Isu jet supaya tokoh korporat henti sokong Pakatan – Anwar
KUALA LUMPUR 24 September: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, media Umno BN sengaja membesar-besarkan isu beliau menaiki jet bagi manakut-nakutkan ahli korporat supaya tidak membantu pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan).
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dengan berbuat demikian, tokoh-tokoh korporat takut berurusan dengan pimpinan Pakatan kerana bimbang perniagaan mereka akan terjejas.
"Orang yang curi bilion ringgit, curi tanah ratus ribu ekar tidak diisukan. Tapi, menaiki jet dijadikan isu besar. Kononnya untuk menakut-nakutkan ahli korporat supaya jangan bantu Pakatan Rakyat. Kalau bantu akan jadi isu besar dan bakal jejas perniagaan," katanya mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini berkenaan isu tersebut.
Anwar berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ketua Umum KEADILAN itu menjelaskan, beliau dan beberapa pimpinan Pakatan lain menggunakan pesawat itu kerana menghadapi masalah penerbangan ketika dalam perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu semasa menghadiri sambutan Hari Malaysia di Sabah dan Sarawak pada 15 September lalu.
Menurutnya, mereka ke sana untuk menerima penyertaan tokoh politik Sabah, Tan Seri Ibrahim Menudin ke dalam KEADILAN.
“Ada masalah daripada Labuan ke Kota Kinabalu. Masa itu tiada penerbangan petang. Jadi kita terpaksa atur bot laju. Tapi saya ada masalah naik bot selama dua jam…Maka ada seorang rakan membantu memberi pinjam jet,” katanya.
Anwar berkata, pemilik jet tidak mempunyai kepentingan politik di mana-mana negeri yang ditadbir Pakatan.
“Dia cuma bantu…macam kereta saya rosak, saya pinjam kereta orang. Itu tak jadi masalah. Saya dah periksa, dia tiada apa-apa kepentingan.
Saya pun bimbang kalau dia nak mintak tanah atau apa-apa,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar secara berseloroh berkata, beliau mahu meminjam jet berkenaan jika pemiliknya sudi meminjamkan sekali lagi.
Pinjam jet macam pinjam kereta kawan, kata AnwarUlasan GB
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengibaratkan jet peribadi yang dipinjam kepada beliau adalah sama seperti “kita memberi kawan kita untuk pinjam kereta” dan tidak harus diperbesarkan.
Beberapa blog dan media tempatan hari ini menyiarkan gambar Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain menggunakan pesawat mewah itu untuk berkempen di Sabah dan Sarawak baru-baru ini.
Penggunaan jet mewah itu menimbulkan persoalan sama ada Ketua Pembangkang “dibiayai” oleh pihak tertentu atau pun terpaksa berhutang budi kepada pemilik pesawat itu.
Bagaimanapun Anwar mendakwa beliau bertanya terlebih dahulu kepada pemilik pesawat itu tujuan meminjam jet itu kepadanya.
"Saya sudah tanya dulu, ada kepentingan atau tidak, tetapi dia kata tiada," katanya di sidang media di lobi Parlimen.
Anwar tidak mengenal pasti siapa pemilik pesawat itu tetapi berkata pihak yang ingin tahu boleh menghubungi Jabatan Penerbangan Awam.
Gambar Anwar di dalam pesawat di muat naik di laman Twitter oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua pada 15 September lalu sebelum di siarkan oleh beberapa laman blog selepas itu. -antarapos
Anwar pakai pengawal peribadi (dari syarikat keselamatan) dikecohkan. Anwar guna bas yang disewakan oleh Tan Sri Khalid pun dikecohkan. Kini Anwar naik jet peribadi yang dipinjam dari rakan pun dikecohkan. Sungguh cemburu dan irihati besar puak UMNO ini. Tetapi Najib & Rosmah berbelanja berjuta-juta wang rakyat ke luarnegara mereka menikus.
18 ulasan:
Klu aku ade jet cm tu, aku pun nak kasi pinjam kat mereka2 yg perjuangkan hak rakyat. Dapat pahala insyaAllah, & semestinyalah aku niatkan kerana Allah.
Sbb ada para sahabat yg kaya sponsor Nabi utk pi perang dgn kelengkapan yg mewah2. Aku anggap DSAI & the geng pun pi perang , perang nak jatuhkan kerajaan korup .
Mudah2 dpt 1jet peribadi klu jd pm klu cpt dn pntas ke satu2 lokasi agar setiap bantuan atau program rakyat dpt d laksana dgn kadar segera..kami rakyat xkesah asal kami d lupe jgn..
zahid hamidi pakai jet peribadi kawanya pergi MEKAH tempoh hari , kenapa UMNO tak bising.
Apa lagi Umno cap cat merah... simbahlah cat kat body jet tu......he he...
diorg kan dr bangsa JAKUN baru keluar dr hutan dulu nnk noyang najib kan dok atas pokok...semenjak 2menjak ni lah duit dah berkepok dlm bank lagak dia orglain bodoh....bangsat
BUDAKBOY
Sori bro.. gua sudah rembat cerita ni. letak dalam blog kapcai gua.. kasi tambah cili sikit..
awat nya dia naik jet pasai apa hangpa nak kaget
tapi jaga-jaga sikit jerat tidak pernah lupa mangsanya
awas.
Jibby n rosmah pergi cuti ke Milan dgn jet kerajaan kepunyaan rakyat ada umporno bn telus dlm perkara ini. Cuba disembunyikan ada.
UMNO LAGI KECOH KALAU ANWAR NAIK KERUSI PM MALAYSIA
semoga jemaah haji Malaysia bersama mendoakan kejatuhan kerajaan BN diganti pemerintah beriman
DAH LAMA NAJIB, MAHATHIR DAN MUHYIDIN NAIK JET KERAJAAN UNTUK TUJUAN UMNO KENAPA TAK BISING???? jet tu wang rakyat bukan wang UMNO
Bangang sungguh pecaci UMNO Barisan tuh. Mereka ingat dengan menyekat dan mempersulitkan DSAI akan mati akal...?
Penyokong Pakatan Rakyat akan berdiam diri..?
Pakatan Rakyat berkembang pun oleh jerih dan biaya rakyat yang tidak berkira demi menegmbalikan semula maruah bangsa malaysia yang telah di caing-caing oleh UMNO. Mereka mempersendakan rakyat sesuka sahaja.
DSAI berhak menggunakan kemudahan tersebut untuk melintasi kebobrokan kepimpinan BN yang diterajui oleh UMNO.
Projek SPR bakal makan diri. IC OK. UNDI itu rahsia. Pecacai dan belaci UMNO memang bangang.
Hidup Pakatan Rakyat....
Maju terus bersama DSAI....
xpyah nk kecoh psal jet peribadi ni..tgk sapa yg mulakan dulu...http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/13413-jet-peribadi-zahid-hamidi-kantoi-hahaha....stakat naik prgi sabah tu brapa sngat..jejai pun bleh naik jet peribadi ni prgi lawat makwenya msa pngambaran kat trengganu dlu...
Daripada kau busybody pasal Anwar naik jet bagus ahli UMNO ambil serius mengenai isu rakyat terutamanya isu IC di Sabah, Isu air di Negeri kelahiran PM, Isu Jenayah makin hari makin meningkat dan banyak lagi. Saya malas mahu dengar cerita bodoh ini terutama yang datang dari media UMNO, yang saya mahu kebajikan saya dijaga. So UMNO apasal kau nak busybody dengan benda peribadi ini atau kau kena nak semua rakyat tersilap pangkah kat PR pada PRU baru kau mahu ambil tahu kebajikan kami? Kalau begitu jom ramai - ramai kita sengaja tersilap pangkah kat parti PR pada PRU akan datang. Sorry ya i tak sengaja, sebab you pun tak sengaja tak mahu jaga kebajikan rakyat UMNO.
Rupa-rupanya DSAI ini "bahaya" kepada puak BN@UMNO. Aku dari dulu lagi tak pernah percaya akan apa yang "dilakukan" ke atas DSAI. Dengan melihat apa yang berlaku sejak akhir-akhir ni, ianya menguatkan lagi kepercayaan aku bahawa DSAI memang tak bersalah dan tak pernah melakukan perkara yang terkutuk. Kalaulah DSAI berbuat sedemikian, dah lama dah DSAI dok dalam penjara. Ini baru naik bas, naik jet, ... pun dah kecoh. Cuba bayangkan kalaulah betul juboq Saiful di"cucuk" DSAI, dah pasti "mati" DSAI. HARAMJADAH punya UMNO=BN. HARAMJADAH, HARAMJADAH, HARAMJADAH SUNGGUH.
Adalah sangat diharapkan sekiranya penggunaan kapal terbang persendirian ini dirahsiakan sebelum memulakan perjalanan. Bukannya apa.. penumpang penumpang nya terdiri dari pemimpin tertinggi PR....terbayangkan yang buruk....
JENTERA KERAJAAN DIGUNAKAN UNTUK KEMPEN UMNO KENAPA TAK BISING???
Lani kte pakat ramai2 kompol duit beli 1 jet bg kt dsai dan kwn2 pakatan guna jet tu...depa nk pi bt ceramah ka,lawatan kt mana2 pun boleh,lpas tu umno pun berbulu tgk,nti depa ckplh george soros bg duit,umno kn keris dh karat dpt pemimpim pn dh berkarat,tungu aja keris tu tusuk kt tanah,x lama lg tu...
Catat Ulasan