5 Sep 2012

[BERGAMBAR] "Syaitan Yang Dikenali" Serang Pejabat KEADILAN


Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi.

Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi memberitahu, kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.

“Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelas beliau.

“Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan,” katanya.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya. -KD

Serang pejabat KEADILAN, perangai samseng Umno macam syaitan


PETALING JAYA 5 September: Samseng Umno yang bertindak ganas dan menyerang ibu pejabat KEADILAN, di sini tidak ubah perangainya seperti syaitan.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, tindak-tanduk mereka itu membuktikan kenyataan mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad menyamakan kerajaan BN seperti syaitan adalah berasas.

“Saya sudah malas nak ulas panjang sikap samseng Umno. Mahathir pun dah kata, Umno itu parti syaitan, jadi orang-orang dia pun perangai macam syaitanlah.

“Saya tak pelik kalau orang-orang Umno berperangai seperti samseng, tapi saya lagi pelik kalau mereka tidak berperangai samseng,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas sekumpulan samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, tengahari tadi.

Dengan memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional, mereka memegang kain rentang sambil menjerit menyebut ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Samseng Umno itu turut bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Ketua Pembangkang, kebelakangan ini.

Sebelum ini, sekumpulan ahli Perkasa – NGO pro Umno BN, bertindak ganas menyerang Anwar ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Masjid Al-Husain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah.

Program Jelajah Merdeka Rakyat turut disabotaj samseng Umno apabila bas yang dinaiki Anwar dibaling batu dan disimbah cat.
-KD


Samseng UMNO Cuba Serbu Masuk Ke Ibu Pejabat PKR








PERSOALANNYA


12 ulasan:

puspawangi berkata...

Tak payah ;lah tubuh apa2 pasukan khas..buat buang duit kami je..polis dah ak boleh bertindak secara biasa ke sekarang??

Tanpa Nama berkata...

KAN NAJIB DAH BAGI LESEN BESAR BARU BARU NI. BILA KETUA DAH SURUH LAWAN, SIBANGANG-BANGANG NI PUN DENGAN TAK ADA AKAL IKUY JE LA APA KETUA CAKAP

Tanpa Nama berkata...

Allah dan Rasul telah menerangkan perangai setan, kerja setan
awas jangan kita terpedaya dengan kelompok setan.

Tanpa Nama berkata...

Ni lah puak2 munafik yg buat mata hati yg telah di sebut oleh Allah dalam al Quran...mereka lebih sesat Dari binatang....Dasar keparat dan haram jadah!

1 Malaysia berkata...

Awat yang jadi lagu ni kat Malaysia ku ku ku ku ni .... ?
Dah sampai dah kita kena "mati"kan setan tu. Yang belum jadi setan di kalangan kita (Melayu) ni wajib berdoa agar kita tak dihasut setan ni? minta simpang. Depa nak jadi Melayu Tulenkah? Melayu Jatikah? Melayu apa sekali pun? Biaqlah kat depa tu. Kita yang masih waras wajib menolak puak mangkok hayun. Alasan apa sekali pun, kita kena tolak depa. Tak payah layan lagi. Kalau tidak, yang rugi di akhirat nanti, kita .......... !!!!!!! Depa tak pa lah sebab kat dunia depa dah bantai habih. Yang dok kesian ialah puak yang dok melalak ni. Bukannya banyak habuan yg depa dapat. Nak kata bodoh, pun boleh. bangang, pun boleh. bahlol, pun boleh. Pancaindera yang dianugerah Allah swt semua dah jadi buta, pekak, bebal, ....

Tanpa Nama berkata...

Bukti2 yang perlu dikumpulkan untuk tindakan mengharamkan UMNO di mahkamah selepas pilihanraya tahun depan.

Tanpa Nama berkata...

Aku seru kpd semua rakyat Malaysia agar baikot setiap program yg dibuat parti syaitan.. Kita ajar sikit depa tu Baru tau langit tu tinggi rendah.. Biar terlondeh seluar najib..

Tanpa Nama berkata...

UMNO ohh UMNO.... Apa lagi yang kamu tak buat, gula-gulakan rakyat dengan pelbagai transformasi, BRIM.. BROOM... semuanya dah buat..., tak cukup lagikah? bukankah rakyat dah kembali kepadamu... kata kamu. Pembangkang dah tak kuat dah.... TAPI KENAPA BUDAYA SAMSENG NI NAK DIGUNAKAN JUGA.. APAH DAH JADI (Pinjam tajuk lagu S.M. Salim)

Tanpa Nama berkata...

Kalau Ibrahim Katak tak mahu mengaku dan bertanggungjawap, aku sarankan agar kalau kita jumapa kat mana2 si Katak ni, bagi PENAMPAR ja. Memang jenis kurang ajar jenis katak dan lembu2 ni.

Memang tepat Mahadir kata...PARTI SYAITAN.

Tanpa Nama berkata...


Kejayaan TERBESAR umno/bn iaitu melahirkan samseng-samseng jalanan yang berkelakuan sama seperti apa yang disebut Mahadir iaitu SYAITAN yang DIKENALI.

Kah... kah... kah... kah... kah...

Satu contoh kejayaan transformasi 1Malaysia Najib.

Selagi melayu tidak hijrah jasad, mental dan rohani daripada 'parti syaitan yang dikenali' itu akan menjadikan mereka semakin bangang dan kekal mundur. Apa yang mereka tahu hanyalah mengamok tak tentu haluan turun-temurun.

Otak dah berkumpul dipunggung dan mula turun ke lutut.

Hidup Pakatan Rakyat.
Hidup DSAI.
Bulan 11 adalah bulan majoriti rakyat 1Malaysia membatunesankan umno/bn.
Selamat mengundi.

Tanpa Nama berkata...

ini kena panggil Hassan Ali men'JATI'dirikan puak puak munafik ni..

Tanpa Nama berkata...

dari insident provokasi gnas yang berterusan dari BE End sejak akhir akhir ni mungkin merupa ajenda terancang mereka.Mungkin akan berlaku lagi provokasi yang lebih brutal lepas ni yang akan membuatkan Pak Menteri KDN mengishtiharkan darurat.Bukan kah PM dah istiharkan mereka akn buat apa shaja road blok ke Putra Jaya.Harap pihak Pakatan berhati hati supaya banyak bersabar dan jangan endahkan provokasi mereka tetapi jadikan insiden insiden ni modal utk rakyat tolak BeEnd!