Georgetown - Mungkin kerana ‘takut’ dijadikan korban, seekor lembu yang baru sahaja diikat hampir menanduk beberapa kanak-kanak.
Gambar lembu cuba melompat dan menanduk kanak-kanak berkenaan dirakam pembaca Sinar Harian, Mohd Ali Talib, 28, di salah sebuah masjid di Jelutong.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika dua kanak-kanak sedang asyik memerhatikan lembu korban berkenaan.
“Ketika itu saya hanya berniat untuk merakam suasana korban kerana lembu tersebut dikorbankan atas nama anak saya.
“Jadi niat saya ingin tunjukkannya kepada anak dan juga isteri, tetapi tidak sangka ia mengganas dan nasib baik ahli kariah sudah biasa dan menguruskannya dengan baik,” katanya.
Mohd Ali berkata, setiap kali Hari Raya Aidiladha menjelma, dia bersama adik beradik tidak akan melepaskan peluang untuk melihat orang ramai menyembelih lembu dan juga kerbau untuk dijadikan korban.
Menurutnya, namun kali ini ia adalah pengalaman manis yang dilalui sepanjang hidupnya.
“Bukan mudah hendak uruskan lembu-lembu yang hendak dijadikan korban ini, mungkin ia juga berdebar, selain kejadian hampir ditanduk lembu, ada juga lembu yang berdegil tidak mahu turun dari lori,” katanya.
Selain Mohd Ali, Yusri Suhaimi juga sempat berkongsi pengalamannya ketika menyertai suasana gotong-royong menyembelih daging korban.
“Kejadian berlaku ketika hari raya pertama Aidiladha apabila saya dan anak-anak menunggu lembu turun dari lori.
“Mungkin terlalu seronok mahu melihat lembu yang akan dikorbankan atas nama saya, kedudukan saya pada masa itu begitu dekat dengan lori sehinggalah kaki lembu yang dibawa turun menendang bahu saya sendiri.
“Sakitnya bukan kepalang tapi mungkin itu pengalaman terawal dan terakhir ditendang lembu kerana saya tidak mahu ia berlaku lagi,” katanya. -SH
Budak lelaki cedera ditanduk lembu korban
SEORANG budak lelaki ditanduk seekor lembu di Karachi kelmarin.
KARACHI, Pakistan – Seorang budak lelaki cedera selepas dia ditanduk seekor lembu jantan yang akan disembelih sempena Hari Raya Aidiladha di sini kelmarin.
Budak tersebut ditanduk semasa haiwan itu mengejar kanak-kanak itu.
Bagaimanapun, budak itu hanya mengalami cedera ringan ketika haiwan tersebut terlepas daripada ikatan ketika ia hendak disembelih.
Pemiliknya, Abdul Quddoos berkata, lembu korban tersebut berjaya ditangkap semula dua jam selepas ia terlepas.
Sementara itu di bandar Peshawar, seekor lembu korban yang terlepas mencederakan tiga orang termasuk seorang budak lelaki berusia 12 tahun.
Seorang anggota polis, Abdul Waheed berkata, berpuluh-puluh orang mengejar lembu tersebut selama sejam sebelum ia berjaya ditangkap semula.
Di Gaza, seorang lelaki Palestin mati selepas dipijak seekor lembu korban yang terlepas di Rafah, Genting Gaza.
Seorang pegawai kesihatan, Ashraf al-Kidra berkata, kira-kira 150 orang dirawat di hospital di wilayah Palestin kerana cedera akibat terkena pisau dan ditanduk lembu korban yang terlepas di lokasi penyembelihan – Agensi
2 ulasan:
sebab 2 lembu dipanggil lembu-lembu....
Dari gambar,agaknya lembu tu mengamok sebab tak sesuai untuk dikorbankan,terlalu kurus.Dia tak rela yang sudah diberi kupon akan masak tulang aje.
Catat Ulasan