27 Jul 2012

Ya Allah, Kau Berilah Balasan Kepada Mereka Yang Bertindak Melampaui Bidang Tugasnya Itu..

Polis sepak kad media, cuba rampas kamera

KUALA LUMPUR: Seorang petugas media memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini bahawa empat anggota polis memegang tangannya secara kasar dan merampas begnya ketika beliau sedang menjalankan tugas pada Perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Pembantu Editor Merdeka Review Edisi Bahasa Cina, Chen Shaua Fui (gambar) berkata, beliau memaklumkan kepada polis bahawa beliau seorang petugas media sambil menunjukkan kad medianya namun polis bertindak menarik dan menyepak kad medianya yang bertulis wartawan.

"Polis juga beri kata kepada saya, 'seorang polis sudah mati'. Kesemua mereka lelaki. Mereka juga beri amaran, 'kalau saya nampak kamu lagi, saya akan tangkap kamu," kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.

Shaua Fui, 34, berkata, polis bertindak demikian sewaktu beliau sedang mengambil gambar polis yang mengasari peserta Bersih di sepanjang Jalan Ampang.

"Saya nampak polis menyuruh semua peserta yang memakai t-shirt kuning menanggalkan pakaian mereka," katanya yang sudah sepuluh tahun berkerja dalam bidang kewartawanan.

Tambahnya, walaupun sudah membuat liputan di beberapa perhimpunan aman, inilah kali pertama polis bertindak demikian terhadapnya.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. -HD

‘Kawan pun bagitahu saya press polis terus pukul’

KUALA LUMPUR: Seorang petugas media hari ini berpandangan polis melanggar Seksyen 24 Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 ketika bertugas di Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Gambar: Najib melawat Radzi Razak yang cedera dibelasah oleh polis.

Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak bersetuju ketika wakil pemerhati daripada Bersih pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini membacakan kandungan sekyen 24 dan meminta pandangan beliau.

Seksyen 24 memperuntukkan mana-mana wakil media boleh mempunyai akses yang munasabah kepada tempat perhimpunan dan menggunakan apa-apa kelengkapan untuk membuat laporan tentang perhimpunan itu.

"Adakah anda rasa seksyen 24 Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 ini telah dilanggar?" soal pemerhati dan disusuli jawapan 'ya' oleh Radzi.

Pada hari tersebut, Radzi, 27, dipukul oleh tujuh anggota polis ketika berada di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Razak pada perhimpunan tersebut.

Menurutnya, sebelum beliau dipukul, beliau nampak dua anggota polis bercakap sesuatu kepada sekumpulan anggota yang berkumpul berhampiran Dataran Merdeka sebelum mereka berpecah dan memukul peserta yang berada di kawasan sekitar.

"Sekumpulan polis menuju ke arah saya dan menendang kepala saya sehingga jatuh terlentang. Saya jerit 'press' dan kawan-kawan saya pun bagitahu saya press. Polis terus pukul dan kemudian berlalu tanpa kata apa-apa," kata beliau yang merupakan saksi ke-17.

Beliau berkata demikian di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
-HD



Polis serang pelanggan di restoran A&W ketika Bersih, saksi beritahu Suhakam

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Polis telah menyerbu masuk ke dalam restoran A&W semasa perhimpunan 28 April dan menyerang peserta Bersih yang sedang makan di situ, kata seorang saksi kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dalam inkuiri hari ini.

Karam Singh Charan Singh, 50, seorang pemandu pelancong, mendakwa bahawa dia dan yang lain diserang oleh pegawai polis ketika sedang minum di restoran A&W di Jalan Tun Perak selepas perhimpunan itu.

“Polis telah menunjukkan kad kuasa mereka dan mengarahkan staf restoran itu untuk membuka pintu. Saya beritahu pekerja itu supaya jangan membuka pintu, tetapi staf restoran itu enggan mendengar kata saya dan membenarkan polis masuk.

“Polis itu kemudiannya terus ke meja saya dan rakan saya serta menyuruh kami membuka baju kuning. Seorang anggota polis kemudiannya cuba untuk menumbuk saya tapi tumbukannya hanya menyebabkan sedikit bengkak,” kata Karam.

Dia kemudian memberitahu panel bahawa polis telah memukulnya kerana cuba mempertahankan rakannya itu.

“Sembilan puluh peratus dari pelanggan tersebut adalah peserta Bersih. Ada seorang polis yang menjerit kami tidak sepatutnya dilayan begitu, mendakwa bahawa ada seorang pegawai polis telah dibunuh oleh para penunjuk perasaan.

“Polis telah memanggil kami ‘perosak’, memukul seorang lelaki dan mengherdik dua orang perempuan untuk pergi dari situ,”
katanya lagi.

Karam berkata bahawa dia mendengar khabar angin bahawa seorang pegawai polis dan dua orang penunjuk perasaan telah terbunuh pada hari itu.

Dia juga berkata kepada panel dan pemerhati dia tidak membuat laporan polis tentang serangan itu di restoran.

“Saya hilang keyakinan terhadap polis selepas menyaksikan cara mereka melayan dan menakutkan kami yang mereka akan menyerang kami jika kami mengadu tentang mereka.

“Saya tidak cedera dari segi fizikal, tetapi merasa malu dengan insiden tersebut,” katanya lagi.

ia berkata pada awal hari tersebut, suasana perhimpunan tersebut seperti karnival tetapi menjadi tegang apabila polis mula menahan para penunjuk perasaan.

Inkuiri yang bermula pada 5 Julai, mahu menentukan sejauh mana keganasan terhadap hak asasi manusia terhadap mana-mana pihak semasa dan selepas perhimpunan.

Panel inkuiri yang diketuai oleh Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh pesuruhjaya Professor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen akan menemubual 22 saksi dalam masa 22 hari.

Inkuiri bersambung pada 26 Julai.
-TMI


Ulasan GB

Perkara sudah berlaku. Tidak ada apa yang dapat dikatakan lagi. Yang hanya dapat kita lakukan ialah berdoa kepada Ilahi agar Dia mendedahkan dan melaksanakan kebenaran dan keadilan disamping menghukum mereka yang kejam dan zalim serta melampaui batas itu.

Kepada polis yang menendang dan menyepak orang awam dan para petugas itu, jangan sampai nanti Allah kudungkan kakinya supaya menjadi pengajaran kepada anggota polis yang lain. Ya Allah, Engkau Maha Mendengar doa kami...

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Fala laknatullahi aladzalimin.

Ameen.

Amuraria berkata...

amiin amiin yarabbal alamiin,moga balasan setimpal dengan kezaliman yang dilakukan ,ABU saja penyelamat negara & rakyat !

kayu_cemeti berkata...

Ada seorang hamba Allah meminta pertolongan tentang anak perempuannya cacat sejak lahir jatuh mengalami keretakan ditangannya dan katanya anak perempuannya yang sulong pun cacat begitu juga sejak lahir kami pun bertanya apakah pekerjaannya ia menjawab pendek FRU namanya aswandi diJohor saya pun terfikir inilah salah satu pengajaran yang Allah timpakan padanya mungkin tugasnya banyak menaniaya rakyat yang tidak bersalah saya pasti itulah sebahagian balasan tunai dari Allah dan amat yakin doa hamba Allah tak kira apa keturunannya atau agamanya doa mereka memang tidak terhijab masya'allah wahai anggota polis berpadalah dalam menjalankan tugas ikutlah garis panduan akta yang polis ada jangan mendengar arahan orang gila dalam politik atasan nanti kamu juga yang menyesal dan menderita kaum keluarga kamu beringatlah Polis sekelian saya ikhlas menasihatkan sebagai sesama insan ...

Suasana Politik Malaysia berkata...

Aamiinnn... Semoga dalam bulan yg penuh keberkatan ini, lebih-lebih lagi doa oleh pihak yang teraniaya, dimakbulkan doa ini...

Tanpa Nama berkata...

Amin ya rabbal alamin.

Tanpa Nama berkata...

Bagus! Imej polis mmg terburai teruk dek Bersih 3.0

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, sesungguhnya Kaulah Maha Mengetahui segalanya. Berilah petunjuk kepada mereka yang zalim. Makbulkanlah doa kami. Amin

The Seven Thing berkata...

najib dan gerombolan mereka akn menjawab dakwaan kezaliman ini di hadapan allah di hri akhirat nanti..kami rakyat kelantan tetap akn mendakwa najib, mahathir dan puak2 yg menzalimi kami dari dulu hingga kini.

Tanpa Nama berkata...

Apa yg diceritakan pernah terjadi kepada diri ini. Dalam tentera dulu aku raging cukup2 soldadu baru yg masuk unit. Akhirnya bila aku berhenti kemalangan motor beberapa kali dan yg paling teruk kaki kanan aku patah. Kaki ini pernah sepak dan tendang mereka waktu dahulu.Kini aku bertaubat kerana menganiaya mereka. Tetapi tak sempat nak minta maaf pada mereka semua. Yg mana aku jumpa minta maaf. Semoga Allah S.W.T. mengampunkan dosa aku