22 Ogo 2012

[HOT] Akhirnya, Norish Karman Mengaku Lahirkan Anak!

Kuala Lumpur – Selepas menafikan cerita yang tersebar mengatakan dia melahirkan seorang anak lelaki, pelakon wanita, Norish Karman akhirnya mengesahkan cerita itu adalah benar.

Selama ini, Norish atau lebih dikenali sebagai NK menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tentang kesahihan gambar dia bersama seorang bayi adalah anaknya sebagai fitnah untuk mengaibkan dirinya.

Namun, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, NK mendedahkan kebenaran selepas berdiam diri.

Anak lelaki NK yang bongsu itu diberi nama Haq Lutfie Alexander dilahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang.

“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat dan media, tetapi selepas tersebar di internet, saya lega,” kata NK.

Bagaimanapun, NK masih lagi enggan mendedahkan status sebenar Haq dari pengetahuan umum.

Kata NK, bagaimana kehadiran Haq, biarlah menjadi rahsia antara dia dan Tuhan.

Sebelum melahirkan Haq, NK pernah dinasihatkan untuk menggugurkan kandungannya.

Tetapi, bila memikirkan dia sudah pun bergelar ibu dan tahu bagaimana perasaannya untuk melahirkan anak, NK nekad untuk menjaga dan membesarkan anaknya.

“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas.

“Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok. Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” katanya.

Sumber: Mynewshub

Ulasan GB

Blog GB juga pernah menyiarkan berita mengenai Norish Karman yang melahirkan anak. Ada juga yang mencemuh langkah GB menyiarkan berita berkenaan kerana kononnya ia mengaibkan.

GB tetap berpegang kepada hukum kebenaran & keadilan dan kini hukum itu berjalan dengan sempurna dimana ia membantu memperteguhkan hatinya untuk memperakui "kebenaran".

“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat dan media, tetapi selepas tersebar di internet, saya lega,” kata NK.


Biarlah yang sudah itu sudah dan bermohon ampunlah kepada Allah apabila kita melakukan kesalahan dan dosa kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





15 ulasan:

Waris berkata...

Salah sorang sahabat Rasulullah juga ada yang menanam anaknya hidup-hidup di zaman jahilliyah.

Bila sudah bertaubat dan Allah terima taubat itu maka insya-Allah... ahli syurga.

Orang ramai hanya boleh bercakap dan mengata tapi kadangkala dosa diri sendiri tak berapa perasan.

Kita sama-sama doakan agar wanita ini bertaubat dan berhijrah.

maya berkata...

Kenapa hendak berahsia ? Ia akan menimbulkan andaian yang pelbagai dan sudah pastinya ramai yang berdosa, kalau A katakanlah A, kalau B katakanlah B. Apa pun Allah Maha Pengampun.

Tanpa Nama berkata...

Inilah idola anak-anak muda hari ini lahir anak tanpa status pun masih nak dipuja dan dibanggakan, memanglah dosa dia hanya dengan tuhan tetapi bawalah bertaubat jangan pula nak menafikan yang sudah kita lakukan, wan'uzubillah.

wan berkata...

Tu pun nak cover lagi, Antara saya dengan Tuhan konon... meluat aku !

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak bersalah dan takut menimbulkan fitnah, beritahulah siapakah bapa anak tersebut. Susah sangat ke nak beritahu. Masa kahwin dulu bukan main diberi publisiti.

Ingat tak lama lagi orang ramai akan tahu juga. Ini zaman internet.

Tanpa Nama berkata...

Walaupun status ko cm ppuan murah o pelacur, tp aku bangga ngn ko, tetap lahirkn anak tu.. yg bsalah ko ngn jantan tu.. dosa besar sial!

Tanpa Nama berkata...

Hukum hudud je..hukumn di dunia pun kena jln jg..akhirat dgn tuhan pulak

Tanpa Nama berkata...

sendiri cakap memang la senang, 'kenapa nak dirahsiakan?' konon..kena kat batang hidung sendiri silap2 langsung tak keluar rumah..heh..memang tu antara dia dengan Allah, nak sibuk2 buat apa, benda dah jadi..

Waris berkata...

Cara Islam kena dakwah dan nasihat. Bukan kutuk... kutuk mengutuk ni cara melayu bukan cara Islam.

Pasal tu melayu lebih rela buang anak kerana tak sanggup dikutuk oleh melayu lain.

Perkara tak boleh selesai kalau asyik kutuk mengutuk. Yang salah tetap salah. Dosa tetap dosa. Tapi masih ada jalan selesai.

Perempuan ni saya rasa masih ada tanggungjawab berbanding perempuan lain yang buang anak bersepah-sepah tu.

eden berkata...

Warisssss.... memang la dia tak buang anak tu sebab, anak tu comel dan yang utama ialah si bapa janji akan tanggung anak tu. Ada kow paham ape eden cakap ?

Tanpa Nama berkata...

Apa la ko ni waris? Buang anak tu cerita lain seperti orang yang x menutup aurat tp dia bersolat. Adakah bersolat mengharuskan perlakuan dia tidak menutup aurat? Dah melakukan kalau melakukan perkara terkutuk, memang la kena kutuk, takkan nak puji pulak? Beringat sebelum kena kutuk. Itu kena dgn manusia, dgn Allah lg teruk

Waris berkata...

Memang paham sangat apa kau cakap cuma pendekatan kebanyakan melayu aku rasa tak berapa sesuai untuk betulkan benda yang rosak.

Kutuk mengutuk ni sama je aku tengok macam korang kutuk benggali dan cina csl kafir pasal hudud, Padahal dia pun tak paham apa itu hudud.

Patutnya hapuskan dulu melayu munafiq lepas tu baru bagi dakwah pada si kafir.

Berdakwah pun kena ada SOP bai... baru teratur.

Matlamat kena jelas. Kutuk je pandai lepas tu tak buat apa-apa. Lepas tu melayu lain bersambung kutuk... bila nak selesai? Apa matlamat sebenarnya?

Kalau tak mampu nak capai matlamat duduk diam-diam je. Tak payah nak cakap apa-apa.

Mintak maaf lah. Ilmu agama aku pun tak tinggi mana. Tapi apa yang aku belajar aku cuba praktikkan sedaya upaya aku walaupun aku kadang-kadang buat dosa jugak.

Tanpa Nama berkata...

Berani buat , berani tanggung.

Roza berkata...

Baby tu tak berdosa. Namun kita sebagai org Islam perlu membenci perbuatan zina dan berusaha untuk menjauhkannya.Jng ada yg bermegah2 pula sbb hidup ikut cara org barat.

Tanpa Nama berkata...

sokong waris..takyah layan melayu mcam eden tuh,nmpak sgt cetek ilmunya..islam tak ajar kita benci orang yg buat dosa, kutuk or aibkan dia, kita cuma kena benci perbuatan dia, nasihat orang yang buat tu..aku sokong kita banteras melayu munafik..