22 Sep 2012

Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Didakwa Membunuh

Pengasas Utama Pewaris Malaysia Dato' Seri Jaafar Shaari bersama Tan Sri Omardin di Majlis yang dianjurkan oleh Penawar Satu Malaysia
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang peniaga air bulan lepas.

Datuk Seri Jaafar Shaari, 50, dan anaknya Ahmad Jiwari Jaafar, 23, secara bersama didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Azahari Sidek, 44, di Downtown The Mines, Seri Kembangan, Selangor, antara 3.40 pagi dan 5.30 pagi pada 13 Ogos lepas.

Jaafar dan Ahmad Jiwari yang juga ahli perniagaan didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ab Rashid menawarkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Peguam Datuk Abd Halim Yahya yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon mahkamah agar wang jaminan dikurangkan kerana penjamin bagi Jaafar iaitu isterinya merupakan seorang pekerja kilang manakala penjamin bagi Ahmad Jiwari pula adalah ibu saudaranya.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Okt untuk tarikh sebutan. - Bernama




SIAPA DATUK SERI JAAFAR B SHAARI?



Datuk Seri Jaafar b Shaari @ Ayah Pak merupakan Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, sebuah pertubuhan yang mesra-UMNO.

Beliau sebelum ini pernah meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berundur daripada arena politik dan memberi peluang kepada generasi muda dalam parti itu membuktikan kemampuan mereka.

Dengena keceluparannya mengungkapkan Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan kerana beliau sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.

Sila baca:




Kini orang yang meminta Nik Aziz meletakkan jawatannya itu rupa-rupanya adalah suspek utama kes bunuh!

Kebenaran dan keadilan terserlah lagi: Ada pembunuh dalam parti itu!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah balas TUNAI kat dunia lagi..krn bencikan org yg nak menegakkan ugama Allah di atas mukabumi.

Semoga Allah membalas setimpal dgn fitnah, kata2 jahat & bencinya dia pada Islam & ulamak, ameen..

Tanpa Nama berkata...

Dia mesti nak test ilmu dia tu, jadi ke tidak, tu yang dia bunuh tu.....
Tapi tak pe.......kalau dia sebelah umno, memang boleh lepas punya....jangan takut.

Tanpa Nama berkata...

Penyokong kuat UMNO?

Tanpa Nama berkata...

Makin terbukti melayu bunuh melayu. Dengan melayu tujuk samseng. Dengan cina pegi yamseng.

Tak boleh pakai punya melayu pra-sejarah

Tanpa Nama berkata...

Ini Datuk Seri orang UMNO mesti kuat powernya mana mungkin boleh masuk jel jauh sekali kena hukuman kubur kerana darjah Datuk Seri itu sendiri powerrrr.

Hidup Datuk Seri!!

Tanpa Nama berkata...

penjamin bagi Jaafar iaitu isterinya merupakan seorang pekerja kilang...???