"Mr Porn Star" Dikecam Kerana Hina Hudud Lagi

Serangan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap hukum hudud dengan menggunakan sumber yang tidak sahih menaikkan kemarahan pelbagai pihak.

Tindakan ini disifatkan sebagai menambahkan lagi luka terhadap umat Islam apabila memetik kenyataan yang tidak sahih yang mendakwa 1.2 juta rakyat negara ini akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Hanya berdasarkan satu sms yang tidak dikenali siapa penghantarnya, Chua Soi Lek membuat satu video blog mendakwa jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja.

“Saya menerima satu SMS, saya cuba menghubungi orang tersebut, tapi sudah tentu dia tak jawab seperti biasa. SMS ini adalah satu kerisauan dan kami berharap ia adalah tidak benar.

"SMS ini menyatakan bahawa MCA sentiasa bercakap tentang hudud tapi tidak tentang pekerjaan yang bakal kehilangan akibat penguatkuasaan hukum hudud di negara ini,” kata Chua dalam videonya.

Chua berkata orang tersebut menyatakan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas jika hudud dilaksanakan.

Angka tersebut meliputi pekerjaan Genting Berhad, kedai perjudian, internet café, rumah urut dan sektor pelancongan.

“Ini akan menjadi realiti jika PAS menjadi parti dominan di dalam Pakatan Rakyat. Dan PAS akan menjadi satu parti yang dominan dalam PR,” kata Chua.

Chua berkata Kelantan sudah lama menghentikan perjualan alkohol.

“Susah benar nak cari kedai menjual arak di Kelantan. Tiada panggung wayang.Tiada tempat spa, refleksologi, kedai perjudian sudah menjadi sejarah,” kata Chua.

Chua turut menyatakan perkara berikut kepada para penonton videonya yang tidak berpuas hati dengan Barisan Nasional.

“Ya, memang ada perkara yang tidak menyenangkan hati dengan BN, tapi anda tidak seharusnya mengundi sehingga 1.2 juta rakyat kehilangan pekerjaan,” kata Chua, yang secara jelas bersetuju dengan dakwaan SMS yang menghina hukum-hakam Allah tersebut.

Sementara itu, para pembaca laman Malaysiakini yang mula menyiarkan kenyataan Chua ini menyerangnya dengan menggelarnya 'Mr. Porn Star'.

Seorang pembaca yang menggunakan nama Mubarak menulis: "Such a "simplistic" conclusion based on sms from whom you do not know! Come on Porn Star, if you are not sure, have a forum or seminar with those that have the brains and knowledge. If you can't, than "SHUT UP!!" and don't spread fear to others."

(Kesimpulan yang terlalu mudah dibuat hanya dari satu sms yang kamu tidak tahu! Mr Porn Star, jika kamu tidak yakin, buatlah seminar atau forum dengan memanggil mereka yang ada akal dan ilmu.

Jika tidak, baik diam dan jangan sebarkan ketakutan kepada orang lain).

Seorang lagi pembaca yang menggunakan nama PuakChuk berkata "This is not spreading fears, but spreading jokes!!!.

(Ini bukan menyebarkan ketakutan tetapi menyebarkan jenaka).

Pembaca yang menggunakan nama 'mohd' pula menulis: "Thank you soi lek, you make it easier to convince those muslim malays to vote for PAS."

(Terima kasih Soi Lek, kamu telah membuatkan usaha untuk memujuk orang Melayu Islam mengundi PAS lebih mudah)

Ulasan GB

UMNO dan para pencacainya diam tanda setuju?

18 comments:

View Comments/Post a Comment

18 comments:

cucukerinci said...

Che Det mewakili para pengikut setan yg dikenali tentu seronok dan bangga dengan kenyataan BAPAK SETAN yg dikenali( Chua soi lek )

Anonymous said...

Soi Lek hentam hudud, apa yang nak dihairankan kerana dia orang kafir, dah memang tabiatnya anti kepada islam, bukan saja hudud, wanita islam tak nak bersalam dengan lelaki pun dia anti.

Yang hairannya orang yang mengaku beragama Islam dalam UMNO dan berjawatan bagi menjaga Islam dalam Kerajaan, diam membisu, seolah-olah tanda bersetuju.

Macam cerita orang gila yang masuk surau ketika tazkirah sedang disampaikan. Berkata orang gila itu sambil memegang parang yang berlumuran darah "siapa dia kat sini orang islam", satu surau termasuk yang bagi tazkirah diam membisu. Mengapa? Tak berani tanggung risiko.

Bergitulah dia orang yang mengaku Islam dalam UMNO dan sekutunya

Anonymous said...

MANA PERKOSA YANG LANTANG MEMBELA ISLAM???????

Osama said...

MCA tu Memang Cari Angkara!
Hal Hudud pulak merujuk pd UMNO @ Ulama Muda Nomad Otak nya sesepisis dgn Umat Melayu Naif Otak pulak, punah ranah la jdi fatwa nya tu!
Apa yg chua soi sex ckaap tu hnya ikut akal yg dangkal dgn iman & tauhid! Pencacai UMNO diam je ke? Mana Hudud korang kalau anggap Hudud yg diputar belitkan tu adlah Hudud PAS!?
Mana PERKASA!, JATI! & PEGI...DA? kalau mreka anggap Melayu tu Islam & Islam tu Melayu, nape diam membisu dgn fatwa soi sex tu!
Diam tu tanda setuju la kan...?????
Tahniah krna memudahkan utk org Melayu lebih memahami Islam & mengenali serta mendekatkan diri pda PAS.

Anonymous said...

Muka tak tahu malu nak kutuk2 pulak hukum Islam.. Dh terang2 ada skandal boleh pulak jd Menteri balik pelik aku.. BN sumer boleh!

Ammy Hassan said...

CSL ni adalah pakar psikologi putarbelit (bukan reverse psychology). Semasa org hebuh dgn video lucahnya, dia sanggup menebalkan muka berdepan dgn masyarakat, mengakui silapnya dan org MCA yg bodohpun bertambah syg pdnya dan mengangkat dia balik jd Presiden "Bill" Soi Lek. Bila DAP bekerjasama dgn PAS dia berasa peluang dia meraih undi protes drpd masyarakat Cina dgn memburukkan hukum Islam yg dijuarai PAS dgn harapan masyarakat Cina bencikan DAP. Political mileagenya lebih kpd membodohkan masyarakat dunia dgn hujjah tidak ilmiahnya yg "stink to high heaven".

Anonymous said...

Hukum hudud nie adslah hukuman yg terbaik.bila dikuatkuasakan pd org islam, org bukan islam tgk hasilnya bagus dan berkesan plak tu.masa tu yg si pornstar nie takut. Dia takut bila org bukan islam pn nk guna jugak hukum hudud nie, dia takut, dia jd org bukan islam pertama yg akan kena hukum.

Anonymous said...

Mana Hassan Ali, Zul Nordin, Ibrahim Ali dgn Perkasanya dan man Ustaz Nasha bangun la..buat statement..jgn pilih bulu..kata mmprjuangkn Islam, tolong lah bagi komen...jgn berani dgn Karpal je..

Anonymous said...

Orang Orang Islam serta Melayu, terutamanya, tidak perlu berdemonstrasi akan kenyataan Dr Chua Soi Lek ini kerana a.k.a. Dr Porn akan membodohkan Bangsa Cina Malaysia, dan Bangsa Cina Sedunia umumnya apabila membuat kenyataan bodoh dari seorang berkelulusan Doktor. Bangsa bangsa lain sedunia melihat Dr Chua (berbangsa Cina) sebegitu bodoh menilai dan membuat keputusan tanpa berfikir panjang tetapi berasaskan SMS dari Anonymous.

Dr Chua aka Dr Porn memalukan bangsa nya sendiri, dan biarlah Bngsa Cina yang bodoh setaraf pemikiran Dr Chua menghambat Dr Porn kerana Dr Porn seramai lebih 2 Bilion Cina di dunia adalah sebodoh Dr Chua.

Dr Porn, make more Dr Chua please....

Anonymous said...

Hudud hanya melibatkan orang Islam. Orgn Kafir tidak terlibat. Ada yg jahil mengatakan org Islam jika sabit salah mencuri boleh kena hudud, org kafir tak kena hudud dan ini tidak adil. itu pndangan yg bodoh lagi hina. Sperti solat, puasa zakat, tutup aurat, haji dll pernah kita kata tak adil bila kita wajib buat semua tu sdgkan org kafir tidak terlibat lgsung. Soi lek brckp ttg suatu perkara yg ia tidak terlibat. bagi kami agama kami, bagi kamu agama kamu!

Anonymous said...

ni namanya bodoh xleh nak ajar, pandai xleh nak ikut..sapa2 yang ikut dan sokong dia ni mmg hampeh punya kaki..nama ja menteri tp otak kat kaki..#$%^&*()_+..(marah aku..)

Anonymous said...

Pelakon Video Lucah @ Presiden MCA ni,direstui oleh abangnya UMNO.Pekasam tak akan berani nak kata apa-apa.Depa cuma berani hentam puak pembangkang aje.Lihat bagaimana MB Negeri Sembilan sama-sama merestui tindakan MCA.

Anonymous said...

salam.... tak payah la kita heboh-hebohkan dan sensasikan kisai YB Porno tu....

Dalam PRU13 nanti, kita pakat tumbangkan semua calon MCA, Gerakan dan MIC diseluruh negara dan juga mana-mana calon UMNO yang pernah mengeluarkan kenyataan yang merendahkan dan menghina agama suci Allah ini......

Anonymous said...

Mr. Chua kalau tak faham agama Islam baik kau duduk diam - diam saja dan fikirkan masa depan pada PRU akan datang sebab parti MCA kau bukan saja nak tumbang, bakal nak pupus seperti pupus Dinosour di muka bumi ini. Kau tak akan faham selagi kau pegang kuasa. Selagi kau tidak merasa perit hidup rakyat M'sia kesan daripada Arak dan Judi selagi itu kau tak akan faham sampai bila - bila. Sebab banyak orang cina sokong PAS kerana mereka dah tak sanggup lagi dah menerima kerosakkan akhlak yang teruk kesan daripada Arak dan Judi.

Anonymous said...

Ada cina sokong islam, Ada melayu UMNO tak sokong islam

Anonymous said...

Mana hasan ali? Mana nasarudin? Mana PERKASA PERKUDA? mana UMNO?

joe kumoe said...

Mana Hassan Katak Pisang, Zul Katak Puru, Ibrahim Katak Minyak dgn Perkasanya dan mana Nasha (belum katak) bangun la..buat statement..jgn pilih bulu..kata memprjuangkn Islam, tolong lah bagi komen...Demi Islam.

Tok Wa said...

Wa ada cakap dulu.... CSL memang kena macam tu, mulut kena capoi kena berani melawan. Kalau dia tak buat macam tu, sapa nak sokong dia ? Bila macam nie Wa teringat Tun. Masa Tun dulu sapa pun tak berani menghetek !

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: