29 Okt 2012

Skandal Pelaburan Emas Genneva Beri Tekanan Pada Pentadbiran Najib

Tindakan terhadap syarikat pelaburan emas, Genneva Malaysia, telah menyebabkan tekanan ke atas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyelesaikan kontroversi yang telah mempertaruhkan 300,000 kehidupan rakyat.

Ia juga boleh memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang mesti diadakan menjelang April depan iaitu kurang daripada enam bulan dari sekarang.

Laman berita The Malaysian Insider difahamkan bahawa Putrajaya juga menyedari potensi kejatuhan politik ekoran skandal itu.

Sekitar 60,000 penjual dan pembeli kini di ambang kerugian besar selepas Bank Negara menyerbu firma itu dan merampas 200 kilogram emas bulion yang dianggarkan bernilai RM40 juta ($16 juta) dari premis di Jalan Kuchai Lama, pada 1 Oktober lalu.

Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) Singapura juga telah menjalankan operasi yang sama terhadap Genneva Pte Ltd di Singapura.

Dilaporkan bahawa skim yang dikendalikan oleh Genneva menawarkan pulangan yang sangat tinggi sehingga 24 peratus setahun.

Bank Negara juga telah membekukan akaun, cek Genneva Malaysia dan lain-lain aset, kerana mengesyaki syarikat melanggar pelbagai undang-undang perbankan dan kewangan.

Sehingga kini, Bank Negara masih belum mendakwa pengarah syarikat tersebut.

"Kami mahu Bank Negara melepaskan Genneva Malaysia dan 200 kilogram emas bulion disita supaya syarikat itu boleh memenuhi tanggungjawab kepada pelanggan," kata seorang pesara, Cik Shereen Lim, yang merupakan salah seorang mangsa skim itu.

Kerajaan bagaimanapun telah menyatakan bahawa ia tidak mungkin akur kepada permintaan mangsa.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, telah memberitahu Parlimen pada 23 Oktober lalu bahawa liabiliti Genneva Malaysia melebihi asetnya - menunjukkan syarikat itu tidak dapat membayar pulangan kepada pelabur.

Datuk Awang Adek berkata, mustahil bagi Bank Negara, yang sedang mempertimbangkan apa tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap Genneva Malaysia, membayar balik pelanggan syarikat dengan nilai pelaburan mereka.

"Kita tidak boleh mengatakan pelabur tidak bersalah sama sekali, mereka yang telah melabur dan tentunya terdapat risiko.

"Namun, syarikat yang terlibat memang patut dipersalahkan.

Mana ada skim yang boleh memberi pulangan baik serupa itu.

Jika ia terlalu baik untuk menjadi kenyataan, maka ia tidak benar," kata Datuk Awan Adek.

- Agensi.

7 ulasan:

Osama berkata...

Aku rasa la Menteri Kewangan tngh dok fikir2 camne nk bailout Geneva Malaysia guna duit UMNO Sabah yg bru dpt 40 juta tu!
Tentu2 perniagaan yg mudah & lumayan so apa tngu lagi ya YB Menteri! Dgn raleven alasan utk menyelamatkan pelabur2 yg mjoritinya rakyat Malaysia & berpendapatan rendah pulak tu so go head je la! Bila lagi nk tlong Melayu?
Kalau Dr Mahdey bole guna wang pampasan buroh paksa rail ketapi 207 bilion utk setup MISC, ni plak utk kpentingan survival UMNO Be End? Apede hal? Yg penting matlamat trcapai! Soal cara tu, cara back door ke, cara haram jadah ke its dosnt matter.
Yg penting...KERJASAMA.. u scratch my back i scratch yr back! Apa kata Awang Adek & Zetty!

kampong lad berkata...

'liabiliti Genneva Malaysia melebihi asetnya - menunjukkan syarikat itu tidak dapat membayar pulangan kepada pelabur'.

kedudukan kewangan KERAjaan m'sia pun sama jugak. ini menunjukkan bila bn menang lagi pru13 ni, rakyat akan lebih sengsara kerana bermacam2 cukai akan dikenakan.

Waris berkata...

Risiko untung rugi pelaburan mungkin pelapur boleh terima. Tapi risiko duit dan emas kena curi oleh penyamun kerajaan umnobn amat susah nak diterima.

Senang cerita mamposkan umno dulu. Kemudian kita rombak balik apa2 akta berkaitan.

Duit individu rakyat tu yang umno si penyamun rompak melaui bank negara.

kembara putih berkata...

Kesimpulannya, segala aset syarikat tersebut akan menjadi milik kerajaan, sama seperti syarikat2 lain sebelum ni. Sebab tu kerajaan tunggu hingga 300 ribu orang sertai skim syarikat ni baru bertindak, kalau bertindak awal, ciput la kerajan dapat.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah dibekukan macamana nak bayak pelanggan. Sebenarnya itu hanya alasan saja kerana dengan itu mereka boleh gunakan duit itu untuk PRU 13 nanti..dah kesuntukkan masa dah nih!!

Tanpa Nama berkata...

nak pilihanraya la katakan. duit tak cukup dah. bagi sana bagi sinun. cara terakhir, sita syarikat berasaskan pelaburan dan syarikat pun tutup. sorang dua kena cekup masuk jil, 300K orang hilang duit sekelip mata dengan 'halal' cara Be End... dapat la duit......... selain dari kutip duit saman..

Tanpa Nama berkata...

Pru13 nanti kita semua rakyat malaysia jatuhkan ubn..kemudian kita semua rakyat malaysia keluar beramai2 menuju kerumah pemimpin2 ubn..kita sita semua harta mereka..sampai diorg mrempat tepi jalan telanjang bogel trus..woi pemimpin ubn..!!skg lu blh main gila dgn rakyat..tapi lu kena igt..dunia ibarat roda..tgu la masa lu duk kat bawah lu rasa la lu sedar la tingginya langit...