11 Sep 2012

Polis Panggil Wartawan Suara Keadilan, Jurufoto Kawad Cam Samseng Umno

Polis memanggil wartawan dan jurufoto akhbar Suara Keadilan menjalani kawad cam hari ini bagi mengenalpasti samseng yang terlibat dalam insiden provokasi dan serangan ke atas bas jelajah Merdeka Rakyat Sabtu lalu.

Kedua-dua mereka adalah Aedi Asri dan Yuisriah Yusof.

Mereka membuat liputan sepanjang program siri kedua jelajah itu ke selatan bermula Jumaat lalu.

Menurut Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulakmar Radin Shamsudin, polis menghubungi pihaknya kira-kira jam 1.30 petang semalam memaklumkan perkara itu.

Turut menjalani proses itu, krew bas jelajah, Maisuri Zainal dan Abdul Hadi Suhaimi serta semua petugas yang mengikuti konvoi tersebut.

“Kawad cam akan diadakan pada jam 3 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.

“Ia melibatkan petugas yang berada di dalam bas (ketika serangan berlaku),” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Pada 8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan menyimbah cat ketika bas tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri KEADILAN Jasin di Kampung Kelubi, Melaka.

Ia berlaku kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.

KEADILAN kemudian membuat laporan polis berhubung insiden itu di IPD Jasin pada jam 8.43 malam hari yang sama.

Berhubung kawad cam itu, Radin memberitahu, semua yang dipanggil akan menjalani proses berkenaan petang ini bagi membantu siasatan polis.

Katanya, mereka sekali lagi akan bergerak menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat bersama-sama menuju ke IPD Jasin.

Minggu lalu, pada jelajah sulung Merdeka Rakyat ke empat buah negeri, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.

Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat. -KD






7 ulasan:

Pengobatan Alami Kanker Kelenjar Getah Bening berkata...

di tunggu update.tan nya lagi gan ..

Amuraria berkata...

memang puak umno-apco ni gerombolan dajjal ala zionis !

CHAI berkata...

Mereka2 ini lebih HINA daripada Anjing.....kerana Anjing itu walaupun seekor haiwan, tetapi ia tahu mana yg baik dan buruk, mana yg patut dibuat dan mana yg tidak.....so kategori apa yg patut diaorang nie diletakkan.....Lebih HINA dari haiwan !!! Syaitan yg dikenali kot !!! bleh ke ???

Tanpa Nama berkata...

samseng umno aka sharidan hasil dari benih anjing jantan dgn ibunya.. jadi la dia sebagai anak setan.

Tanpa Nama berkata...

aku pon x suke diorg buat cm2... rase mcm bangang gak la... tp anom 4.04PM jgn la ckp cm2... x elok la... in a bunch of apple, there's must be bad apple... peace...

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat polis sb tu menipu, peluru pistol jatuh dulu sebelum pistol tu di cekah beberapa kali, profesional le sikit, ingat semua orang bodoh ke wahai sb yang bodoh.

Tanpa Nama berkata...

salam semua,
jangan dek kerana terlalu marah kita pulak mengundang dosa buat diri kita. Marah biarlah berpada2 tak yah sampai menghina keturunannya. tak elok tu. Sabaq no sabaq. Allah bersama2 org yang sabar, amin