12 Okt 2012

Imam Hoslan Bebas, Janji Terus Perjuangkan Keadilan, Benteras Kezaliman -updated



Imam Hoslan Husin yang dijatuhi hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah kerana melempar selipar ke arah panel hakim dibebaskan dari penjara Kajang hari ini selepas didapati berkelakuan baik.

Beliau dilepaskan bersyarat di bawah perintah Parol dari Pejabat Parol Daerah Cheras di bawah Jabatan Penjara Malaysia kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi selepas menjalani hukuman penjara tujuh bulan tiga hari mulai 8 Mac lalu.

Hoslan dikehendaki melapor diri setiap minggu ke pejabat parol, atau pada bila-bila masa dikehendaki pegawai parol sehingga dibebaskan sepenuhnya pada 8 November 2012.

Hoslan turut perlu melapor diri jika ingin keluar dari daerah Cheras.

Isterinya, Noorliza Mat Isa, 43, bergegas hadir dari Hospital Kuala Lumpur dari menjaga anaknya akibat demam denggi.

“Syukur. Dengan kehendak Allah Taala saya dipenjara.Dengan kehendak Allah Taala dibebas. Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepada saya dan keluarga,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada peguam Karpal Singh; Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat kerana membelanya secara terbuka.

Hoslan menambah, beliau memaafkan pihak yang menganiainya, namun akan terus memperjuangkan keadilan kerana ia adalah ijtihad dalam hidupnya.

“Tidak ada yang lebih baik dari memaafkan. Kerana Rasulullah sendiri pun sentiasa memaafkan,” kata Hoslan memaklumkan, diberi kebenaran menyampaikan tazkirah kepada banduan dalam himpunan harian pagi ini.

Hoslan berkata, beliau akan meneruskan kehidupan dengan berniaga kitab-kitab agama.

“Kita jalankan kehidupan. Tidak ada masalah. Tidak baik sekiranya ada penyakit hasad dengki,” kata bekas Imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan ini.

Parol bermaksud pelepasan seseorang penghuni penjara yang mempunyai tarikh bebas dan layak, untuk menjalani mana-mana bahagian hukuman pemenjaraannya di luar penjara menurut sesuatu Perintah Parol.

Penghuni dikehendaki menjalani baki hukumannya di luar penjara di bawah pengawasan pegawai Parol.

Ulasan GB

Bukan mudah untuk bebas awal sekalipun di bawah perintah Parol, namun hukum kebenaran dan keadilan berjalan membuktikan janji Allah itu benar bahawa doa orang yang dizalimi itu tiada hijab diantaranya dengan Allah.

Kejujuran dan keikhlasan di dalam perjuangan... akan membebaskan manusia dari segala belenggu ciptaan makhluk dan itulah yang dinimati oleh Imam Hoslan kini.

Tiada siapa yang boleh memenjarakan "hamba Allah" apabila Allah mengasihinya!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

paling gua respek karpal singh pun turut bantu dia.. ni yg islam nasharuddin mat isa buat per.... gosok gigi ke

Amuraria berkata...

sayang sikit baling nya tidak tepat hahaha !

Tanpa Nama berkata...

Moga Ustaz diberi kekuatan utk menegakkan Islam di bumi ini..Hidayah itu milik Allah.
Mudah - mudahan Karpal Singh juga mendapat Hidayah..Nampak mustahil disisi manusia tetapi tiada mustahil bagi Allah..

Tanpa Nama berkata...

derajat ustaz hoslan adalah lebih tinggi dan baik daripada ustaz nasha tu. tidak boleh di nafikan lagi...ustaz hoslan mempraktikan pembelajarannya, manakala ustaz nasha memperkayakan diri dari kelulusannya. mereka berdua amat berbeza...bagai tiang lampu dengan lampu traffik.