Shah Alam - Di sebalik pelbagai kontroversi yang melanda pentadbiran Negeri Selangor terutama pertikaian isu air, semalam 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Solidariti Hijau tampil menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang membantu rakyat dalam isu air.
Pengerusi Solidariti Hijau, Zulkifli Omar berkata, beliau mahu Kerajaan Persekutuan membantu dalam pembangunan air di negeri itu dalam pemberian infrastruktur yang lengkap.
"Saya harap isu air tidak dipolitikkan kerana ia adalah hak asasi manusia dan dalam usaha mencapai taraf negara maju, isu air harus diselesaikan terlebih dahulu," katanya.
Beliau dalam pada itu turut memuji inisiatif Kerajaan Selangor yang menawarkan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat di negeri itu dalam usaha meringankan beban rakyat.
“Usaha ini wajar dipuji dan dicontohi Kerajaan Negeri lain dalam memberi kemudahan air kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meluahkan rasa terharu dan berbesar hati terhadap sokongan yang diberikan Solidariti Hijau ini.
“Sokongan ini bagaikan suntikan motivasi kepada Kerajaan Negeri agar terus berusaha merakyatkan ekonomi dan jika kita diberi peluang dalam pilihan raya akan datang kita akan merakyatkan ekonomi negara,” katanya ketika sidang media, semalam.
Menurutnya, Kerajaan Negeri komited mendahulukan kepentingan rakyat dan terus memberi sumbangan kepada rakyat.
“Jika kita berjaya membolosi rintangan ini, tidak mustahil kita dapat pecahkan banyak lagi tembok lain,” katanya.
Dalam majlis sama, satu deklarasi air juga disampaikan kepada Menteri Besar sebagai tanda sokongan padu Solidariti Hijau terhadap usaha murni Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan air percuma. -SH
6 ulasan:
Persoalan kecukupan bekalan air dan bekalan air yang percuma adalah sesuatu yang berbeza. Sama juga kenyataan dan satu impian...jika kenyataan belum wujud mana mungkin satu impian dapat dilaksanakan....kerana kita bukan berada dialam fantasi...walahualam
Kami mahasiswa juga sokong, sebab BN nak tekan rakyat, bukan nak bantu
Ya ya ya
Pakcu.
pernah dngar ke penjelasan dri phak krajaan ngeri selangor samada isu air, isu talam & pelbagai isu yg kontrovesi & tak kurang yg disensasikan?
Dulu Kelantan yg ditadbir oleh TGNA pun alami senario yg lbh kurang sama! Saban hari UMNO Be End menfitnah kerajaan ngri dgn pelbagai provokasi utk merosakan reputasi krjaan Klantan!
Pakcu pun jgn jdi mcm Umat Melayu Naif Otak nya! Ngara kita yg dh 55 thun mrdeka & sebuah ngara demokrasi tpi amalan fedralisma pun tak faham! Hormati kerajaan2 ngeri yg di pilih rakyat!
Dengarlah dri kedua2 pihak jka ada pertikaian. Ada dgr pnjelasan TGNA di tv & media2 perdana jka ada kmelut yg mlanda klantan? Adakah wajar Umat Melayu Naif Otak nya kroni Be End yg jdi jru ckap krjan klantan, selangor, kedah & penang?
Pakcu mest tgk tv3 kn..
Tgk la tv saluran bebas sama, baru la mampu menilai..
Kami warga selangor, berterima kasih kpd kerajaan selangor yg cuba meringan kn beban kami, berbanding negeri lain yg dipimpin oleh kerajaan Bee end sendri, 55 tahun memerintah, air 20liter free pn xbley bg..
Krisis bekalan air & tarif air rendah/percuma utk rakyat adalah 2 perkara berbeza.
Ana pun meluat tngok TV3, tapi baru2 ni ana terpandang 2 jemputan TV3 salah sorang ana kenal (satu pej dulu2), bincag pasal air di Sngor.
Dato yg menanya nak cuba buruk2kan selangor, tapi syabas pada 2 engineer tu sbb seolah2 malas nak layan rentak utk burukkan Sngor saja, sbb krisis bekalan air ni akan berlaku di mana2, cuma lambat atau tak saja, bergantung pada situasi dll.
Mereka bercakap pasal realiti diMsia skrg ni teknikali mngenai mcm mana air yg kita buka di paip2 diperolehi. Dari sumbernya, proses rawatan dll. (Mungkin di S4, Arab Saudi, Jepun dll berbeza pula).
Dan masaalah yg dijangkakan bkn saja di Sngor, tapi di KL & mana2 yg permintaan adalah tinggi yg antara sbb utama adalah bnyaknya industi2 & pembaziran.
Utk Sngor & sekitarnya (KL/Pjaya), kajian (sblum PR memerintah) utk dapatkan air mentah ialah dgn beli air dari Pahang. Pjojek tu sdng berjalan. Tapi bila PR memeerintah Sngor, masaalah timbul adalah sbb Pahang & Sngor tak se kepala.
Bila suami isteri dah tak sekepala, mana mungkin urusan rumahtangga mudah kan? Yg merana anak2.
Jadi yg kita kena tngok, pihak mana yg menyusahkan, adakah Pahang naikkan kadar air yg melampau2 disebabkan lain parti? Dll spr kenakan sewa dll yg menekan yg selama ni tak kisah, atau Sngor yg ada pendapat sendiri pula.
Jadi itulah isunya. Isu inilah yg kena diterangkan betul2 , wlu kdng2 pahit.
K/tngan kerajaaan yg telus & bole berfikir biasanya tau pihak mana yg menyusahkan hingga kdng2 projek yg dah dirancang bertahun2 & sdng berjalan terpaksa ditangguhkan atau diterminate atas sbb2 politik.
Syabas pada mereka.
Catat Ulasan