Dalam kumpulan syaitan, penghulu nya ialah Iblis. maka jika Dr Mahathir kata BN adalah syaitan, maka UMNO sebagai ketua , mestilah Iblis. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO yang kata. Oleh kerana ia datang dari Dr Mahathir, maka ianya mestilah suatu kebenaran. UMNO ialah parti Iblis.
Jumlah penduduk negara ini ialah kira2 29 juta orang. Dari jumlah tersebut, Melayu merupakan 65%, Cina 25% , India 7.5% dan lain2 sebanyak 1.3%. Dalam lain perkataan jumlah orang Melayu lebih kurang 19 juta orang.
Ahli UMNO ialah sebanyak 3.2 juta. Atau 1 dari 6 orang Melayu ialah ahli UMNO. Kita ramai dari ahli UMNO. Kita ramai, mereka sedikit. Jadi tak perlu takut apa apa pada UMNO. Kalau ahli UMNO mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jadi TIDAK BENAR kalau UMNO mati, maka orang Melayu akan hancur.
Seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi Melayu yang boleh mendukung Islam dan mendaulatkan Raja2 Melayu. Jadi TIDAK BENAR juga kalau UMNO mati, maka Islam dan Raja2 Melayu akan musnah. Yang mati Dr Mahathir. Najib. Muhyidin. Noh Omar. Melayu lain terus hidup.
Demikian juga. Kalau MCA mati, orang Cina lagi kuat hidup. Kalau MIC mati, orang India tetap hidup.
Demikian juga kita menolak hasutan UMNO. UMNO kata kalau UMNO tewas maka orang Cina akan ambil alih pemerintahan negara. Kita ada 6 orang, Cina 3 orang dan India seorang. Bolehkah 3 orang melebihi 6 orang? Kalau India dan Cina bergabung, adakah 4 orang lebih besar dari 6 orang?
Oleh kerana UMNO cakap dalam bahasa bodoh, maka kita jawablah dalam bahasa yang bodoh2. Mungkin kita kena cakap bahasa bodoh2 mulai sekarang sebab Dr Mahathir kata, ahli UMNO semua nya hampas.
Yang jadi sasaran khianat puak UMNO ialah DAP. Sebab UMNO iri hati DAP boleh bermuafakat dengan PAS. Lagi pun orang Melayu merasakan tidak ada masaalah menyokong DAP sebab mereka tetap Melayu dan tetap Islam. Kita tukar wadah, bukan tukar aqidah.
Kita ada 222 kerusi parlimen. Siapa dapat 112 kerusi, dapatlah membentuk kerajaan majority mudah. Berapa kerusi yang akan DAP tandingi? Adalah sebanyak 50 kerusi mungkin. Kalau menang semua pun, takkan boleh menubuhkan kerajaan.
Mengapalah UMNO mahu membodohkan orang Melayu?
Ingat, dari 6 orang Melayu hanya 1 sahaja ahli UMNO. Kita ramai, mereka sedikit. Mati seorang ahli UMNO, ada 5 lagi orang Melayu. Takde hal.
Kalau UMNO mati, maka agama Islam akan musnah? Kita tak perlu jawab kenyataan bodoh seperti ini. tidak semua orang Cina kristian. Lebih ramai Cina dan India bukan beragama kristian. Lebih elok orang Cina mengkristiankan orang Cina dan India terlebih dahulu daripada bercakap menegnai mengkristiankan orang Melayu.
Ramai dikalangan kita di lahirkan waktu malam. Tapi kita tidak lahir malam semalam. UMNO boleh kelentong ahli2 mereka jika mereka mahu, tapi janganlah anggap orang Melayu lain bodoh dan lahabau macam ahli UMNO.
Baru2 ini, Pemuda UMNO membuat lapuran polis kerana ada penyibaran di internet mengatakan bahawa kalau kita mahu agama Kristian jadi agama rasmi, maka undilah Pakatan. Kita tidak tahu sama ada siaran internet ini dilakukan oleh pemuda UMNO atau tidak. Tapi ada kemungkinan besar ianya kerja pemuda UMNO yang kian terdesak. Setelah mendapati menebal muka di stesyen bas, kretapi dan meng-agihkan sogokan barangan dan juadah tidak berhasil, besar kemungkinan Pemuda UMNO tukar kepada tektik jahat. Menghasut. Kalau ia disiarkan melalui internet, kita suruh lah MCMC menyiasat nya. Tentu dengan pantas mereka akan tahu, darimana mulanya penyiaran nya.
Pengalaman saya dalam UMNO mengatakan bahawa tidak mustahil kerja kotor ini dilakukan oleh UMNO. Bukankah Dr Mahathir mengakui bahawa UMNO syaitan? Dalam BN, UMNO adalah penghulu syaitan. Penghulu syaitan ialah Iblis. Boleh lah kita sebut UMNO sebagai Tun Iblis. MCA Tan Sri syaitan. Dan MIC- Dato syaitan.
Semenjak tahun 1981, UMNO dipimpin oleh seorang India. Ketika Riz Khan, pengacara temubual CNN bertanya DR Mahathir- adakah Tuan seorang India? Dr Mahathir menjawab dia by definition adalah seorang Melayu. Apalah yang susah nya nak jawab dia Melayu atau tidak? Sebab dia bukan Melayu kerana itulah dia berbelit belit nak jawab dia Melayu. Definisi Melayu amat mudah, beragama Islam bercakap Melayu dan berbudaya Melayu adalah Melayu. Maka tidak hairan lah kita bila Dr Mahathir kata pendatang haram yang masuk ke Sabah adalah melayu sebab dari definisi nya mereka telah memenuhi syarat2 seperti jugak Dr Mahathir.
Dan semenjak tahun 1981, dasar ekonomi kerajaan UMNO/BN adalah pro kaya. Pro golongan elit. UMNO pegang kuasa, menguasai kerajaan dan setiap struktur kerajaan. Dengan ada kuasa tentulah munasabah kita sangka bahawa banyak kepincangan dalam negara kita, terutama yang melibatkan kepentingan Melayu sudah dibaiki. Rupa2 nya tidak.
Jurang pendapatan dikalangan orang Melayu adalah yang terbesar. Jika kita bandingkan jurang pendapatan di kalangan cina sama cina atau india sama india. Apa pasal? Sebab dasar kerajaan seperti perbelanjaan kerajaan atau public expenditure adalah pro orang kaya.
Sebab itu saya kata, dasar UMNO ialah BumiPutera. Dalam istilah tersebut terdapat dua komponen. Bumi mewakili rakyat biasa manakala Putera mewakili Melayu elit, bangsawan, anak raja, anak pemimpin UMNO dan seumpamanya. Yang makin kaya ialah golongan Putera dan yang makin menderita ialah golongan Bumi.
Kita ambil contoh. Peneroka felda boleh kita anggap sebagai orang Melayu biasa. Ada 112, 655 keluarga Felda. Bila syarikat Felda disenaraikan, setiap keluarga dapat 800 unit. 800 unit kalau di jual dapat wang pendapatan. Isa Samad mewakili Melayu terpilih. Mengikut cerita dia dapat 180,000 unit saham. Kita terima ini sebagai benar walaupun kita tahu Isa Samad dapat juta juta unit saham FGV.
Kalau kita banding pendapatan peneroka( Melayu biasa) dengan Isa Samad( Melayu elit), bagaimana?
Katalah premium saham ialah RM1. Tanpa menolak kos pembiayaan pembelian saham, Melayu biasa dapat RM800. Melayu istmewa dan elit dapat RM180,000. Berapa kali ganda pendapatan tersebut? 225 kali lebih besar.
Jadi kita tahu dan sedar bahawa penyenaraian FGV adalah satu lagi dasar PM Najib yang pro Putera dan bangsawan daripada pro rakyat biasa.
Ini pun masih tidak disedari oleh orang Melayu. -sakmongkol
Lebih baik ‘syaitan yang dikenali’, pesan Dr M kepada pengundi
KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali” dalam Barisan Nasional (BN) dari Pakatan Rakyat (PR) yang hanya tahu memberikan janji.
“BN telah mendengar suara rakyat dan mengubah banyak polisi dan undang-undang,” kata bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini.
“Rakyat hanya perlu mendesak BN bagi membawa perubahan yang mereka mahukan.
“Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal.”
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan pilihan raya, tetapi serangan dari PR serta pendedahan skandal melibatkan pentadbirannya telah melambatkan cadangan beliau.
Pentadbiran Najib juga telah memperkenalkan beberapa polisi baru dan perubahan polisi dalam mematahkan serangan PR dana janji reformasi mereka jika mengambil alih kuasa.
Perdana Menteri juga telah menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah selepas berlaku pembelotan beberapa ahli parlimen menyokong PR.
Beliau juga berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan selain menghapuskan beberapa akta keselamatan awal tahun ini.
Tetapi PR telah berjaya membuat serangan dengan mendedahkan skandal melibatkan projek penternakan nasional serta kontrak melibatkan projek tambahan LRT.
Pembangkang juga berjanji menurunkan harga kereta lebih rendah untuk rakyat Malaysia.
Dalam blognya hari ini, Dr Mahathir membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dengan janji perubahannya.
“Dalam kempennya untuk menjadi presiden, Barack Obama telah menjanjikan perubahan,” katanya.
“Beliau berjanji untuk menutup Kem Guantanamo, berjanji untuk tidak membawa tahanan ke mahkamah tentera, berjanji untuk membawa tentera keluar dari Iraq dan Afghanistan dan sekarang sudah empat tahun dan dia gagal untuk mengotakan janjinya.”
Menurutnya lagi, pembangkang di Malaysia telah meniru Obama dan menjanjikan perubahan.
Beliau mengakui bahawa BN telah memerintah Malaysia dalam tempoh yang lama, tetapi berkata BN mempunyai rekod yang baik.
“Lima tahun sebagai tempoh percubaan adalah sangat bahaya. Banyak perkara boleh hancur dalam masa lima tahun. Selain itu, tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali. Pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan.
“Walaupun kita lihat beliau yang mengaku berjuang untuk hak bersuara, tetapi dia sering menyaman orang yang mengkritiknya.
“Kuasa dalam bahagian lain kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti parti yang dipimpinnya,” kata beliau dengan merujuk kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -TMI
7 ulasan:
Mahataik terkutuk dlm ketakutan kerana api iblis yg ada pada situa kutuk tu sudah padam utk selamanya.
Barangsiapa yang masih sudi mendengar cakap mahakutty lg, dialah orang paling hina sekali
Dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini,Mahathir yang dah nyanyok ni meminta rakyat terus mengekalkan pemerintahan UMNO/BN konon trek rekod BN memerintah selama 55 tahun tu cemerlang.Siapa cakap cemerlang? Mahathir Kutty yang dah nyanyok.Hakikatnya Mahathir Kutty mau mempertahankan kekayaan dan kuasa anak-anaknya - itu aje.Dia amat berterima kasih pada Najib sebab syarikat minyak anaknya sudah diberi peluang membekalkan minyak kepada MAS.Dia selaku Penasihat PETRONAS sudah mengenepikan PETRONAS dan memberi keutamaan kepada syarikat anaknya yang punya banyak saham dalam syarika arak diFilipina San Miguel.Inilah sebabnya Mahathir Kutty ni mau UMNO/BN terus berkuasa.
sahlah um NO dn B angkai N gara dari
usus SYAITAN..orang meLAYU yg bodoh
serta dungu yg masih iktiraf um NO dr
asal 1946 hingga TERLALU BONGOK DAN BAHALUL menyambut 66 TAHUN penubuhany
memang benarlah umat um NO yg ada ini
SYAITAN bertopeng manusia.sebelum ni
mahafiraun ini pun pernah berkata lbh
baik kita berkawan dengan SYAITAN IBLIS LAKNATUALLAH dr MALAIKAT YG MEMBAWA RAHMAT ALLAH.jd sanggupkah kita bersama syaitan dimasyar nanti.
Semoga allah tumbangkan UMNO dan BN
Malaikat taat kepada allah, mahathir taat kepada siapa?
Alhamdulillah kami pemuda percaya dengan malaikat, nauzubillah berlindung dari syaitan dan iblis
Catat Ulasan