliru dan celaru apabila menangkap kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) sedangkan had laju di situ adalah 90 kilometer sejam.

“Salah satu saman yang diterima adalah di kilometer 6.6 SKVE, menunjukkan pemandu terbabit melakukan kesalahan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, atas kesalahan gagal mematuhi isyarat lalu lintas dan had laju yang ditetapkan 80 km sejam.

“Padahal menurut laman web JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), had laju yang ditetapkan di sana adalah 90 km/j,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Menurut Zulhazmi, Pengarah Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed dalam laman web JPJ menjelaskan, kamera AES dilengkapi sistem ‘speed limit buffer’ (lonjakan had laju).

“Maknanya, di tempat had laju 90 km/j, pemandu hanya akan disaman jika pandu lebih 100 km/j.

“Tetapi dinyatakan (menurut surat saman yang ditunjukkan) bukan lonjakan, sebaliknya pengurangan had laju,” kata beliau.

Ekoran itu, Zulhazmi berkata, Kase akan menyediakan khidmat guaman kepada pemandu yang disaman yang tampil kepada mereka.

“Kita sedia lawan di mahkamah, atau (kalau perlu) saman JPJ kerana menipu,” tegasnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar turut menyeru pemandu yang disaman tidak menerima tawaran kompaun terhadap saman AES.

“Kompaun tidak wajib bayar.

Bawa kes ini ke mahkamah juga bukan bermakna kita lawan undang-undang, tetapi sebaliknya ikut proses undang-undang,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sanggup nak samun/rompak wang rakyat hingga buat macam sekali..?? PRU 13 TENTUKAN ABU..agar penganiayaan terhadap rakyat dihentikan segera..!

Tanpa Nama berkata...

Dah lantik syarikat secara direct nego.. sah dah buat perjanjian 3-5 tahun... boleh ke?????? Siasat !!! Selongkar!!! Dedahkan....!!!! Kat sini kita nampak sama polus lebih perikemanusiaan pula... at least as tawaran kompaun dan diskaun..

Tanpa Nama berkata...

di SKVE lokasi AES tersebut sememangnya hadlaju dia 80 km/j. ada papantanda tunjuk 80 km/j. tak salah lah AES tu.

yang salah nya AES tu ialah dia tangkap bila kereta lepas sikit saja walaupun 80.5 km/j. mengikut kebiasaan JPJ dan PDRM, diberi buffer 10 km/j sebagai margin of error, jika ada kesilapan meter kereta atau pengesan kelajuan JPJ/PDRM.

saya sendiri beberapa kali nampak kereta di depan yang kena 'tangkap' oleh kamera AES di SKVE walaupun speedometer saya cuma 80 km/j.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ikut JPJ, AES akan diletakkan di tempat yang sering berlaku kemalangan. Di Putrajaya dan SKVE sebaliknya. Kedudukan memang nak perangkap orang bawa laju. Lokasi diletakkan dilaluan menurun bukit. Tempat tak logik tapi stratgik nak kaut duit pengguna jalanraya. Saman pula saman mutlak. Bukan tawaran kompaun. Seolah2 memang bersalah dan kena pergi mahkamah kemudian mengaku salah je la dan bayar saman. Jika terlupa bawa duit kena la masuk lockup dulu yea...

Tanpa Nama berkata...

Hah biru btul

Tanpa Nama berkata...

Kadang kadang aku rasa pas suka membazir resource yang ada..kase bagi aku satu alat pas. Hebat sampai dapat sedia 100 peguam percuma. Tapi alangkah baiknya peguam ini membantu mereka dalam kes undang undang yang memerlukan. Contoh sorang lelaki di terengganu yang ditangkap kerana curi susu anak. Dipenjara lama kerana tiada khidmat peguam. sebab apa tiada peguam percuma sebab ie tak membantu pas dapat political millegae.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH MAHFUZ. HERO PEMBELA RAKYAT, MENTERI UMNO NAK TINDAS RAKYAT....

Tanpa Nama berkata...

BN boleh turun hadlaju kepada 10 km boleh lagi banyak saman, lagi boleh didik rakyat

Tanpa Nama berkata...

bagi BN lagi banyak saman, lagi banyak didik rakyat, RM masuk banyak lagi untung

Tanpa Nama berkata...

Kamera 1 Malaysia, boleh nampak RM juta-juta dengan jelas

Tanpa Nama berkata...

Kalau AES sudah diswastakan,sudah boleh saman rakyat,ada baiknya sewastakan juga PDRM.Lebih banyak kroni UMNO/BN akan kaya-raya.Munkin jika PDRM diswastakan,imej PDRM akan berubah.Ananda Krishnan atau Michel Chia bolkeh jadi IGP.

Unknown berkata...

Semalam saya lalu highway bangi,memang saya tau ada kamera, saya maintain 80km sejam dari jauh lagi, tp kena jugak. Highway bawa 70 km sejam ke?