12 Sep 2012

Polis Ada Dalam Kumpulan Samseng Serang Bas Merdeka Rakyat

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa polis menjelaskan kehadiran anggota mereka berpakaian preman bersama samseng Umno dalam kejadian serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu.

Ia berikutan penahanan serta merta ke atas Penolong Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa insiden melempar cat merah oleh samseng Umno.

Ketika berhadapan serangan samseng, Harizal Zahid ditahan oleh beberapa individu yang berada dalam kumpulan itu.

“Ia menunjukkan polis berpakaian biasa sememangnya berada dalam kumpulan (samseng) sejak awal lagi,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin petang semalam.

Pengerusi KEADILAN Melaka itu mengiringi Harizal memberi keterangan tambahan di balai tersebut.

Kata Shamsul, polis seolah-olah tahu lebih awal tentang rancangan serangan ke atas bas jelajah itu.

“Perkara cukup dikesali… Jika polis mengenakan uniform, (samseng) tentu tidak akan bertindak ganas,”
katanya.

Beliau yang juga peguam memaklumkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas tuduhan ugutan jenayah.

“Saya juga berharap polis akan buat siasatan secara adil dan jangan tunduk kepada arahan pihak-pihak tertentu yang cuba campur tangan,” katanya.

Semalam, seorang samseng Umno berjaya dikenalpasti oleh peserta jelajah semasa kawad cam dibuat di IPD yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan. -KD



12 ulasan:

koboi berkata...

Sama2 samseng.

Tanpa Nama berkata...

PDRM ni dah lupa sekarang zaman orang dah celek,bukan lagi zaman puntung berasap.Cara dan kaedah lama yang masih dipraktikkan oleh PDRM menyamar sebagai provokator dah tak laku lagi.Berapa lama nak tipu rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Polis ada kat situ tapi tengok dan biarkan aja samseng2 buat kelaku sesuka hati.

Yang pakai topi keledar tu siap tunjuk dia punya card kuasa. Sb kot?

SB pun joint sama buat kelaku samseng dgn pendemo2 tu?

Sah....polispun terlibat dalam kesamsengan bersama UMNO utk buat kacau.

Tanpa Nama berkata...

Sebab tu le diujudkan jawatan SB . Tu le antara tugas2nya. Tak kan le tak tau.
Apa2 pun yg penting, kita buat keja betul, sbb Allah adalah saksi paling adil & telus.

Di dunia tak dapt keadilan tak pe asalkan dah usaha, di akhirat berbahagia insyaAllah. Mungkin anak cucu cicit yg rasa, mcm kat Mesir skrg. Pejuang2 utama tak rasa kemenangan di dunia yg fana ni.

Yg tak involve dlm perjuangan, SOKONG & doakan pun dah kira cantik.

Ammy Hassan berkata...

Pasukan Orang Laknat Ikut Syaitan... yang dikenali!

Tanpa Nama berkata...

PoLIS dan ibLIS, dah dekat2 bunyinya. Yang aku paling heran lg, kawad cam ni dibuat kat mane? Bukan ke kat balai polis? Kawad cam mcm mane ni? Tgk gambar ke, tgk orang? Kalau tgk orang, maknanya samseng tu dah berada di balai. Jadi, tangkap ajelah. Buat nak suruh serah diri kemudiannya plk?

Tanpa Nama berkata...

nape polis tak panggil sb tu sebagai saksi..dan terlibat sama dalam kumpulan tersebut...sudahlah sb takda keja jenayah disebabkan..ramai yang jadi nak jadi sb

Tanpa Nama berkata...

SB tu iring Bas DS Anwar sebenarnya.. :) cover story..

Tanpa Nama berkata...

adakah polis bersikap baling batu sembunyi tangan, dengan menaja keganasan?

Tanpa Nama berkata...

sama dengan cara nak tangkap anwar cipta kes liwat

Tanpa Nama berkata...

bimbang Pakatan Rakyat perintah Malaysia, tak boleh nak makan rasuah lagi!

Tanpa Nama berkata...

Potong jari klu org yg baling cat tu nk serah diri,dasar perkasa baling batu sembunyi tgn..mane nk saing anak2 muda jnji bersih yg pijak muka najib yg bwk bendera sang saka mereka berani bernggungjwp ape yg mereka lakukn..dasar penakut umno ni