13 Sep 2012

Mangsa ISA Didera Mental & Seksual, Sebiji Burger Diumpan Untuk Tutup Mulut

Dipukul dan didera secara mental termasuk penderaan seksual setiap hari secara berterusan selama 60 hari antara kaedah yang menyebabkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akhirnya terpaksa mengaku bersalah.

Antara tahanan yang menjadi mangsa seksaan dan ugutan pegawai kem tahanan di Kem Tahanan ISA di Kamunting, Perak itu termasuklah golongan ulama, hafiz dan guru-guru Al-Quran.

Tahanan juga diugut agar tidak mendedahkan situasi sebenar dalam tahanan kepada pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila suruhanjaya itu mengadakan lawatan.

“Bila Suhakam nak datang mereka belikan burger McD untuk tahanan, selepas itu Suhakam duduk di depan tahanan, di belakang polis bersedia untuk tengok siapa yang berani nak jadi ‘whistle blower’.

“Aku dah belikan kau burger ni.. Aku dah seksa kau, kemudian aku pujuk kau belikan burger jadi aku harap kau dapat cakap benda baik tentang kami.

“Apa, mereka ingat kami ni apa, boleh dibeli dengan sebiji burger?


Demikian beritahu bekas tahanan ISA, Mohamad Fadzullah Abd Razak (gambar) dalam satu sidang media yang diadakan oleh Gerakan Mansuh ISA yang diadakan di Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Fadzullah, kejadian yang berlaku dalam kem tahanan menyebabkan beliau dan tahanan lain terkejut kerana tidak menyangka kejadian seksaan yang zalim seumpama ini wujud di Malaysia.

Fadzullah ditahan di bawah ISA apabila dikaitkan dengan aktiviti Jemaah Islamiah(JI) pada Jun 2010 dan dibebaskan kira-kira dua hari sebelum hari raya puasa baru-baru ini.

Fadzullah juga memberitahu seksaan yang dikenakan kepada tahanan sehingga menyebabkan ada tahanan cuba membunuh diri dengan mengikat leher dengan tuala akibat tidak dapat menanggung tekanan yang dihadapi.

Sementara itu, menurut peguam dari Lawyers for Liberty, Farida Mohammad, dalam lawatan ke Kem Tahanan Kamunting semalam, beliau dimaklumkan bahawa seorang tahanan ISA yang berusia dan mengidap penyakit batu karang, Razali Kassan mendakwa dipukul oleh seorang pegawai kem tahanan bernama Marzuki.

“Setelah beliau dimasukkan ke hospital, pegawai yang bernama Marzuki itu meminta maaf dan berjanji membantu beliau supaya dibebaskan lebih awal,” kata Farida.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

RAsanya staf2 dikem kemunting tu kalau muslim , tak rasa takut ke dan tak rasa berperikemanusiaan ke atas tindaktanduk dan kerja2 laknatullah tu. Apa mereka ingat , mereka tu tak akan mati ke , malaikat tak tulis ke, apa jua kerjabuat mereka itu kepada orang2 yang teranyiaya tu ke. Inilah akibatnya berketuakan syaitan2 yang dikenali dan memakan gaji hasil kerja2 menzalimi orang. Tunggulah , bila masa mati menjelang dan soal munkar nakir itu, teruskan kerja laknatullah tu, disana nanti , syaitan yang dikenali tu pun tak dapat nak membantu maka doa2 yang teranyiaya itu akan dimakbulkan ALLAH jua.

ahmadyani berkata...

Di akhirat nanti pengawai kem tahanan ini tidak boleh memberi alasan tugas dan arahan orang atas untuk melepaskan diri dari neraka. Apa-apa deraan yang mereka buat, mereka yang akan tanggung. Segeralah bertaubat sebelum terlambat. Banyak kerja lain yang boleh dibuat.

Amuraria berkata...

MEREKA YANG BUAT ZALIM ALA ZIONIS TU BUKAN ISLAM ! JIKA ISLAM TIDAK AKAN MENZALIMI HAMBA ALLAH LAIN KERANA TAKUT AKAN SEKSAAN DI HARI KEMUDIAN & KENA JAWAB DIDEPAN ALLAH SWT ! ABU!

Tanpa Nama berkata...

INGATLAH SEMUA. SALAH SATU DARI 3 DOA YANG TIADA HIJAB UNTUK DIMAQBULKAN ALLAH ADALAH DOA ORANG YANG DIZALIMI.

INGATLAH WAHAI SEMUA BAHAWA SESIAPA JUGA YANG MENZALIMI MANUSIA, TIDAK TERLEPAS MUSIBAHNYA. MUNGKIN KETURUNANNYA JUGA AKAN ROSAK DISEBABKAN INI.

Tanpa Nama berkata...

Selagi pemerintah kerajaan sekarang berkuasa selagi itulah undang undang rimba tetap akan dikekalkan. Hanya dengan tumbangkan kerajaan pada PRU akan datang sahaja baru undang - undang rimba ni dapat dimansuhkan.

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah perintah dari Allah.
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku dzalim ,nanti api Neraka akan menyam
bar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Ingatlah kita pun tidak tahu sampai bila di izinkan Allah menumpang atas muka bumi ini.Jangan sombong sangat.

PokAmid berkata...

Pasti pelaku kezaliman terhadap tahanan ISA akan dilaknat ALLAH. Marilah kita berdoa sebanyak-banyaknya supaya mereka yang berperangai setan ini dilaknat didunia dan akhirat sebagai balasan tindakan jahat mereka. Mereka ini bukan lagi jenis babi tapi jenis yang lebih hina daripada babi, aku pun tak tau menatang apa tu!!!

Tanpa Nama berkata...

Tukang pukul mereka adalah diarah. Tentu ada pengarahnya. Jika akta ini tidak dimansuhkan biarlah. Jika pakatan rakyat ambil alih Putrajaya mansuhkan. Tapi sebelum mansuhkan masukkan menteri yang bertanggungjawab Dan penyokongnya ke dalam bagi merasakannya.