12 Sep 2012

Pelajar Ini Dinafikan Hak Untuk Ambil UPSR, Muhyiddin Perlu Bertanggungjawab

Rawang - Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung di sini mendakwa telah dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi dan imej sekolah tersebut.

Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir Mokhtar, 42, berkata, dia amat terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan guru besar sekolah itu bahawa anaknya, Muhammad Faiz, 12, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.

"Saya telah menghubungi pihak sekolah semalam (kelmarin) untuk bertanyakan status UPSR anak saya dan berkesempatan berbual dengan salah seorang guru dan kemudian disambungkan kepada guru besar terbabit namun jawapan yang diberikannya itu cukup mengejutkan," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut semalam.

Tambah Mahadzir, pada hari yang sama, anaknya juga telah menemui guru besar berkenaan dan diberitahu tidak perlu hadir ke sekolah.

Disebabkan sikap guru besar tersebut, anak ketiganya itu katanya, enggan hadir menduduki UPSR meskipun telah beberapa kali dipujuk.

"Perkara ini jelas menafikan hak anak saya menduduki UPSR namun lebih mengecewakan adalah sikap guru besar tersebut yang seolah-olah anak saya sahaja yang akan menjejaskan imej sekolah berkenaan.

"Saya akui Muhammad Faiz kerap tidak hadir ke sekolah kerana menghadapi beberapa masalah termasuk masalah kesihatan namun itu tidak boleh dijadikan alasan melarangnya daripada menduduki UPSR," tegasnya.

Kecewa dengan insiden tersebut, Mahadzir yang juga seorang perunding tuntutan di sebuah firma guaman telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa dan mengemukakan aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim ketika dihubungi memberitahu, beliau telah dimaklumkan berkenaan isu tersebut tetapi masih menunggu laporan lanjut mengenainya.

Pada tahun lepas, lima pelajar dari Sekolah Kebangsaan Teluk Sara, Baling, Kedah dilarang menduduki UPSR oleh guru kerana bimbang prestasi sekolah akan terjejas.

Kejadian yang sama turut berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor, Sarawak apabila tiga orang pelajar telah dilarang untuk mengambil peperiksaan tersebut. -kosmo

Ulasan GB

Hal ini terjadi adalah sistem pelajaran negara yang mementingkan kelulusan di dalam peperiksaan.

Sekolah berlumba-lumba untuk menghasilkan sebilangan ramai pelajar yang mendapat "A" di dalam semua matapelajaran dan pelajar yang dikategorikan "lemah" atau "lembam" dihalang dari menduduki peperiksaan. GB mendapat maklumat bukan sahaja pelajar UPSR, malah pelajar-pelajar PMR dan SPM juga turut terlibat sama.

Ada para pelajar yang sepatutnya menduduki PMR dan SPM telah dihantar ke bengkel-bengkel GIATMARA, Pusat Jahitan KEMAS dan seumpamanya bagi menghalang mereka untuk menduduki peperiksaan dan dikategorikan dengan para pelajar OKU.

Berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menjadi-jadi di zaman Muhyiddin menjadi Menteri Pelajaran untuk menunjukkan kononnya di zaman TPM tersebut menjadi menteri pelajaran, keputusan peperiksaan meningkat sedangkan hakikatnya pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan-peperiksaan tersebut telah ditapis terlebih dahulu. Setiap kali di hari keputusan peperiksaan diumumkan maka tajuk akhbar yang lazim ialah: Keputusan Bertambah Baik.... Untuk apa? Untuk menaikkan nama menteri berkenaan.

Hal ini tidak wajar samasekali dilakukan kerana ia amat jelas menganaktirikan pelajar berkenaan semata-mata untuk tujuan menaikkan nama Menteri Pelajaran terbabit.

35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tu lah mungkin kerap ponteng sekolah jdi pihak sekolah anggap suatu keajaiban kiranya budak nie dpt markah baikk...jdi langkah tu nampak betull tpi pihak si ayah patut sedar kenapa anak nya malas ke sekolah tau sakit..periksa nie bukan main mian -kira boleh lambung dadu perlu ikuti kelas..hanya tuhan sahaja yg tahu.

azym berkata...

Kepada anoy 2:44..

Akan tetapi, HAK budak tu duduki peperiksaan janganlah dinafikan..walau budak tu bangang tahap gaban sekalipun..rezeki Allah siapa yang menduga..sekolah merencana, tapi Allah yang tentukan segala-galanya..siapa tau budak yang di anggap bangang gaban tu jadi pelajar terbaik, berkat doa penggunjung GB...

IbnAbdHalim berkata...

Tiap-tiap tahun laporan prestasi peperiksaan meningkat. Hebat sungguh kementerian pelajaran. Sedangkan durianpun ada musim menjadi dan ada musim tak menjadi tapi perestasi murid yang duduki peperisaan setiap tahun bertambah baik. Bayangkanlah pernah berlaku cikgu jadi hairan bagaimana muridnya yang kurang cerdik boleh lulus dengan cemerlang.

Itulah manipulasi yang berlaku dek kerana takut prestasi sekolah merudum maka murid yang kurang cerdik dihalang menduduki peperisaan.

Tanpa Nama berkata...

guru2 sekarang bukan seperti guru2 20-30 tahun yang lepas, ramai yang lebih pentingkan prestasi sendiri, kocek sendiri,ego sendiri akibatnya anak2 kita yang rugi, rugi tiada didikan sekolah yang betul2 ikhlas memdidik agar menjadi seorang insan yang berguna...kepada ibu bapa jgn lepaskan 100% pendidikan kepada pihak sekolah didiklah anak2 carilah masa..insyaallah

Tanpa Nama berkata...

inilah sistem kerajaan sekarang..dah mcm sistem piramid..wa yg keje kerajaan mmg dpt rasa giler...kena naikkan nama org atas...semahunyaaaa..mcm sistem piramid bagi kaya org atas..yg bawah ni mcm taik...keje gila amat...mmglah org atas ada kuasa tapi menyekat hak pelajar nak amik periksa bkn jln terbaik...nak nama sekolah gah padahal dah ditetapkan peratusannya..ceh menipu x abih2....kesianlah bdk tu...jgn pandang rendah...Gb sekolah tu pun masa belajar kat universiti ntah2 bkn pelajar excellent...nasib dan rezeki dia jdkan dia hari ini..jd jgn pandang pelajar lemah...berilah peluang bongokkkkkkk! takutlah tu jwtn dia bila sekolah tercorot....bongok punya pembuat keputusan!

oner berkata...

keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sekarang dah kurang bernilai.. sekadar untuk syok sendiri saja.. budak yang selalu dapat D, tiba2 dapat A.. dia pon perasan terlebih pandai, mintak masuk universiti ambil degree.. IPTA pulak tak cukup menampung jumlah pelajar "pandai" yang semakin bertambah, maka IPTS pon tumbuh la macam cendawan, termasuk IPTS rumah kedai.. hasilnya, berpuluh ribu mahasiswa yang berijazah menganggur.. kita negara membangun, tapi kadar kemasukan pelajar ke bidang vokasional dan teknikal teramat rendah.. sebab bidang vokasional/teknikal dipandang sebagai kelas kedua, tempat budak2 yang tak dapat A.. hanya kerana menteri pelajaran, pengarah pelajaran, guru besar dll mahu dipuji setiap tahun kerana keputusan meningkat kononnya, masa depan anak bangsa kita tergadai..

Tanpa Nama berkata...

Inilah masalahnya sistem pendidikan yang terlalu memandang kpd keputusan akademik dgn meminggirkan pembangunan insan. Kejayaan hidup seseorang bukan terletak di peperiksaan. Rezeki di tangan Allah bkn ditangan manusia. Ramai yang gagal di dalam peperiksaan tetapi berjaya di dalam hidup. Berjaya di dalam peperiksaan x semestinya berilmu

Tanpa Nama berkata...

UPSR tu bukan PEPERIKSAAN!!! kena faham tu. UPSR hanyalah satu UJIAN nama penuh pun Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Tak ada lagi dalam sejarah UPSR mana-mana pelajar yang dapat 5A terus jadi doktor, lawyer, engineer dan sebagainya. Apa masalah? bagi ajer lah budak tu ambik ujian tu. Kalau peratus kelulusan turun pun bukan GB tu kena turun pangkat atau kena potong gaji. Muhyidin bukan main lagi nak martabatkan pendidikan di Malaysia hingga ke tahap dunia tapi budak nak ambik ujian pun tak leh, pendidikan tahap dunia apa ke bendanya???

Tanpa Nama berkata...

apa nk heran..kan PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..rakyat x dibahulukan..
aku ada seorang sepupu yg cukup malas belajar, mengamuk xnk g sekolah.oleh itu dia x sekolah ms umur 7 tahun, daftar je tp x sekolah, g exam final.lps tu Allah punya kuasa sepupu aku tu terbuka hati nk sekolah, DAN PIHAK SEKOLAH MEMBERI PELUANG UTK DIA,sekarang dia darjah 6,sedang upsr dan dia adalah salah seorang harapan sekolah utk dpt 5A, percubaan mmg dia dpt 5A..bayangkan klu sekolah x bg peluang kt dia apa jdi? tauke pil kuda kot..apapun aku bantah polisi sekolah bangang mcm ni...dan kisah aku di ats berlaku dinegeri limpahan wahyu..iaitu kelantan..hehe sori geng tp ni berita sahih

Tanpa Nama berkata...

maklumat tadak lengkap,jangan terus salahkan pengetua pastikan tanya
1.berapa hari pelajar ni datang ke sekolah
2.berapa kali guru datang rumah pujuk pelajar datang ke sekolah
3.berapa kali bapa ni datang ke sekolah untuk berbincang dengan guru.
4.apa tindakan bapa apabila anak tak datang ke sekolah
4. adakah pelajar ni di daftarkan untuk mengambil ujian.
5. banyak perkara lain perlu diambil kira sebelum menghukum

Tanpa Nama berkata...

Anon 5.30...betul tu...
Aku harap siasatan dibuat sblm jatuh hukum. Bapak budak ni pun kerja kat tempat guaman. Mesti dia tau punya...kena siasat dulu.
Kalau betul GB tu yg salah, ambil tindakan...selesai.
Tak perlu dipanjangkan...

Tanpa Nama berkata...

kepada Anon 2.44, basuh minda anda dengan clorox..kasi cuci sikit. Sekolah tu nampak sangat nak tunjuk prestasi..tekanan dari Kementerian Pelajaran juga...budak tu selalu ponteng..peratus gagal mungkin tinggi..jadi sekolah halang dia datang ambik UPSR supaya keputusan dia tak mengganggu prestasi sekolah..itulah hakikatnya ..kalau dah GURUBESAR sekarang pun mempunyai sikap mengejar 'glamour' apatah lagi generasi kita sekarang dan akan dtg pun akan dibentuk menjadi manusia yg kurang bermutu....SEKOLAH BUKAN LAGI TEMPAT MENDIDIK ANAK2 KITA ..RENUNG2KAN LAH....

Tanpa Nama berkata...

bukan budak ni sorang saja yang dihalang. ramai lagi pelajar di seluruh negara x dpt amik upsr sebab dihalang oleh pihak sekolah kerana dikatakan akan menurunkan prestasi sekolah dan negeri.

dan di tempat saya skrg ni ada beberapa orang pelajar SPM yang skrg ini "dipaksa" menjalani latihan industri kerana tidak dapat amik SPM tahun ini kerana dikatakan lemah.

Ia takder kaitan dengan kehadiran dan seumpama seperti tuduhan beberapa orang pengkomen di atas,

Ia hanya disebabkan diskriminasi terhadap pelajar-pelajar yg lemah semata-mata kerana nak naikkan prestasi sekolah dan negeri.

Tanpa Nama berkata...

sekolah hari ini lebih mementingkan prestasi peperiksaan daripada mendidik pelajar. Itu sebab gejala jenayah dan maksiat semakin bertambah

Tanpa Nama berkata...

aku setuju anon 6:15

cikgu-cikgi skrg pun tidak bermatlamat mendidik.

yg ramai kita temui ialah berebut dan bertanding untuk pamer rumah & kereta baru..

di kg aku ada seorang guru ngajar BM utk tkn 2 aje, berbelas tahun, tapi kereta baru dah ada 2 biji...

tanya bab lain, satu habuk dia tak tahu... dia akan jwb saya guru bm tkn 2 , yg lain jgn tanya, saya tak tahu...

Tanpa Nama berkata...

pelajar tersebut tidak boleh di nafikan hak untuk duduki UPSR sebab itu hak beliau untuk masadepannya yg bermula dgn UPSR. Guru Besar tidak patut buat begitu. Kejam sungguh. Hanya untuk pertahan status pencapaian sekolah sanggup korbankan masadepan pelajar ini. Boleh report kpd UNICEF sbb Charter Hak pelajaran setiap rakyat Malaysia di jamin terlebih dahulu dpd status pencapaian sekolah. Apa guna sekolah mendapat status tetapi kanak2 di ketepikan. Tidak bertanggung jawab langsung. Malu kat dunia. Mentaliti GB yang ego dan hanya pentingkan kenaikan pangkat dan pembodek. Kementerian Pendidikan mesti ambil tindakan terhadap GB dan sekolah juga Menteri kena perbetulkan keadaan. Malu lah!!!!! Apa punya dasar!!!! Esok Allah akan tanya kat akhirat kelak. Walaupun pelajar ni ponteng tapi mesti ada sebab. Apa punya Sekolah ni!!! Bodoh punya Guru Besar! Kata nak bantu anak Melayu dapat pelajaran asas.!!??!! Baru je ujian dan bukan peperiksaan! Nampaknye Guru Besar ni dan cikgu lebih rendah mentaliti dpd pelajar tak cukup umur ni. Aduiih!!! Apa punye Negera lah Malaysia ni?!!!! Malaysia Bole!!!! Bole jahanam kalau macam ni!!! Hanya Allah yang dapat selamatkan Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Yg komen back up byk tue xabis2 nak.mgampu....ap.masalahnye bdk tue nak.amik.exam.....nie nant jd isu.pulak nak.daftar ting 1..alasan pelajar xde upsr xbo naik ting 1..pastu bdk xsekolah gejala sosial naik...sape yg susah....bangang betul...masing2 jg periuk nasi xp.k dh yg semua tue akan disoal nanti...bangang...rosak abis pemikiran...cuba laaa p.k kalu ank kita org buat mcm tue....

Unknown berkata...

emm ada pengkomen di atas yang meringkaskan GuruBesar sebagai GB. So ia bukan bermaksud Green Boc. Jangan salah faham :)

Ridzuans berkata...

Ada 2 faktor knapa pelajar ni x dibenar masuk ujian:
1. Sekolah xmau buruk rekod.
2. GB nk kejar habuan kalo sekolah dpt cemerlang.

Sistem pelajaran syok sendiri.bkn kata upsr je,pmr ngan spm lg teruk.yg mate ngan sains dlm english pun student x reti jgak english.cuba byg adik aku amik SPM lepas dpt A- utk Bahasa Inggeris tp MUET dpt borderline band 3 je.

Tanpa Nama berkata...

Tiada gunanya kalau semua pelajar dapat semua A kalau akhlak dan sahsiah diri masih mendapat F. Jangan lupa blog ini pernah dedah pelajar yang cemerlang dapat banyak A pada SPM 2005 dan sekarang dah jadi entah apa dah ketika dia sekarang belajar kat London kerana sahsiah diri mendapat markah F. Ada lebih pelajar dapat A pada pelajaran plus sahsiah diri baru kita layak panggil dia sebagai pelajar cemerlang. Fikir - fikirkanlah.

webo berkata...

selalu ponteng sekolah bukan alasan untuk melarang seseorang murid daripada menduduki peperiksaan.. ponteng sekolah hukuman yang paling berat ialah buang sekolah, tapi dia tetap berhak mengambil peperiksaan sebagai calon persendirian.. dalam kes ini, kalau betul budak tu kaki ponteng, pihak sekolah sudah terlambat mengambil tindakan buang sekolah, jadi wajib terima budak tu sebagai calon UPSR sekolah tu..

sofia berkata...

secara umum bukan merujuk pada budak ni..kalau budak asyik ponteng je, dalam setahun berapa hari je ke sekolah patut buang je. nak ambik exam jugak boleh, calon persendirian. sekolah dah banyak kali bagi warning letter tapi tak diendahkan. sy penah jadi guru ganti dalam 2 bulan lebih pun nampak senario sebenar yang dihadapi pihak sekolah. sebelum ni sy pun ada pandangan negatif terhadap pihak sekolah tapi selama 2 bulan lebih sy jadi cikgu ganti tu baru nampak cabaran2 pihak sekolah. cikgu sampai tiap2 hari ke rumah untuk pujuk pelajar pergi sekolah. smpai kena bw van sebab bukan sorang 2. adakah hanya tanggungjawab cikgu sahaja mendidik pelajar, apa peranan ibu bapa? asyik2 pihak sekolah juga yang salah. maaf, berdasarkan pengalaman cetek sy menjadi guru,tapi cukuplah untuk sy paham 'cikgu' tidak semudah yang orang cakap..

Tanpa Nama berkata...

kalau seorang murid x jejas mana peratus... ada masalah lain latu....

Tanpa Nama berkata...

jangan cepat buat komen2 buruk terhadap guru/guru besar/kem pelajaran dll...kalau seorang pelajar takkan boleh menjejaskan keputusan sekolah atau negeri...ada masalah lain pasal budak ni...kepada mereka yg buruk sangka terhadap guru/pihak sekolah..tolong jangan hantar anak2 atau adik beradik ke sekolah2 di malaysia...hantar lah ke sekolah2 di negara lain yg guru2nya lebih baik ..HARAP MAKLUM..

Tanpa Nama berkata...

tak da masalah lain...
memang ramai yang tak dapat duduk upsr kerana telah dihalang oleh guru besar masing2 semata2 kerana nak jaga prestasi sekolah kononnya.

dasar gurubesar nak berebut peratus tinggi di dalam keputusan supaya mudah naik pangkat dan sepertimana kata greenboc untuk jaga airmuka Muhyiddin nanti supaya dikatakan nanti "keputusan peperiksaan naik"!

Tanpa Nama berkata...

anon 11:39 tulis: "kepada mereka yg buruk sangka terhadap guru/pihak sekolah..tolong jangan hantar anak2 atau adik beradik ke sekolah2 di malaysia...hantar lah ke sekolah2 di negara lain yg guru2nya lebih baik "

ko ingat negara ni kepala bapak ko punya nak suruh orang jgn hantar anak2 dan adik beradik ke sekolah di negara lain...

Kita berhak untuk mengkritik demi untuk membetulkan apa yang pincang di kalangan guru/pihak sekolah/kementerian.

Ini era ICT bukan era duduk dalam gua ...

Tanpa Nama berkata...

Kritik utk kebaikan sangat bagus..komen burukkan org lain dan bahasa kasar yg x baik.

Tanpa Nama berkata...

Manusia hebat akan menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri. Lebih 8 bulan diberi peluang untuk hadir ke sekolah tetapi bersusah-payah hadir untuk memberikan keputusan buruk kepada pihak sekolah sedangkan murid lain dengan komitmen yang tinggi hadir pelbagai program anjuran pihak sekolah untuk melonjakkan prestasi. Adilkah?

Unknown berkata...

kita xtau ape pun yg blaku kt famili tu.. xpatot cegu x bg bdak tu amik periksa.. ade ke syarat amik periksa kena hadir ke sekolah setiap hr?? xde rs nya.. biar dia amik dlu, dia tgk soklan mcmmn.. mn nk tau itu motivated dia utk blaja dgn baik lpas ni.. dr demotivated dia n dia rs malu sbb xleh amik n xnk blaja trus.. dh tmbh prestasi sosial plak.. terbaikk

Tanpa Nama berkata...

Jika kejadian begini tidak disekat, tidak dihentikan dan tidak diambil tindakan maka ia akan menjadi satu 'rule of the thunmb' yg akan di ikuti oleh Guru2 Besar sekolah yang lain. Ianya TIDAK ADIL. Jika ad Gur Besar yg berani bertindak melarang murid2 nya mengambil peperiksaan yang penting elok Guru Besar tersebut di gantung kerja sementara siasatan dijalankan. Jika dia bersalah, elok saja di turunkan pangkat, dan jika masih berterusan maka elok dia di singkir saja. Tak usah nak salahkan anak2 murid jika guru tidak pandai mengajar atau guru tidak prihatin.

abdullahadi berkata...

semua dalam ruangan komen menyokong budak itu tetapi dari gayanya saya rasa budak ni ada masalah pembelajaran dan ibubapanya tidak mahu menghantar anaknya ke sekolah khasdan mahu menyalahkan pihak kpm

Tanpa Nama berkata...

guru besar tu tertekan nak mencapai KPI sekolah dia. Mcm skolah sya Pengetua ari2 tekankan KPI mesti dicapai. Anyway sy akui juga skg ni bos2 kat atas sebenarnya lebih pentingkan mencapai KPI daripada mendidik anak2 bangsa. Guru2 pun tertekan sebab diminta buat yg impossible dgn kemudahan yang sgtlah sedikitnya ditambah lagi kerja perkeranian yang mengarut.

Tanpa Nama berkata...

Memang benar apa yang dikatakan oleh Anon 11:33pm dik kerana KPI Pegawai Pendidikan dan Guru besar sibuk jaga tembolok mereka .Anak Saya ambik UPSR tahun Lepas dia cerita Cikgu bagi jawapan untuk soalan peperiksaan sy tak pasti tp lepas buat siasatan terbukti betul. fikirkanlah..... K P I punya ankara

Rangga berkata...

isk isk isk...
biar pun seorg budak tu bengap ke biol ke cacat ke what ever lah, apa masalahnya dia dibenarkn klu stkat nk amik UPSR? kita rugi apa? Nama pun ujian...
Ujian je tuuuuuu klu mreka 50 A pun nk kemana klu di Mlysia ni dlm seawal usia 12 thn tu? cmne pun guru beso yg salah krna dia ada kuasa otonomi dlm sekolah. Itu lah mtlmat ujian...
klu murid tu cmerlang mka masukkn lah ke sklah2 pilihan!
tpi klu dia mmang x pndai dlm akdemik, serah je pd mak bapak diorg tuuuuu! bukan halang dia dri duduki ujian tuh! usahlah smpaikn abaikan hak2 rkyat!
dlm pd kta brusaha Allah yg tntukan sgalanya.
Dri sudut cbang ibadah cmni la yg xde dlm kamus UMNO Be End! GB skolah tu pun samaa spesis Umat Melayu Naif Otak. Yg mereka pertahankan KPI.. NKRA..
hal2 murid & rakyat marhaen "aku peduli apa" ni lah klu "pencapaian diutamakan, rakyat dibahlulkan" GB sklah tu senada & seirama dgn parti setan yg "dikenali.." bukan cmtu?
Menteri pun 2x5 kong kali kong... dlm nk mencapai KPI, modes operandinya sama je!
Ikan membusok dri kepalanya.. Kalau bapak setan sekurang2nya anak nya jin.
Tiada lain selain kita ubah jadi ABU pd PRU 13 nanti...
Be End no more!

Tanpa Nama berkata...

NAK TANYA YANG BAGI KOMEN NIE CIKGU KE..KALU BUKAN CIKGU MEH JADI CIKGU..BARU KO TAHU KERJA CIKGU..BARO KO BULEH KUTUK CIKGU DAN PENTADBIRNYA...DENGAN KERENAH PARENT YANG SAYANG ANAK MELAMPAU...YANG KERJA MENGARUT DARIPADA ATASAN..NA CAPAI KPI YANG MENGARUT..DASAR YANG KERAP BERUBAH..CAM NE CIKGU NAK JADI PAKAR..KEJAP PPSMI, KEJAP MBMMBI, KEJAP PBS, TAPI CIKGU TAKDE PUN NAK BUAT MOGOK...