Akhil Hayy, tuan sudah berubah, bro
Akhbar online Mstar menulis, "Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
"Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing."
Siapa 'ahli politik yang tidak bertanggungjawab' itu? Dulu bukan lu aktif dalam PAS? Sekarang bunyi lain macam sahaja? Gua masih ingat sejelas-jelasnya ucapan dan perjuangan lu. Gua masih simpan CD lu di pentas-pentas fikrah Islam dahulu. Dulu gua respek seorang ustaz rock.
Mstar memetik beliau berkata, "Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?"
Gua mahu tanya lu, bro. Adakah salah memperjuangkan politik Islam? Lu juga faham dan kerap kali berkata bahawa Islam itu adalah politik atau merangkumi politik yang tidak akan terpisahkan. Islam tanpa politik bukanlah perjuangan Rasulullah (SAW).
Ah, tuan sudah berubah kini. Sudah banyak hasil atau sudah glamor, bukan? Gua sudah hilang respek dengan lu, bro! Atau gua yang salah faham, bro? -Web Sutera
Ulasan GB
Dunia seorang artis penuh pancaroba - dunia glamor. Di dalam ulasan GB di tulisan Web Sutera di atas, GB katakan iman manusia turun dan naik. Apabila seseorang itu tidak mengikatkan dirinya bersama-sama dengan jemaah Islam melalui apa juga aktivitinya terutama usrah, maka ia mudah sangat dibaham oleh sang serigala.
Hadith sahih daripada Rasulullah SAW yang bermaksud : Sesungguhnya bahawa syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu dari berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jamaah, orang ramai dan masjid (HR Imam Ahmad).
Kita perlu sentiasa berada di dalam jemaah. Hidup di bawah imbauan pesan-memesan dengan kebenaran dan pesan-memesan dengan kesabaran (mafhum Surah Al-Asr 3-4).
Mengenai artis-artis yang turut terlibat berceramah di pentas-pentas PAS, ia bukan satu kesalahan malah ia amat dianjurkan kerana prinsip asas dakwah Islam ialah "perbaiki dirimu dan serulah orang lain". Ia bersandarkan kepada hadith rasulullah "sampaikan daripadaku walau sepotong ayat.".
Untuk berdakwah tak perlu tunggu jadi seorang ustadz/ustadzah atau ulamak. Lebih malang pula kalau jadi ustadz dan ustadzah tiba-tiba keluarkan pandangan yang menyalahi ajaran ugama sendiri seperti ungkapan tiada politik di dalam ugama atau mengkafir-harbikan orang secara membuta-tuli!

17 ulasan:
Sekarang nie dia tak pakai kopiah puten dan sereban lagi dia dah pakai songkok tinggi, bukan salah nak pakai kalau tak ubah pendirian tapi janganlah keluar komen yang boleh orang lain fikir songsang.
pttnye dia gtau la apa yg bt dia x suka PAS yg dikatakn mempergunakan beliau?? Janji MASYUK!!!!
ni rocker yg berpura2 menjadi ustad, tapi sebenarnya utk tujuan sex saja, bini yg dah ada ank 7 ke 8 orang ke, pun di cerainya, utk dapatkan pucuk muda. boleh jalan.. dgn ustad lu la bro.
Biasa la....ini yg kita nak tenguk keistiqamahan seseorang itu dlm apa2 prjuangan, adakah mantap sebagaimana gunung atau sebagaimana lalang. Jangan main bro..3 TA ini bisa mengugat keimanan....1. harTA 2. waniTA 3. tahTA (pangkat/darjat)...Saudara Akhil Hayy (Panggilan ustaz dah x relevan dah.)...yg mana satu pilihan anda.
dia pulun lamaa dah atas pentas,,, masyukkkkk!!!!!!!!!
Bila ada saingan biasalah tuh Agama pon kadang2 boleh gak d jual beli!
tak tau la pak akil hang guna PAS ka atau Pas guna hang.
Sedar lah diri tuh hang mula orang kenal pon bila dok ghagaeh ataeh pentas PAS la ....
PAS tuh ada lah jenama yang tak akan jadi apa2 tanpa manusia yang tiada ada prinsip dalam perjuangan ...
Lakum di nukum waliyadin.
aku baca artikel yg Akil Hayy bagi ulasan tu, tapi tak nampak pulak apa yg salah dia cakap tu..
mmg betul & aku sangat2 sokong pandangan dia yg golongan artis yg berhijrah tu kena lah betul2 ikhlas untuk berubah.
jgn masuk politik dulu baru nak kenal agama.. nnt bila tak puas hati dengan isu politik atau parti, dia salahkan agama. bahaya..
Lu guna orang ker atau orang guna lu bhai?
Apa punya malaun ostad nih cakap macam orang merapu tak tentu kalu..... Lu mau belah lu belah la tak payah la lu nak tuduh PAS yang bukan2 pulak.
lu datang pon ceramah kat tempat dan Markaz PAS orang bayar lu dan lu pernah letak harga berapa sekali ceramah, apa yang dok melalut.
Saya sokong ramai orang kenal AKHIL HAY melalui ceramah PAS sebagai penceramah yg suka nyanyi. Sebelum tu ramai tak kenal dia sebagai rocker. Populariti dia menjunam selepas dia cerai bini pertamanya utk kawin lain.
Sabar. Apa yg sebenarnya Akhil Hayy hanya sekadar mengingatkan artis baru supaya jgn berduyun-duyun masuk PAS selepas itu berbondong-bondong pula keluar drpd PAS. Kerana apa? Kerana nawaitu semasa masuk hanya sekadar ingin "membalas dendam" kpd satu golongan. Natijahnya ia tak akan bertahan lama. Contohnya Dr Hassan Ali (Nama sama dgn nama bapak saya... heh!). Masuk PAS kerana keinsafan diri bukan kerana UMNO atau pencacai yg sewaktu dengannya...
JANGAN SEPERTI DRAMA "DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH " UDAH LE...sesiapa pun boleh membaca dan menghafal beribu2 ayat dalam kitab TETAPI untuk mengamalkan sebaris ayat yang terdapat dalam kitab itu secara istiqamah bukanlah satu perkara yang mudah.....
Aku setuju. Sebelum ni aku pun x kenal dia dan kumpulan D-riyadh. Aku dulu zaman muda minat la jgk rock ni. Kalau Wings ke, Search ke, Gersang ke, May ke, XPDC ke, Lefthanded ke dan mcm2 lg tp Driyadh ni selepas nama dia menonjol. Itu pun masih x pernah tgk show dia, hanya tahu nama je. Bila dah tgk dia kat astro, aku masih sangsi akan 'keikhlasan' dia berhijrah. Bila kes dgn Wawa tu ditambah lg masalah rumahtangga aku terus cop dia pembohong je. Bila dia statement ni, lg lah meluatnya
Sudahlah,
jangan layanlah
manusia ni...
pegi mampooossslah...
Perangainya mengabaikan bekas isteri dan anak sedikit masa dulu membuat saya sangsi dengan ilmu agama Islamnya.
Allah nak test dia nie sebenarnya, samada dia boleh tahan ke idak, so resultnya kita semua dah nampak kan. Jadi ada baiknya kita semua tau agar dimasa akan datang kita akan ambil iktibar supaya kita tak jadi macam dia nie, ULAR DALAM SEMAK....ssssss
Saya nak tanye Akhil Hai sejak dia menjauhi jemaah makin dekat dengan Allah ke atau pun makin jauh.. diri sendiri tak blh tipu jwb lh.. Pada isteri dia yg tak seberape tu bahagia ke dapat laki orang, perangai laki tu baik ke? Blh jwb sendiri
aku hanya boleh katakan kat mangkuk ayun ni...Ghaaaaaakk Ptuuuihhh!
semoga hatinya tidaklah berubah juga, kunjungi balik ya..
Catat Ulasan