Sentul - Seorang peniaga terpaksa membuat laporan polis selepas rumahnya diserbu oleh beberapa individu yang mengaku sebagai polis.
Mangsa, Soh Jo Nian, 25, berkata, dalam kejadian jam 1 petang pada 22 Oktober lalu, pintu jeriji rumah turut dipecahkan sebelum kumpulan terbabit menggeledah di dalam rumahnya.
Menurutnya, seorang daripada individu terbabit menunjukkan kad kuasa kononnya mereka adalah anggota polis untuk mengarahkannya membuka pintu.
“Saya tidak mahu buka pintu menyebabkan seorang daripadanya memotong mangga pintu dan menerjah masuk ke dalam dan menggeledah di dalam dua bilik tidur tanpa sebarang bukti atau waran yang menunjukkan mereka adalah benar-benar anggota polis,” katanya kepada pemberita semalam.
Jo Nian berkata, setelah gagal menemui apa yang dicari, kumpulan itu pergi begitu sahaja dan enggan memberikan identiti masing-masing ketika dipinta.
“Mereka tengking saya bila saya banyak tanya, malah mereka juga tidak benarkan saya membuat sebarang panggilan telefon,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian dia tinggal bersama adik perempuan berusia 17 tahun manakala kedua ibu bapanya tiada di rumah.
“Apa yang berlaku benar-benar membuat kami sekeluarga trauma malah tindakan individu yang mengaku polis itu menggeledah rumah membuatkan kami terpaksa menanggung malu dengan jiran,” katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang hadir pada sidang media yang sama berkata, jika benar individu terbabit adalah anggota polis tindakan menggeledah tanpa waran di kediaman mangsa itu adalah salah dan boleh dikenakan tindakan di bawah Prosedur Kanun Acara Jenayah (Pindaaan 1999).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung laporan yang dibuat mangsa.

5 ulasan:
Ini semua sebab "Polis Raja Di Malaysia" (PRDM)....
Meteor 7
Itu semua keje bodyguard UMNO/BN@anjing UMNO/BN...kalu polis tentu dia tahu undang2 bhw tak boleh suka2 menggeledah sesuaka hati tempat org tanpa waran gelidah.....
Polis hemah Malaysia ? Babi pun boleh terbang.
Tambah cikit lagi PRDM = Gangster yang di beri lesen oleh KDN
Kalau polis dari bahagian narkotik boleh geledah rumah tanpa waran??
Catat Ulasan