25 Ogo 2012

MCA Hina & Tentang Undang-undang Islam, Kenapa UMNO Senyap?


AMK Selangor selar MCA, cabar Umno bersuara

PETALING JAYA: AMK Selangor menyelar dan mempertikaikan kenyataan Pengerusi MCA negeri, Datuk Donald Lim Siang Chai yang menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor kepada ahli-ahli MCA pada satu konvensyen MCA Negeri Selangor.

“AMK Selangor begitu kesal kerana Donald Lim yang juga Timbalan Menteri Kewangan sepatutnya bertindak lebih waras dan tidak biadap dengan memainkan sentimen agama yang sempit semata-mata terdesak untuk merebut kembali Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat ketika ini.

Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, rakyat Selangor memilih untuk mengubah kerajaan pada tahun 2008 dengan berpaksikan kematangan dan melangkaui sentimen politik melampau dengan memilih gabungan parti politik yang jauh lebih baik dan terbukti berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan lebih sistematik dan telus.

“Justeru, kenyataan Donald Lim dilihat lebih kepada kenyataan seorang pemimpin parti yang ketinggalan zaman dan terdesak, serta tidak berdaya lagi untuk bersaing secara lebih kompetitif dalam melaksanakan demokrasi dengan lebih adil.

“Tindakan menghina Islam secara terang-terangan ini mencerminkan kebodohan diri sendiri yang akhirnya akan merugikan MCA sendiri”, katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Azmizam, sudah tiba waktu Umno menyatakan pendirian mereka pada isu yang kritikal ini demi menjaga kemuliaan agama Islam yang telah berkali-kali diperlekehkan oleh parti komponen MCA.

Umno sebagai tunjang komponen BN juga sudah sepatutnya mengkaji kedudukan MCA bersama mereka, kata beliau lagi.

Dwi standard

AMK Selangor katanya, menyelar sikap dwi standard Umno yang bersikap tidak konsisten dalam isu menjaga kedaulatan agama Islam ini apabila dengan lantang menyerang DAP tetapi takut kepada MCA, hingga mencetuskan tanda tanya siapa sebenarnya ‘ abang besar’ dalam BN.

“Oleh yang demikian usahlah Umno bermimpi untuk merampas kembali Selangor kalau sikap mereka begitu mengelirukan dalam isu ini. Kebaculan Umno begitu terserlah dan layaklah mereka dipinggirkan dari terus mentadbir negeri Selangor ini. Umno langsung tidak menghormati Sultan Selangor sebagai ketua rasmi agama Islam di negeri ini”, kata beliau.

Beliau menambah, justeru apa lagi yang dapat rakyat terutamanya orang Islam dapat berharap kepada parti lemah ini.

Umum telah tahu bahawa Umno memang tidak pernah berhasrat memartabatkan Islam sebagai salah satu rujukan pentadbiran namun sikap membisu apabila agama Islam dan semangatnya diinjak adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

Menurutnya lagi, AMK Selangor juga memberi amaran keras kepada MCA terutama pemimpinnya supaya tidak lagi menjadikan agama Islam sebagai satu modal politik murahan mereka dan mula menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat adalah alternatif unggul untuk menggantikan peranan mereka dalam masyarakat.

“AMK Selangor menolak politik sentimen dan kebencian dan yakin bahawa rakyat kini adalah mereka yang matang serta memiliki pengetahuan di hujung jari. Maklumat adalah satu keistimewaan bagi rakyat, dan mereka akan pantas mengetahui politik mainan MCA/BN ini adalah politik murahan yang dimainkan oleh mereka yang mempunyai pemikiran kurang bijak,” tambah Asmizam. -FMT

Ulasan GB

UMNO dan pencacainya mengkafir harbikan Karpal Singh dan DAP, sekarang kenapa tak kafirharbikan MCA apabila MCA dengan jelas menentang undang-undang Islam?

Mana Abdullah Samaah? Mana Nasruddin Mat Isa? Mana Hassan Ali? Mana pencacai-pencacai UMNO? Mana Utusan Peniup? Mana TV Tiga Suku? Mana PERKASA? Mana JATI? Mana UG?

2 ulasan:

Amuraria berkata...

UMNO-APCO HANYA MUNAFIK & HIPORIT TAPI TAKUT DENGAN MCA & KUNCU-KUNCUNYA ! JAHANAMLAH UMNO-APCO MASA KINI ,ABU JANGAN LUPA !

1 Malaysia berkata...

Kepentingan orang2 Cina? Awat yang bodohnya MCA ni? Nak marah kat depa pun, ni bukan salah depa 100%, orang Melayu pun salah juga. Yang dok jajar dulu bahawa masuk Islam tu masuk Melayu le. Jadi MCA pun tak kenal bahawa rupa-rupanya ada juga orang Cina yang beragama Islam dan masih Cina kecuali Ridhuan Tee. Jadi kepentingan orang2 Cina Muslim pun nak dijaga depakah? Ini bahaya sebab ini bukan lagi penentang perkauman tapu keagamaan. Mana pi si UMNO piang ni? Jawab kat MCA sebab kami dah larat dengan karenah orang 3 3/4 ni.
Sedarkah kita bahawa ramai Melayu Celup kat Malaysia ni yang suara depa lebih lantang dari Melayu itu sendiri?