27 Okt 2012

Peragut Rentap Beg Tangan Pelajar Diberkas


Kuala Lumpur : Perbuatan dua peragut melarikan beg tangan milik seorang pelajar kolej wanita memakan diri apabila salah seorang daripada mereka ditahan selepas motosikal ditunggangi suspek terbabas ke dalam longkang berhampiran Kampung Wira, Taman Melati Wangsa Maju di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 8 malam itu berlaku selepas dua peragut yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC merentap beg tangan mangsa yang berusia 23 tahun dari arah belakang.

Mangsa yang terkejut cuba mempertahankan beg tangannya namun beg tersebut kemudian direntap dengan lebih kuat menyebabkan mangsa terjatuh dan cedera di lutut sebelah kiri.

Beg tangan yang berada di bahu kanan mangsa berjaya dilarikan.

Bagaimanapun, sumber berkata, perbuatan suspek telah dilihat oleh dua anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda yang kebetulan membuat rondaan di kawasan tersebut – Kosmo.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Shabas inspector sahak shabas

Tanpa Nama berkata...

Patut didakwa kerana meragut dan mendatangkan kecederaan. Hukumannya penjara lebih berat dan rotan.

Tanpa Nama berkata...

wahahaha!!! ingatkan rompakan bank/kedai mas jer mesti ada satu (ter)lepas, rangut pun ada. Mesti yang (ter)lepas tu bawa barang kes. Tiada bukti, buang kes jer.

Yang hairan buat projek didepan Peronda, Perangut pun pakai escort???????

Tanpa Nama berkata...

Anak melayu nak kerja apa lagi... semua kerja dah diberi kepada pendatang asing. Pendatang asing dilayan baik dengan diberi kad pengenalan.

Tanpa Nama berkata...

Anon 10:53, anak Melayu kurang didikan agama.
Yg diajar bermewah2, hiburan sana sini. Klu tak dapat, rembat duit rakyat.

Mcm2 bole cari duit, paling koman kerja kat petrol stn tu, wlu gaji kecil peringkat awal, kerjalah dgn amanah, sabar, solat tak tinggal, tak merokok, tak bercampor geng2 laro, akhlak baik menjadi contoh & ikutan pekerja lain, lama2 bos pasti suka & naikkan gaji.

Ade rezeki dijadikan menantu pulak.

Tapi kbnyakan tak yakin pada janji Allah, sbb tak faham & menghayati isi quran & sirah.