Anwar cabar Najib debat Belanjawan 2013
KUALA LUMPUR 28 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai Belanjawan 2013 yang dibentang hari ini.
“Kalau kamu sanggup untuk kritik, maka kamu perlu sanggup untuk berdebat. Tapi kamu tak sanggup untuk respons cabaran. Kamu (Najib) tidak datang ucapan saya (di Dewan Rakyat) pada Isnin jam 11.30 pagi, tapi saya sanggup duduk dengar kritikan.
“Separuh dari ucapan (penggulungan) Najib kritik Pakatan Rakyat. Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan,” kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Dalam pada itu, jelas Anwar, belanjawan kali ini tidak meletakkan keutamaan kepada rakyat terbanyak melainkan insentif kepada kroni dan golongan atasan.
“Insentif untuk Tun Razak Exchange (TRX), itu insentif kewangan untuk orang kaya. Tak disentuh tentang IPP (Penjana Tenaga Bebas). Harga gula disentuh, tetapi monopoli gula tak disentuh.
“Perubahan struktur tidak dilakukan.. ini masalah besar. PTPTN diminta untuk bayar balik, tetapi hutang (kroni) berbilion tak disentuh. Tidak ada tindakan dan cadangan (dalam Belanjawan),” tegasnya.
Sementara itu, katanya, tidak ada yang baru dalam belanjawan dibentangkan untuk manfaat golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan seperti Skim Rumah Pertamaku.
Mengulas lanjut kata Anwar, syarikat perumahan negara sepatutnya menjadi institusi yang meletakkan kebajikan rakyat lebih utama dari keuntungan.
“Kalau bermotif untung seperti sekarang, tak mungkin berhasil. Mesti ada badan kerajaan yang tak semesetinya rugi besar, tapi mesti menjana projek yang boleh memenuhi permintaan rakyat.
“Sebab itu saya ajak Najib debat tentang belanjawan, tentang isu pentadbiran,” tegas Anwar. -KD

Anwar cabar Najib hadir sesi bahas bajet Isnin ini
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar perbahasannya berhubung Bajet 2013 yang dibentangkan beliau, Isnin ini.
Anwar selaku Ketua Pembangkang akan membahaskan cadangan Bajet 2013 Isnin ini.
"Saya cabar najib untuk turut hadir dan mendengar perbahasan Isnin ini.
"Jika selama ini Barisan Nasional (BN) hanya tahu mengkritik apa yang pembangkang lakukan, beliau (Najib) mesti berani juga untuk hadir Isnin ini," tegas beliau ketika ditemui pemberita selepas pembentangan Bajet 2013.
9 ulasan:
Kakitangan awam boleh beli cincin sebab dapat bonus......
dulu disekolah kita diajar berdebat
tak kan bila dah besar kita jadi takut berdebat
jangan lupa harga gula-gula akan naik.Barang Naik.Yang dapat boleh rasa yang tak dapat tengok aja .simpati untuk mereka.
DSAI pun satu dah tau mamat tu takkan debat buat pe pi ajak lg..cuma perlu maklum kt tok jib tu klu takut debat maksudnye tok jib tak cukup intelek utk berada di platform dia skarang sbg PM. Pandai kritik x berani debat..ceh! Pengecut!
Nak tanya sikit.......K/tangan awam bkerja setahun berapa hari - (tolak) setahun ada berapa hari...baki yg tinggal cukup tak untuk gaji sebulan..???
Aku tolong jawap la untuk Anonymous said...September 29, 2012 5:04 PM
Kalau kump sokongan , cuti setahun 25 hari. Kalau kump P&P, 30 hari. kakitangan kemasukan baru skrg, cuti 25 hari setahun. Nk tanya balik. Apa rasional soalan tuan? Nak quiri pasal depa dpt bonus 1 1/2 bulan gaji? Rileklah, jgn jeles. Dah lama depa parati mereka yg kerja swasta dapat bonus 3-4 bulan, malah ada cecah 5 bulan. Sekali nih ajer dapat 1 1/2 bulan. itu dah rezeki depa. Jgn di ratap tangiskan rezki mereka. kalau minat nk kerja kerajaan, isi borang kat www.spa.gov.my.
Keja kerjaan atau keja swasta ke, jgn le gaduh2 & jeles. Rezeki masing2. Syukur pada Allah atas rezeki dariNya.
Aku ade degree, minta keja kerajaan atau syarikat besar tak dapat, aku keja lah sendiri, kdng2 dpt 500, kdng2 dpt 800, bergantung pada pelanggan.
Aku pulun keja tiap2 hari, melainkan cuti raya.
Ibu pesan, sekurang2nya satu waktu jgn putus solat jamaah, & selalu solat dhuha & baca surah al waqiah.
Taada masaalah, bonus wajib diberikan oleh setiap kerajan yang memerintah. Itu adalh tanggungjawab serta kewajiban kerajan demi untuk rakyat. Tapi mesti diingat, dari mana sumber wang itu? Berapa banyak lagi kerajaan mahu menaggung hutang? Sadarlah.
Semua orang tahu pekerja malas jangan dibayar bonus lagipun yang malas tetap dapat gaji buta. Kasihanilah cukai cukai yang dipotong dari pekerja pekerja swasta yang tak boleh duduk diam berisiko tinggi di buang kerja, hanya untuk memberi bonus pada yang rata rata malas lepak kedai kopi dan rokok selepas punch kad masok kerja.
Terbaik....
Catat Ulasan