12 Okt 2012

NGO Mesra Najib Menggelupur Bila Ditanya Pertemuan Najib-Soros Di New York



Beberapa pemimpin NGO semalam enggan mengulas panjang apabila diajukan soalan berhubung pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jutawan George Soros di New York pada 2010.

Antaranya, ahli Majlis Perundingan Melayu (MPM) Shahbudin Embun yang mendakwa masih belum membaca laporan itu – yang disiarkan Malaysiakini hari ini.

"Saya tidak mahu komen sebab saya tak baca blog itu. Tetapi secara umumnya, semua fakta ini datang daripada blog bahawa Soros tidak mesra dengan kita, tetapi mesra dengan pembangkang "Itu sahaja yang saya mahu komen. Jadi kamu pergi dan tidur dengan Soroslah," katanya dengan sinis apabila ditanya wartawan Malaysiakini dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, MPM juga merupakan menyokong Najib, institusi demokratik dan instusi raja.

"Kami sebagai NGO, akan mempertahankan negara ini, Datuk Seri Najib, institusi demokratik dalam negara ini dimana Raja adalah ketua dalam perlembagaan.

"Kami tidak mahu campurtangan daripada mana-mana pihak," katanya lagi dalam sidang media berhubung tindakan NGO Suaram yang menimbulkan skandal pembelian kapal selam Scorpene di Perancis.

Begitu juga reaksi beberapa NGO lain yang turut hadir dalam sidang media tersebut, termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Pribumi Perkasa dan Kelab Wartawan Muda Malaysia.

Pemimpin NGO tersebut berkata mereka masih belum membaca laporan berkenaan.

PM Najib bertemu Soros di New York
.

br />
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut - yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim - berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.

Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.

Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.

Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.

Sejak beberapa minggu lalu, sekumpulan penulis blog prokerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.

Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia".

"Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.

Dengan menyambungkan dua titik berbeza, beliau membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros.

" Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi - dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang seperti Soros pada awal tahun 1990-an.

Bulan lepas, Malaysiakini mendedahkan bahawa Dr Mahathir, meskipun bermusuh dengan Soros, telah menulis kepada jutawan itu memintanya menyokong projek Forum Keamanan Global untuk mengharamkan peperangan sebagai satu cara bagi menyelesaikan konflik manusia.

Menurut majalah mingguan antarabangsa Economist, menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dilihat teramat penting, Umno dan media yang menyokong Umno menyerang mana-mana organisasi yang dianggap bersimpati kepada pembangkang.

"Semua cerita lama yang tidak berasas mengenai pelbagai kumpulan yang dikatakan dibayar oleh Zionis, Amerika atau George Soros, seorang pembiaya asing, telah dikeluarkan semula," katanya dalam satu artikel yang disiarkan awal minggu ini.

"Ia tidak jelas sama ada fitnah sumpama itu masih mendapat tempat di hati pengundi di Malaysia, terutamanya di kalangan umat Islam.

Semua ini pastinya merupakan tanda-tanda terdesak"
-mk



12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu saja lah yang boleh jawap ...

Tanpa Nama berkata...

Cakap macam bangang!!

Tanpa Nama berkata...

refer pic.. cuba tngok muka depa sorng2 tu...

Tanpa Nama berkata...

manusia bila sudah biasa diLEMBUKAN..fikirannya jadi sasau...

Tanpa Nama berkata...

Inilah muka-muka pejuang MELAYU..OPS SILAP MUKA-MUKA SUB KONTRAKTOR umNO.

Tanpa Nama berkata...

sedih melikat muka muka orang melayu yang sudah tua, akibat hidup mudah cara makan suap dan tipu duit rakyat, otak otak dan perilaku mereka mengesahkan mereka ini terdiri dari golongan bahalol.

sudah dalam keaddaan tua sedemikian masih lagi mahu hidup dengan melantak duit rakyat.

sampai bila agaknya melayu melayu bahalol sedemikian mahu berubah. makan duit kotor muda ke tua, sekeluarganya berperangaikan binggai!

Osama berkata...

Ni la generasi XO yg dilahirkan oleh UMNO, Umat Melayu Naf Otak nya! Mimik muka mreka pun boleh menjelaskan kategori apa tahap pemikiran otak mreka tu!
Yy bgusnya adlh jwpn mreka utk mlepaskn dri bila dh rkantoi! Persis lidah mantan presiden parti setan yg dh nyanyok tu!
Tudoh soros penyangak & mreka yg mengundi PR brmkna mngundi soros! Behind the scene, beliau bertepuk bahu dgn malaun soros tu! Najib pun sma gk! Malah semua mentri2 & pemimpin2 Umat Melayu Naif Otak Be End punya pemikiran low class!
Nyahkan mrka pd PRU 13 nanti!
Menangkan Pakatn Rakyat!
Ubah sebelum parah!

Tanpa Nama berkata...

Biasalah NGO haramjadah jawapannya memang begitu.

Tanpa Nama berkata...

Muka pon macam tak pernah basuh dengan air wuduk

Bombo berkata...

ini d katakan tranformasi melayu ngok yg suka menidih tangan demi sesuap nasi org yg malas berfikir mcm ngok ni harus kita bakar mcm SIB,kepentingan hanya bersandarkan subsidi,takkan peem liurtu Bapa subsidi kita terus bergantung makan dgn subsidi melayu malas harus d kuburkan,transpomasi subsidi utk melayu layu dan pemalas...kah3....

Unknown berkata...

Cuba jawab balik dengan cara yang sama. Sudah tentu NGO itu akan melenting dan terus tunjukkan dubur kepada hangpa.
Buat malu orang Melayu saja. Jawab macam orang yang tak berilmu, .... BODOH dan BANGANG.
Satu perkataan saja sesuai untuk puak ini iaitu yang disebut PM.
HARAMJADAH!

Tanpa Nama berkata...

Byk org isle dah tak sedar matahari atau kuasa sudah dari barat dan memandang isle satu-satunya musuh mcm mata dajal. Tak sedar lg dari Iraq, Afghanistan, Mesir, Libya dan kini Syria, dajal ni sedang memusnahkan. Heboh jer pengikut Pas Taliban pasal baju dan kupiah arab dan bernafsu nak dapat bidadari dari syurga kunun...

Langsung tak sedar dajal ni melalui rancangan NWO, Soros, neocons, wolfowitz dan lobi Yahudi sedang memusnahkan orang isle. Selepas Syria,Iran dan Lebanon, pastu Arab Saudi ikutan PAS. Lepas tu Indonesia. Malaysia yang terakhir.

Kenapa lambat? Kerana mereka anggap Malaysia ini sederhana, bukan geng taliban yang bunuh budak perempuan umur 14 tahun. Bukan menjerit Allahu Akbar dan memancung kepala dan memotong tangan.

Mujur PM berwawasan, jikalah ia pergi jumpa soros, sekurang-kurangnya melambatkan bom nuklear sampai ke Malaysia. Jangan berangan2lah pembohongan kedatangan imam mahadi. Sudahlah munafik dan banyak amalan syirik. Berimanlah kalian kepada Allah dan jangan beriman kepada nabi, rasul dan wali.

Pasti komen saya dibuang, kebanyakan korang bapok atau pondan kerana syirik. Menyamakan Allah dengan tuhan.. (mb)