Kuala Lumpur: Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa. Gambar: Lakaran suspek
Lelaki terbabit dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web di Internet sebelum memujuk dan memperdaya mangsanya supaya hadir menjalani ‘temu duga’ di bilik hotel bajet di ibu negara.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, teruja dengan tawaran gaji lumayan, mangsa yang berhubung melalui e-mel dengan suspek hadir di sesi temu duga sebelum diperkosa dan barang berharga disamun.
Menurutnya, pihaknya menerima dua laporan setakat ini dan percaya kedua-dua kejadian jenayah itu dilakukan suspek sama kerana taktik digunakan sama.
“Kes pertama dilaporkan pada awal Ramadan lalu, dengan seorang wanita berusia awal 20-an mendakwa dirogol dan disamun seorang lelaki ketika menghadiri temu duga kerja di sebuah hotel bajet di ibu negara.
“Mangsa berusia 22 tahun itu mengetahui tawaran kerja berkenaan di laman web sebelum menghadiri temuduga pada jam 7 malam di sebuah bilik hotel di Taman Segar, Cheras, Sabtu lalu,” katanya.
Menurutnya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter pendaftaran hotel berkenaan bagi mengenal pasti suspek.
“Ini kes kedua dilaporkan berdasarkan modus operandi sama. Kes pertama berlaku akhir Julai lalu melibatkan mangsa berusia 23 tahun,” katanya.
Khairi berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan dalam kes berkenaan.
Orang ramai yang ada maklumat berkaitan diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Izhamaz Niza Abdul Hamid di talian 03-21460522 sambungan 167.

6 ulasan:
waktu dan tempat temu -duga pun mengarut gaji pun nampak macam tak
masuk akai diwaktu keadaan hidup yang serba suah ini kecuali karja mengarut boleh jadi
kaya didunia belum tentu di akhirat
Semua orang perlukan duit, tapi kita jangan kebulur sangat dengan duit.
Memang dua perkara ini menjadi idaman kebanyakan perempuan.
1. Duit yang melimpah ruah.
2. Orang lelaki kena dengor cakap orang perempuan.
P/s: bukan lah semua perempuan gitu, tapi ramai yg gitu...
Penjenayah makin hari makin pintar dalam melaksanakan jenayah, sampai menggunakan internet lagi tu. Tapi polis Malaysia makin hari makin bodoh jauh beza dengan polis negara lain. Kalau sudah ada kes melibatkan benda macam ini, polis negara lain akan panggil internet expert untuk trace penjenayah dan saksi tak mcm dengan polis negara kita. Macam mana kadar jenayah boleh turun kalau polis macam begini?
Aku setuju. Polis x de peningkatan dalam menangani jenayah. Makan gaji buta je
Sengaja rela masuk dlm perangkap seterusnya jadi mangsa. Ada ke org buat interview dlm bilik hotel? Kenapa terlampau berani terjah bilik hotel utk ditemuduga.
Catat Ulasan