27 Sep 2012

Patutlah Bermati-matian Pertahankan Putrajaya, Ramai Yang Bakal Ke Penjara



Pakatan tubuh S’jaya siasat skandal BN jika tawan Putrajaya

Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat yang dibazirkan Umno-BN sebaik gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi mandat membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, fokus suruhanjaya itu terarah kepada skandal pembaziran wang rakyat yang melibatkan pemimpin besar.

Skandal PKFZ misalnya, ia melibatkan pembaziran wang rakyat RM14 bilion dan yang terbaru penyelesaian di luar mahkamah bagi kes hutang kroni Umno, Tajudin Ramli terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Skandal besar seumpama ini mesti ada pihak yang bertanggungjawab dan sebab itu perlunya suruhanjaya bagi menyiasatnya,” katanya.

Beliau diminta mengulas isi ucapan beliau di Sungai Petani, Kedah 3 Mac yang menyatakan Pakatan Rakyat akan mengheret mereka yang melakukan rasuah ke mahkamah jika mengambil alih Putrajaya pada PRU akan datang.

Saifuddin berkata, turut tidak terlepas dari fokus Pakatan ialah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bertujuan mereformasikan institusi polis.

“Skandal NFC juga tidak akan terlepas kerana wang rakyat turut dibazirkan keluarga pemimpin Umno dengan menggunakan dana awam RM250 juta itu.

“Malah rakyat yang juga pembayar cukai sangat berharap wang mereka dikembalikan ekoran salahguna kuasa yang dilakukan keluarga menteri dalam projek ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ucapan maaf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini adalah taktik berlepas diri dengan meletakan kesalahan di bahu pemimpin lain.

“Sepatutnya Najib mengakui salah beliau, kerana beliau menteri Umno sejak puluhan tahun, malah mewarisi sistem Umno yang mengekalkan rasuah dalam pentadbirannya dan Najib sudah menjadi PM hampir tiga tahun,” ujarnya.

Oleh itu, beliau mengingatkan Najib bahawa rakyat sudahpun membuat pendirian dan yakin pengundi akan memastikan Umno BN tersungkur pada PRU akan datang.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ayuh rakyat malaysia kita bersatu hati pada pru13 kita undi pakatan rakyat bersama beri mandat kepada pakatan rakyat mentadbir dan membersihkan malaysia dari rasuah yg dilakukan olih kerajaan umno bn yahudi haram jadah.

Tanpa Nama berkata...

Mahafiraun org pertama yg akan disumbat ke dalam akibat rompak duit rakyat utk kroni...ABU

Tanpa Nama berkata...

Kami sokong..siasat sgl pmbaziran,rampas sgl harta rompakn,memng ptt d ajar dorng ni..

Tanpa Nama berkata...

selalunya yang bersalah lah akan menjadi resah
ubah sebelum parah
bukit gantang bukit berapit
depa menang kita sakit

Tanpa Nama berkata...

sekiranya PR dpt membentuk kerajaan persekutuan pada mlm itu nanti...semua lapangan terbang akan dipenuhi dgn org2 BE END yg nak melarikan diri...(bg mereka yg bersalah pd rakyat mungkin akan melakukan tindakan terdesak ini)

Tanpa Nama berkata...

Yang jahat patut dihukum dengan setimpalnya.

Ngah Phg asal Melaka berkata...

Dah lama umno..bee end kenyang dgn harta menyamun tu..sampai masa dia ditumbangkan dan dihanyutkan kedlm penjara.. xsbr nak mengundi ni..lps tu apa jd utusex meloya..tv3suku..perkosa..jati palsu..ezam kotak..brahim katak..zul kulum..hafelda..seronok rakyat nanti dah lama diderakan ..

Tanpa Nama berkata...

Selagi 8 Tuntutan BERSIH tidak dilaksanakan pada PRU akan datang, PR usah mimpi nak takluk Putrajaya,,,

Menang sorak jealah,,,,

Tanpa Nama berkata...

Ini yang depa takut sangat tu hingga nak pertahan Putrajaya hingga titisan darah yang akhir bukan sebab nak bela bangsa dan agama.Berapa banyak skandel dan berapa billion dah wang rakyat disamun.Dulu baru hilang negeri Trengganu aje Mahathir Kutty dah ubah wang petroleum kepada wang ikhsan untuk sara hidup pemimpin-pemimpin UMNO Trengganu.Bayangkan dan fikirkan kalau Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya,ramai yang akan mati meraong.