Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) kesal berikutan pentadbiran universiti itu menyalah guna kuasa dalam proses pencalonan Pilihan Raya Kampus (PRK).
Pengerusi Pro-Mahasiswa UM, Edikuop Lakip Sediyanto, berkata ia berikutan pentadbiran UM menerima pencalonan Pro-Aspirasi walaupun mereka tidak layak bertanding.
Bercadang mendapatkan injuksi mahkamah bagi membatal pencalonan itu, beliau ketika bercakap kepada Suara Keadilan, berkata, tujuh calon Pro-Aspirasi yang dicalonkan sudah memasuki pengajian tahun akhir.
“Mengikut Tatacara Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPP-UM), calon yang bertanding mestilah mempunyai baki sekurang-kurangnya setahun pengajian atau dua semester.
“MPP perlu dilantik selama setahun.
Calon Pro-Aspirasi akan tamat pengajian pada Jun 2013 manakala penggal MPP kali ini tamat pada September 2013.
Ini bermakna mereka berkhidmat tidak sampai setahun “Apabila calon tamat pengajian, ia akan memberi masalah kerana tiada siapa yang berkhidmat untuk mahasiswa,” katanya selepas membuat laporan di balai polis Pantai, tengah hari ini.
Laporan itu dibuat bersama Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Pro-Mahasiswa Nasional dan Solidariti Mahasiswa Malayisa (SMM).
Kata Edikuop, Pro-Mahasiswa sebelum ini membuat bantahan kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan tetapi hanya satu diterima manakala enam bantahan lagi ditolak.
Katanya, jawatankuasa memberi alasan ‘tafsiran’ buku Tatacara Pemilihan MPP sudah berubah dan menerima pencalonan walaupun mahasiswa sudah memasuki tahun akhir pengajian.
“Jawatankuasa juga mengatakan mereka berhak menerima atau menolak sesuatu bantahan atas budi bicara.
“Tindakan jawatankuasa itu bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), Perkara 48 (4) yang menyatakan setiap MPP perlu dilantik selama setahun,” katanya.

7 ulasan:
lama daaah...
pengurusan UM perlu ditukar..
dulu <100...sekarg teruk..naik ranking pon still >100....
universiti tertua..mmg la tertua..smpai otak2 pengurusan pon dah tua2 xreti pk..
Kalau UMNO buat demo atau apa saja halal?
calon pro BN dah pupus!! harapkan orang senior sebagai calon!! semua yang bodoh ada dalam UMNO je - kata mahathir!!
urusan macam ni di pusat pengajian pun depa nak kawai.hentikanlah puak ni dari tampok.dah lama sangat dah.
Kalau PHD tu untuk mencari dunia, sebab itu kebanyakan PHD Melayu macam Hassan anak Ali. Patutlah PHD Melayu boleh di"beli". Tanya TNC, UTHO.
Tak akan mahu ranking UM jatuh ke tahap paling corot di dunia baru kau mahu ambil tindakan? Kamu pentadbir UM tak perasaankah UM dah hampir masuk ranking tercorot di Asia tenggara? Kalau dah masuk ranking tercorot, sia - sialah student belajar di UM sebab sijilnya sudah tidak bernilai lagi di dunia dan UM jadi universiti low class. berubahlah.
najib pengaruhi politik kampus, untuk tunjukkan mahasiswa tak sokong hapus PTPTN, KAMI MAHASISWA TAK MUDAH DITIPU NAJIB
Catat Ulasan