23 Ogo 2012

Isu Nasharuddin: Biar Luncai Terjun Dengan Labu-labunya - Subky Latif

PAS diam saja apa Nasharudin kata

Nasihat saya kepada PAS di semua peringkat, termasuk di Bachok ialah diam saja terhadap kenyataan Nasharudin Mat Isa yang menyeru PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP menentang hudud.

PAS banyak kerja di semua peringkat untuk menghadapi pilihan raya dan banyak isu penting yang perlu dijelaskan. Jangan buang masa untuk melayan seruan MP Bchoknya dan bekas Timbalan Presidennya itu.

Saya tidak fikir DAP susah hati atas kenyataan Nasharudin yang meminggirkan dirinya dari PAS sejak dia dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu setahun lalu. Karana DAP pun tahu kedudukannya dalam PAS dan keupayaan politiknya.

Jika PAS diam diri dan tidak mengambil tindakan disiplin terhadapnya pun tidak mendatangkan kudis kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Tetapi kalau PAS bertindak terhadapnya, PAS boleh dilihat menyamakan busut dengan gunung. Busut itu pula bukan busut jantan.

Semua orang tahu dia sudah tiada apa-apa sejak dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan yang lalu. Mat Sabu berkali-kali kalah untuk menjadi Naib Presiden PAS dan dia pernah kalah kepada Nasharudin untuk jadi Timbalan Presiden. Tetapi dia tidak jatuh dan tidak hilang, sebaliknya dia naik.

Walaupun baru sekali dia kalah, dia letakkan diri dalam PAS lebih rendah daripada ahli jawatankuasa cawangan dan ramai ahli biasa pun lebih cerdik daripadanya. Tidak seorang yang pernah menjadi Timbalan Presiden jadi begitu jika ia berwibawa.

Apapun dia adalah ahli PAS dan bekas pemimpin penting PAS. Setiap ahli PAS ada hak untuk bersuara. Perlembagaan PAS menjamin hak itu. Sama ada suaranya itu betul atau merepak, ia bukan hujah. Hujahnya dia bersuara dan menyatakan pandangannya.

Jika PAS bertindak terhadapnya, ia seolah-olah PAS tidak membenarkan ahlinya bersuara. Dia menyuarakan apa yang perlembagaan parti benarkan. PAS bukan seperti parti komunis yang melarang ahlinya memberi pandangan bebas. Jika PAS bertindak, ia akan dilihat tidak demokratik dan parti yang tidak terbuka.

Biarkan dia bercakap, tidak kira dia diupah atau disuruh oleh budak-budak Najib. Soalnya dia bersuara tentang partinya. Dan saya fikir tiada siapa yang tertarik dengannya selain satu dua kerat pemimpin Jati, yang semuanya akan habis sebaik saja pathul Putrajaya berjaya dibebaskan nanti.

Jika PAS melenting dan bertindak terhadapnya, PAS tiada kerja lain terpaksa melayannya pula. Itulah menyeronokkan Umno yang sentiasa mencari peluang untuk menyakat PAS.

Jika PAS tidak melayannya, dia pun mati kutu dan dia akan hilang dari alam politik, apa lagilah kalau Umno dan Najib pun hilang sama selepas pembebasan Putrajaya nanti.

Soal DAP tidak menerima hudud itu bukan benda baru. Nasharudin sendiri ada penolong bidan yang menyambut kelahiran Pakatan Rakyat. Dia tahu dan sama membincangkan apa yang PAS mahu dan ia tidak mahu. Dia tahu apa yang DAP mahu dan tidak mahu. Setelah semua tahu apa yang semua mahu dan yang mereka tidak mahu barulah PAS dan DAP bersetuju membentuk Pakatan Rakyat.


Bukan semua pemimpin PAS jadi bidan untuk melahirkan Pakatan. Sebagai Timbalan Presiden dia sama memasukkan PAS dalam Pakatan. Jika ia satu keputusan yang silap, maka dia ikut sama melakukan kesilapan itu.

Tetapi PAS secara ijmak tidak mengira tindakan secara siasah syariyah yang disambil untuk bersama DAP dan PKR itu suatu yang silap.

Biarkan saja Luncai terjun dengan labu-labunya. -Subky Latif/HD

18 ulasan:

Amuraria berkata...

cantik & tepat sekali Tn Subky! semua ABU jangan lupa ;)

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju benar

Tanpa Nama berkata...

Adakah Nasha inggin mennyatakan apa yang diusahakan oleh PAS semuanya tak betul, selama ini. Adakah beliau iklas dalam PAS selama ini. Menjadi tanda tanya???.

Tanpa Nama berkata...

Adakah beliau iklas dalam perjuangan bersama ahli ilmuan/ulamak.

Tanpa Nama berkata...

Ahli PAS mesti menerima kenyataan Sdr Subky ini sebagai suatu idea terbaik bagi meredakan keadaan yang akan menjadi pekung di dada jika di layan kerenah manusia seseorang yang pernah bersama dalam jemaah kita sebelum ini. Teruskan KERJA-KERJA parti dan dekati masyarakat, tunjukkan sifat-sifat terpuji dengan ikhlas bagi menghadapi PRU mendatang entah BILA YA!!!!! Dah PENAT kita menunggu tapi ingat dalam kepenatan ada HIKMAH tersembunyi...'MANJADA WAJADA'

cucukerinci berkata...

dia dah lama kena sawan jawatan dlm parti....sebab tu perangai pun sama macam ketua berasa JATI....org sakit jiwa tak perlu dilawan nanti kita pun sama sakit jiwa.....biarkan dia sorang diri mati meragan....

cucu tok ya berkata...

mantap dan jelas gitu

Tanpa Nama berkata...

satu nasihat yang terbaik dari tuan subky latif, orang yang berpengalaman dalam politik tanahair. biarkan nasharuddin meroyan dengan hasan ali

acong berkata...

Setujuuuuuuuuuuuuu, jangan dilayan si mamat nie, tunggu dan lihat jika dia ada agenda terselindung....

Tanpa Nama berkata...

Sokong, Sokong, sokong kenyataan pak Subky, ahli lama yg sangat bnyak pengalaman , & komen2 yg dipostkan pembaca.

Sbnarnya ambo pun fikir begitu.

Tanpa Nama berkata...

mulanya agak terkilan dan mahu PAS ambil tindakan..

tapi tulisan tuan subky lebih terpakai..biarkan dia...terjun nasha bukan di dalm air laut atau sungai yang tenang...tetapi di dalm lautan bara...

ABU...

Roza berkata...

PAS tidak menjanjikan habuan yg lumayan, komisyen pun tak dapat. Buat baik dng Najib, untung2 tercapai target iaitu menjawat jawatan Pengarah YADIM spt us Nakhaie dulu.....

Tanpa Nama berkata...

Cara nasha x kena tempat,gunakan media musuh utk mengkritik parti, mungkin nasib dia mcm hassan aqidah, org yg merugikan parti islam, patutnya dekatkan dap dgn islam,

Waris berkata...

Saya cukup tertarik dengan pendekatan pakcik ni. Cukup lembut dan berhemah. Tidak mudah melenting serta bercakap berdasarkan fakta.

Jika semua pemimpin pas begini saya rasa pas dah lama bertapak di hati orang melayu dan juga bukan melayu. Terengganu juga tak mungkin terlepas pada BN kembali.

Kebanyakan ahli pas mudah melenting dan suka menari mengikut rentak umno walaupun mulut kata tak suka umno.

Sebab apa??? Jawapannya ialah kurang ilmu. Atau dalam bahasa mudah ialah LURUS BENDUL. Bila silap tak boleh tegur dan meletakkan diri sebagai makhluk yang perfect.

Perlu ingat... ilmudunia jika digabungkan dengan ilmu akhirat maka ia akan mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.

Jangan BODOH SOMBONG...

Tanpa Nama berkata...


Tak de ke pejuang-pejuang PAS yang telah direkrudkan ditempatkan di setiap daerah di sabah sebagai penggiat dan pemangkin kepada anak-anak tempatan.

PAS hanyalah satu wadah (walaupun belum syumul) untuk muslimin dan muslimat mencapai bentuk kehidupan beragama dalam semua aspek hidup.

Matlamat utamanya menjadikan setiap muslimin dan muslimat itu menghambakan diri kepada Allah Taala melalui amalan syariat yang telah Allah Taala tunjukkan melalui kehidupan Nabi saw itu sendiri seperti perakuan Allah Taala terrhadap baginda Nabi sebagai 'Quran Hidup'..

Umat Islam Sabah sendiri macam telah berjaya ditakut-takutkan oleh pihak yang memusuhi kewujudan dan perjuangan PAS di sini. Mereka menjadi ragu dan ada yang memusuhi pula.

Kebatilan musuh-musuh PAS telah berjaya disalut dengan hiasa palsu yang dikaitkan dengan Islam.

Diharap muslimin & muslimat Sabah keluarlah daripada fahaman asobiyah kenegerian dan taksub akan suku kaum yang sangat ditentang oleh Nabi sendiri.

Bagaimana kita mendakwa sebagai pengikut Nabi saw sedangkan ajaran Nabi saw yang datang daripada Allah Taala sendiri masih kita amalkan secara berpilih-pilih.
.
Bersamalah membantu merungkai kepalsuan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Terbaek dari ladang..

Tanpa Nama berkata...

Setuju pandangan Subki Latiff.Manusia jenis Nasha dan Hassan Ali ni,tak wajar dilayan.Lama-lama depa akan mati layu dan lenyap ditelan zaman.Lagi dikomen,lagi bertambah markah dia - anggap aje sebagai batu penggiling yang sudah patah,ketepikan.

Tanpa Nama berkata...

Dalang utama kerajaan perpaduan mula tunjuk belang