13 Ogo 2012

UMNO Tak Guna Agama Untuk Kepentingan Politik Atau Tak Hiraukan Agama Dalam Berpolitik?

Kota Belud: Umno tidak menggunakan pendekatan agama atau perlembagaan untuk kepentingan politik bagi memenangi hati rakyat, kata naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sebaliknya, katanya, Umno menggunakan kuasa yang ada untuk memartabatkan agama demi memajukan ummah.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata parti pembangkang menggunakan pendekatan agama untuk aktiviti politik selain menggelar pihak yang tidak menyokong mereka sebagai menentang Islam.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan warga emas di Masjid pekan Kota Belud, di sini, Ahad.

Mohd Shafie menyeru rakyat Sabah agar memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya melakukan pelbagai transformasi kepada negara sepanjang tiga tahun pentadbirannya.

Pada majlis itu,beliau menyampaikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada 337 anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, fakir miskin serta 38 penerima zakat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. -BERNAMA


Ulasan GB

SEBETULNYA, UMNO bukan tidak menggunakan pendekatan agama untuk kepentingan politik, tetapi di dalam berpolitik, UMNO tidak mengikut dan mematuhi ajaran agama di dalam berpolitik.

Itu sebab mengapa UMNO lansung tidak menghiraukan hal-hal dosa pahala di dalam perlakuan dan tindakan mereka.

Banyak skandal melibatkan pemimpin UMNO pernah didedahkan sebelum ini. Gejala rasuah yang berleluasa, pengutamaan kroni, mencuri royalti, menyimpan artis sebagai spare-part malah membunuh pun pernah berlaku di dalam UMNO (kesah pembunuhan Dato Taha masih lagi dalam ingatan kita).

Kalau para pencacainya yang terdiri dari blogger dan cybertrooper mereka jangan cakaplah. Di bulan Ramadhan pun sanggup buat kerja-kerja dajal dan tak senonoh disamping mencarut-carut.

So, janganlah nak perdayakan rakyat dengan kenyataan bodoh, kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu.

11 ulasan:

Amuraria berkata...

sapi ee yang tak afdal ,kaki bedal spare part cukuplah tak payah bodek banyak-banyak buat busuk mulutsaja ;)
ABU saja penyelamat Negara dari spesis penyamun tarbus kaki peremuan & yang seangkatan dengannya !

Tanpa Nama berkata...

tak ada siapa2 ke di kalangan org PAS ajak je mamat sekor ni berdebat?

Tanpa Nama berkata...

Dia nie jual bakso goyang lidah pandai laa... Tidak memiliki tokoh seorang pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

Ada fahaman baharu iaitu Islam mazhab UMNO. Ini yang dimaksudkan Shafei Afdal dan diamalkan UMNO sekarang.

Raufung Tawau berkata...

Buat renungan Abg Pie; dulu lain sekarang tak serupa. Dulu orang boleh lagi sokong suatu parti tu dengan melihatnya secara keseluruhan sebab secara keseluruhannya masih ada kualiti. Sekarang terlalu berbeza, orang dah faham bahawa sesiapa juga yang memerintah, pasti kena buat kemajuan. Api, air dan jalan; itu kemudahan asas, tak perlu ungkit. Rakyat muak dengan pemimpin yang kumpul harta; biar sederhana kurang harta yang penting rakyat dijaga !

Tanpa Nama berkata...

Apa je UMNO cakap yang asal nak tunjuk mereka 'baik' tapi semuanya menimpa/ menghempuk kepala mereka semula. Taik tak boleh disucikan. Yang ada dalam syariat Islam hanyalah mensucikan 'tempat' yang terkena najis. Sebelum tuh kena buang 'benda najis' tuh terlebih dahulu.

Jadi kita sekarang nak bersihkan negara daripada benda najis tuh lah.

Jika UMNO/BN itu diumpamakan najis kepada negara maka...
Buang dulu 'najis' UMNO/BN barulah boleh dibersihkan tempat/bekas yang terpalit oleh 'najis berkenaan' itu.

Tak gitu ke bro...
ABU
Semoga Pakatatan Rakyat membawa berkat.

Tanpa Nama berkata...

Cakap seorg penipu..perompak harta negara,mmng xpandai agama nk ckp agama tang mane..

Tanpa Nama berkata...

Antara pemimpin umno yang tak cerdik ialah Syafie, selain dari Ahmad Maslan, Noh Omar, Ali Rustam.

Tanpa Nama berkata...

ada seorang lagi pemimpin umno yang tak cerdik yang tercicir iaitu hishamuddin keris

wau78 berkata...

Lupe la tu... Jat Lembu nak taruk mana ?

ahmadyani berkata...

Ini kata-kata lelaki yang berlagak lebih alim dari alim ulamak. Inilah tabiat pemimpin UBN, tiada ilmu agama tapi bercakap seperti ilmuan dalam agama. Apakah ini yang dia maksudkan menggunakan kuasa untuk memartabatkan agama?