22 Ogo 2012

[U-TURN] MCA Kedah Nafi Sokong Hudud Setelah Ditekan Soi Lek, UMNO Melopong!

MCA Kedah hari ini menafikan laporan Sinar Harian yang mengatakan mereka menyokong undang-undang hudud dilaksanakan sekiranya PAS bergabung dengan Umno.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, kenyataannya telah diputarbelitkan oleh wartawan Sinar Harian.

"Itu sama sekali tidak benar. Saya menerima panggilan telefon dari wartawan Sinar Harian yang mahukan respon saya tentang kenyataan Tun Dr Mahathir terhadap kerjasama PAS dan Umno untuk pilihan raya akan datang dan apa pendirian MCA dalam hal ini.

"Saya menjawab jika ada parti mahu menyertai Barisan Nasional (BN), ia perlu mendapat sokongan dari pucuk pimpinan BN dan menerima perlembagaan BN."

"Tetapi pendirian MCA dalam hal ini sangat jelas. Kami tidak menyokong hudud.

"Jadi perkara terbaik bolehlah merujuk terus kepada presiden (Chua Soi Lek)," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.

Beliau berkata laporan Sinar Harian "berbeza" dengan kenyataannya.

"Saya sebagai pengerusi MCA sudah beberapa kali membantah PAS Kedah mengenai hukum hudud.

"Niat PAS untuk melaksanakan hukum hudud itu kita sudah nampak, apabila semasa sambutan tahun baru, mereka mengarahkan lelaki dan wanita diasingkan.

"Dan adalah sangat tidak tepat jika mengatakan kita menyokong hukum hudud sebab kami lantang mengkritik isu ini," katanya lagi.

Beliau juga berkata bahawa beliau tidak menyebut tentang DAP.

"Ya, saya tidak menyebut apa-apa tentang DAP. Saya rasa DAP yang menyokong hudud kerana Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng hanya mendiamkan diri.

"Hanya Karpal Singh sahaja yang bersuara," katanya apabila ditanya tentang DAP.

Dalam laporan Sinar Harian hari ini pengerusi MCA negeri Kedah itu dikatakan menyokong hudud kerana "secara rasionalnya hudud tidak melibatkan orang bukan Islam."

Chong berkata beliau tidak tahu bagaimana kenyataan beliau boleh diputarbelit.

"MCA negeri sentiasa mengikut arahan dari ibu pejabat, dan kami tidak menerima hukum hudud untuk dijadikan undang-undang di negara ini," katanya. -TMI

LAPORAN SEBELUM INI

MCA Kedah setuju hudud

ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam.

"Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam.

Itt Chew berkata, dalam keadaan sekarang, Pas yang memperjuangkan pelaksanaan hudud sejak penubuhannya, harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu berterusan menolak hudud.

"Pas mesti buat keputusan yang lebih baik dengan meninggalkan PR.

Selagi bersama PR, Pas tidak akan berjaya melaksanakan hudud," katanya.

Dalam situasi begini, kata Itt Chew, Pas harus menyertai Umno dan BN untuk membina sebuah negara Islam yang lengkap.

"MCA Kedah akan setuju jika Pas ingin menjalin kerjasama dengan Umno untuk meneruskan perjuangan Pas. Pas harus menerima setiap polisi yang ditetapkan parti dan tidak meletakkan sebarang syarat.

"Saya melihat gabungan Umno dan Pas adalah satu tindakan yang baik demi masa depan rakyat dan negara," katanya.

Beberapa hari lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh melaksanakan hudud jika Pas sedia bergandingan dengan parti itu untuk membangunkan sebuah negara Islam.

Menurutnya, Umno amat mengalu-alukan kerjasama Pas jika ia berpisah dari PR.

"Pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam," katanya.

Sebelum itu, anggota Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa menyatakan sudah sampai masa bagi parti itu menimbang kedudukannya dalam PR berikutan penolakan berterusan oleh DAP terutama pengerusinya, Karpal Singh terhadap undang-undang hudud.
-SH



Ulasan GB

Ramai percaya Pengerusi MCA Kedah itu telah menerima tekanan daripada Presiden MCA, Chua Soi Lek supaya menarik balik kenyataannya terhadap hudud. Ini berdasarkan kepada jawapannya sendiri:

"Jadi perkara terbaik bolehlah merujuk terus kepada presiden (Chua Soi Lek)," katanya

Chua Soi Lek bersama anaknya Chua Tee Yong yang mengugut UMNO bahawa MCA akan keluar BN jika hudud dilaksanakan.





p/s Amacam pencacai UMNO? Kalau Karpal dituduh kafir harbi, bagaimana pula kedudukan Chua Soi Lek dan anaknya itu? Tak harbikah mereka berdua itu.

7 ulasan:

acong melaka berkata...

Wa ni olang Cina tapi aa wa talak sokong ini helo sex maa. Mikin malu saja maa, siapa sokong lia memang talak molal punya olang, so nyangan cakap pasal molal sama anak-anak aaa, chit.... molo !

Abdullah berkata...

"Ya, saya tidak menyebut apa-apa tentang DAP. Saya rasa DAP yang menyokong hudud kerana Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng hanya mendiamkan diri.

"Hanya Karpal Singh sahaja yang bersuara," katanya apabila ditanya tentang DAP.

Tanpa Nama berkata...

sye pelik lah.. di saat parti2 dlm negara bertelingkah ttg hukum hudud dan sebagainya.. di manakah suara sultan2 dan juga yang dipertuan agung.. bukankah mereka ketua negara? kenape kuasa sultan dan Agung di diamkan?.. apakah mereka cuma boneka..? mushkil.. sgt mushkil.. kerana di Brunei, Sultan lah ketua negara.. apa shj pendirian baginda diterima pakai oleh seluruh rakyat jelata..

Unknown berkata...

Dasar lidah bercabang dan tak bertulang. Berbelit aja.
Gua heran kenapa puak MCA sokong ini presiden yang tiada moral? Bagi gua, gua tak heran kalau depa tak setuju dengan Hudud sebab kan depa jenis tak bermoral. Macam mana orang yang tak bermoral berbincang tentang suatu yang bermoral? Bapa borek anak rintik.
Gua dah cakap percakapan si Karpal itu ada hikmahnya. Dia dah tunjuk kat kita jalan yang benar untuk melaksanakan Hudud. Ini mungkin petunjuk yang diberi Allah swt tapi hanya melalui si Karpal aja. Awat mungkin ada dari kalangan hangpa tidak percaya atas alasan si Karpal tu bukan Islam? Awat si Karpal tu bukan hamba Allah swt juga? Bezanya dia tidak beriman aja. Apa bezanya antara dia dengan perbuatan manusia yang mengaku beriman dengan Allah swt malahan lebih teruk lagi? Hangpa faham.
Aku selalu berdoa agar geng bukan Islam dari PR terutama LGE mendapat hidayah dari Allah swt. Insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

Nk buat hukum hudud nape perlu pndangn bukan islam..islam yg betkuasa di mslaysia ni,jln je la..tertggu2 sampi mcm jenayah berlaku myusahkn rakyat je,ms ada kuasa ni buat la jgn jd mcm madey bila nk mmpus bru pikir nk buat...,nape perlu bergabung,ramai pak menteri islam mintk sokong la ckit,klu bergabung sape yg nk tegur klu x betul msti ada check n balance..

Roza berkata...

Orang Islam tak sepatutnya menunggu sokongan orang bukan Islam nak buat HUDUD.Umno tuu bukan Islam ke? Mengapa tak nak memartabatkan hukum Islam? mereka hanya menghentam Karpal Singh.Memang sah orang Islam tak boleh bergantung harap lagi kpd Umno...Undi mesti beralih tangan.

Roza berkata...

Jika Karpal sokong HUDUD sekalipun,ianya masih belum boleh dilaksanakan kerana perlembagaan tidak membenarkan. Lebih 80 org MP Umno sedikit pun tidak teringin nak menyokong hukum hudud sebaliknya mereka menghina, menghentam kerana takut dng pelakon filem porno MCA. DAP hanya ada 32 MP.Nak tipu org yg malas sekolah bolehlah..