27 Sep 2012

Pelajar Latihan Amali Adakan "Latihan Amali" Dengan Bakal Tunang Dicekup

Dungun - Tindakan seorang penuntut kolej membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa setiap hujung minggu sehingga mendatangkan syak wasangka dalam kalangan jiran tetangga sehingga perbuatan tidak bermoral itu berjaya dihidu pihak berkuasa.

Susulan itu, satu serbuan dilakukan penguat kuasa syariah kira-kira jam 10.45 malam Ahad lalu, berjaya menahan sepasang kekasih yang berada berdua-duaan di sebuah rumah flat, dekat sini.

Ketika ditahan, gadis berusia 21 tahun yang sedang menuntut di salah sebuah kolej swasta itu difahamkan hanya berseluar pendek dan memakai baju singlet tanpa pakaian dalam.

Ketika serbuan, pasangan itu mengaku mempunyai hubungan sebagai sepupu, namun setelah disoal siasat kedua-duanya tidak mempunyai hubungan muhrim.

Gadis berasal dari Bukit Tunggal dikatakan sedang menjalani latihan amali di Pejabat Kesihatan Dungun, manakala teman lelakinya yang berasal dari Padang Nenas, Kuala Terengganu, kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Pasangan yang mengaku bakal mengikat tali pertunangan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun, 29 Oktober nanti atas dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Ulasan GB

Kenapalah susah sangat orang muda sekarang ini untuk bernikah?

Zina sudah menjadi seperti perkara normal dan bukan dosa yang ditakuti. Kerana apa? Mudah jawapannya: hukum Islam diketepi!

9 ulasan:

nmc berkata...

Ulasan GB

Kenapalah susah sangat orang muda sekarang ini untuk bernikah?
-------------------------------

ada 10 ribu tak?

Shahrul Yusof berkata...

Kenapa orang muda zaman sekarang ni susah nak bernikah? Sebabnya wang hantaran makin mahal. Majlis kenduri kahwin dah menjadi perkara wajib. Semua tu nak pakai duit. Bukannya sedikit, tapi banyak makan belanjanya.

Kalau nak nikah ikut syarat sah nikah aja tanpa majlis dan sanding-sanding, dah tentu famili tentang. Nak tak nak, terpaksa turutkan jugak kehendak famili dengan kumpul duit. Kumpul duit bukannya dalam masa sebulan dua. Mau makan bertahun, last-last bila dah tak tahan, tak sempat nak nikah, kena godaan, dua-dua terus berjimak.

Tanpa Nama berkata...

ni latihan amali ker latihan geli-geli?...kuikui..astagfirullahal'azim..

Unknown berkata...

huhhh...ini gambar pelajar tu ke...uekkk...bilik mcm sarang indon...mesti busuk mcm ketiak bangla...diri sendiri tak terurus...xde lifestyle lansung...parents kedua2 belah pihak wajib nikahkn mereka segera...hishhhh da tak lalu....

Tanpa Nama berkata...

shidine didine rahman shefendi "said...
huhhh...ini gambar pelajar tu ke...uekkk...bilik mcm sarang indon...mesti busuk mcm ketiak bangla...diri sendiri tak terurus...xde lifestyle lansung...parents kedua2 belah pihak wajib nikahkn mereka segera...hishhhh da tak lalu....

SEPTEMBER 27, 2012 5:21 PM"

KOMEN MACAM NI TAK PATUT DITULIS. INILAH MASALAH MASYARAKAT KITA. SUKA MENGUTUK DAN MENGUMPAT. JANGAN MENGHINA PELAKU DOSA SAMPAI MACAM NI BRO. KELAK KITA TAKKAN MATI SEBELUM MELAKUKAN DOSA YANG SAMA. BERTAUBATLAH WAHAI ANAK MUDA YANG MALANG.

Tanpa Nama berkata...

Majlis Agama Islam Negeri sebaiknya mengadakan Tabungan Pinjaman kepada Pemuda Pemudi yang ingin berkahwin bernikah segera dapat menghindari dari terjerumus ke dalam kegiatan gigit mengigit. Kalaupun peruntukan 10,000 ia dapat membantu 10 pasangan bernikah mendirikan keluarga. Janganlah hanya menangkap gejala yang sudah berlaku sahaja, matang kan pemikiran mencari jalan untuk menyelesaikan masalah gejala sosial zaman modern ini lebih baik!j

Unknown berkata...

mengutuk dan mengumpat wajar difahami sebenar2 maksudnya....dlm gambar jelas memaparkan keadaan itu...ini bukan masalah masyarakat kita...masalah kita ialah membela pesalah dgn isi debat yg dangkal dan sempit...dah berjuta berita begini tuan gb utarakan...mengapa? kalau kes masih terpencil kaedah doa boleh lah bg selemah2 iman...kes berzina ni wajib pandang serius...tak boleh berdoa aje nak suruh hati penzina berubah...bilik org islam ke macam tu...perangai org islam ke mcm tu...dah tu tempat solat dia kat mana...di mana sudut bersih dalam bilik tu...dan tak semestinya dan semudah itu kita takkan mati sebelum melakukn dosa yg sama...adakah dgn membenci kekotoran dn
perbuatan zina maka seseorg itu ditimpa dosa yg sama sebelum nati...wallahualam...

Unknown berkata...

ini lah gejala sosial yg akhirnya menjurus kpd pembuangan bayi...kena tendang dr kolej atau uni...kena pulau...tapi kalau muka tak tau malu atau maruah tolak tepi ditambah ada yg membela...dan dibantu dgn doa saja tanpa usaha...sia2 lah hasilnya...selemah2 usaha sbg orn islam ialah mengadu ke pejabat agama...nak benteras dari awal remaja sekarang kita plak yg lebih takut kpd mereka...sib baik jiran prihatin...kalau dpt jiran yg berdoa jer tp tak berusaha mencegah..menegur..menyindir...maka sronok lah mereka buat dan buat lagi...

Tanpa Nama berkata...

dah mengutuk sampai ke ketiak bangla segala bagai, tiba2 masuk tajuk mencegah kemungkaran pulakkkk.