Rafizi desak Nazri bercuti, SPRM memulakan siasatan
PUTRAJAYA, 5 Nov — Datuk Seri Nazri Aziz didesak mengambil cuti sebagai menteri Kabinet hari ini apabila pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas tuduhan menteri tersebut dikatakan mempunyai perselisihan kepentingan melibatkan “dana politik” RM40 juta ke atas Umno Sabah.
Menteri de facto undang-undang minggu lalu mengakui beliau mengenali peniaga balak Michael Chia secara peribadi, tetapi menafikan mempunyai kepentingan ke atas dakwaan beliau membersihkan perasuah.
Menteri itu menerangkan bahawa beliau perlu menjawab soalan terhadap Chia, dan tuduhan terkini terhadap kes rasuah Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman kerana tugasnya selalu menteri de facto undang-undang.
Tetapi Rafizi menyatakan kedudukan Nazri selaku menteri de facto undang-undang tersebut itu berselisih kepentingan dengan siasatan SPRM.
Rafizi memberitahu wartawan sebelum membuat laporan ke SPRM ke atas Nazri yang dituduh mempunyai perselisihan kepentingan melibatkan “dana politik” RM40 juta diterima oleh Umno Sabah, dan melibatkan Nazri dengan Chia melalui anaknya Nedim.
“Berbeza dengan Datuk Seri Shahrizat (Abdul Jalil) dahulu, Datuk Seri Nazri adalah bertanggung jawab kepada SPRM.
“Apabila SPRM membuka fail ke atas Datuk Seri Nazri, dia akan disiasat oleh badan yang akan melaporkan pada dirinya sendiri.
“Oleh kerana tindakan Datuk Seri Nazri cuba menutup dan tidak memberi jawapan yang boleh diterima pakai setakat ini, sebab itu timbul soal Hummer dan sebagainya,” kata pengarah strategi PKR itu.
Rafizi memberitahu wartawan hari ini bahawa pendedahan terhadap kes Nedim adalah sebahagian dari pendedahan beliau terhadap pemberian “dana politik” RM40 juta Chia.
“Datuk Seri Nazri cuba untuk menyembunyikan kes ini, beliau tidak memberikan jawapan yang munasabah sampai sekarang, dan inilah sebab kenapa isu Hummer ini timbul.
” Walaupun menghantar laporan kepada SPRM hari ini, Rafizi menegaskan siasatan akan terus dijalankan bersama dengan SPRM.
“Saya fikir dengan dua otak, kita dapat bandingkan siapa yang lebih cekap di sini.
“Terserah kepada SPRM untuk bersama kita dalam siapa yang dapat menyelesaikan masalah ini,” katanya lagi. Dalam sidang media berasingan minggu lalu, Rafizi telah menerangkan hubung kait antara keluarga Nazri dan Chia dengan gambar-gambar yang menunjukkan anak menteri tersebut, Nedim telah menggunakan Hummer yang bernilai lebih kuramg RM500,000 dengan nombor plat WNX 9776.
Chia baru-baru ini dibersihkan dari tuduhan rasuah — kes dengan Musa selepas SPRM dan pihak berkuasa anti rasuah Hong Kong melaporkan bahawa wang bernilai RM40 juta yang cuba diseludup di Malaysia adalah “dana politik” untuk Umno Sabah dan bukan untuk kegunaan peribadi Musa.
Menurut laporan, Chia telah ditahan di Hong Kong pada 2008 dalam percubaan untuk menyeludup wang balik ke Malaysia.
Pada ketika itu beliau memberitahu wang tersebut untuk Musa, menyebabkan siasatan terhadap kedua-dua individu tersebut dijalankan.
Rafizi berkata bahawa Nazri, yang menggelarkan dirinya selalu “menteri undang-undang No.1” mungkin didapati bersalah atas kesalahan rasuah kerana beliau memberitahu Parlimen baru-baru ini bahawa Musa telah bersih dari rasuah.
Dengan mengumumkan Musa bebas dari tuduhan terseut, Rafizi menerangkan, Nazri turut membersihkan tuduhan terhadap Chia, walaupun gagal menunjukkan kertas siasatan ke atas kedua-dua individu tersebut, sama ada dari SPRM atau Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC). -TMI

10 ulasan:
Kepala Bapak Gangster...
Ada telur 2 bijik - pergi la holiday...
Kasik SPRM kije betul-betul...
Kasik polis overtime cukup-cukup....
Jangan jadi Kepala Bapak Badut sudah...
memang bapak gangster nazri ni.. sbb tu dpt anak lelaki ikut perangai buruk dia tu..tumbangkan umno utk nak hentikan gangster ni
bila sang kelentong,kaki seleweng & samseng angkuh jadi menteri ! habisla lingkop ! ABU !
Dah badan perundangan bawah tapak kaki dia takkan la nak siasat dia plak...ada akai ke..kasi tunbang KERAJAAN HARAM JADA NIE BARU BOLEH KASI SUMBAT SEMUA PENYAMUN DAN PENYAGAK LANUN NIE DALAM PENJARA. KALAU TAK TU LUPAKAN LA...
Kata Kathi Negara dalam filem "Musang Berjangut" - Undang-undang tu kita yang buat,tak ada masaalah.Rupa-rupanya keadaan seperti ni bukan sahaja berlaku dinegeri Pura Cendana tapi sedang berlaku dinegara 1 Malaysia.Bezanya,Kathi Negara Pura Cendana berjanggut yang diMalaysia botak.
SPRM PUN BN JUGA, MANA BOLEH SIASAT...
kalau inginkan ini berlaku sepanjang umno memerintah....undilah umno,woi pakcik makcik jgn lupa undi umno kali ini pri13 semoga dpt pergi haji kali ke8 dgn duit rasssss speed,berbahagialah anak cucu kita nanti hanya umno parti keramat buat pakcik makcik yg dahaga kan keluarga merempat,parti lain semuanya bahlol bila memerintah 1malasia...tunggula.. HIDUP UMNO MATI MAMAK...ooop!
ya aku setuju 200% dgn kata2 Bombo, hidup pakcik makcik yg undi amno!!! hidup utk menjahanamkan malaysia tercinta ini.
jadilah bodo sepanjang hayat, dlm negara apa2 jadi kalau tak kena btg idung sendiri, jgn ambil kisah, undilahlah amno dulu kini dan sampai mampus, sokong hingga rebah!
bila ada org yg lawan ameno, buat himpunan jalanan, mereka itu adalah pengkhianat negara, makcik pakcik jgn campur, jgn pikir apa2, yg penting dpt hidup dlm negara aman, dpt berterima kasih kat pemimpin negara terutama sekali sebab bagi brim rm500, dgn rm500 tu mokcik kayoooo, dpt makan seumur hidup tak payah buat kerja.
Nazri ada kuasa mutlak dalam Akta SPRM 2009, dalam seksyen 71 dan 72. Sebab itu dia cakap besar dan buat muka sadin aje.
Kalaulah SPRM tu PATRIOTIK, sudah pasti si Nazri dah kena cekup. Inilah sifat yang sangat dibangga oleh orang Melayu UMNO iaitu undang-undang depa yang buat. Dengar tak tadi waktu berita jam 8. Nazri said,"We are the law maker, so we are the one decide whether the Judge can do or cannot do." Hakim pun depa nak control, ini pulak SPRM. Haramjadah punya "Melayu" seekoq ni.
Kalaulah Tok Jib and the gen dok suruh kita SETIA DAN BERSYUKUR KEPADA KERAJAAN SEDIA ADA. JAWAB SATU, "P.....E....L...I...A...Q.... HANGPA."
Catat Ulasan