26 Jul 2012

Fitnah - Setpol MB Kedah Bakal Ambil Tindakan Ke Atas Padijantan

Difitnah rasuah, SETPOL MB Kedah lantik peguam untuk ambil tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor (gambar) melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang ekoran daripada fitnah yang mengatakan beliau menerima rasuah sebanyak RM1.3 juta oleh blog pro-Umno.

Muhammad Sanusi dan peguamnya itu akan mengadakan sidang akhbar pada Ahad ini untuk menjelaskan tentang status kes itu.

“Tunggulah dan kami akan memberi maklumat terkini mengenai dakwaan itu,” kata Sanusi mengikut lapor akhbar Sinar Harian.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ahmad Yahya menyokong tindakan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah melalui blog pro-Umno terhadap Setpol MB Kedah itu.

“Walau apa jua alasan, tindakan fitnah yang dilemparkan itu sangat berat dan memberi kesan terhadap imej Kerajaan Negeri dan parti sendiri.

“Tambahan pula beliau (Sanusi) turut memegang jawatan penting dalam parti sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah.

“Kita amat kesal dengan tuduhan berkenaan,” kata Ahmad mengikut lapor Sinar Harian.

Menurut Ahmad lagi, bulan Ramadhan seharusnya digunakan untuk belajar lebih bertimbang rasa dan bukan untuk memfitnah.

“Sepatutnya dalam bulan Ramadan, kita seharusnya bertimbang rasa, berkasih sayang serta tidak dicemari dengan unsur fitnah.

“Satu tindakan tegas sepatutnya dikenakan terhadap penfitnah yang menyebarkan perkara ini,” katanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menafikan memanggil Muhammad Sanusi untuk siasatan kes rasuah bernilai RM1.3 juta dalam laporan Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, akhbar tersebut turut melaporkan, Setpol MB Kedah itu menafikan dakwaan blog pro Umno tentang dakwaan beliau menerima rasuah sebanyak RM 1.3 juta.

Malah beliau menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin PAS Kedah.

Selain Muhammad Sanusi, nama Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd Ali turut dikaitkan sebagai sasaran seterusnya yang akan disiasat SPRM. -TMI

SPRM nafi siasat Setpol MB

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melakukan apa-apa siasatan dakwaan rasuah bernilai RM1.3 juta membabitkan Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Pengarahnya, Mohamad Yusoff Akobe berkata, SPRM tidak memanggilnya untuk siasatan kes rasuah malah tidak menerima sebarang laporan mengenai kes rasuah yang mencecah RM1.3 juta.

"Setakat ini, SPRM tidak menyiasat kes rasuah seumpama itu," katanya ketika dihubungi semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan, blog pro-Umno mendakwa Muhammad Sanusi ditahan oleh SPRM atas tuduhan rasuah bernilai lebih RM1.3 juta.

Namun Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah menafikan dakwaan itu sambil menyifatkan ia sebagai propaganda murahan dan perangkap politik musuh, khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Malah beliau menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin Pas Kedah.

"Saya didakwa berada dalam lokap SPRM sedangkan ketika itu saya menghadiri program bersama Menteri Besar, yang menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar," katanya.

Selain Muhammad Sanusi, nama Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd Ali turut dikaitkan sebagai sasaran seterusnya yang akan disiasat SPRM.

Sinar Harian bagaimanapun tidak dapat menghubungi Mohd Puat untuk mendapatkan penjelasannya mengenai perkara itu kerana difahamkan beliau kini berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika dihubungi juga enggan mengulas mengenainya.
-SH


FITNAH OLEH BLOGGER UMNO
BERNAMA PADIJANTAN





PADIJANTAN


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak nampak cahaya keimanan pada muka blogger ni.Patutlah suka-suka je buat fitnah.Mudah-mudahan laknat Allah s.w.t bagi pemfitnah ni.

Tanpa Nama berkata...

Muka tak nampak nur langsung.Org apa dia ni? Orang umno tu tahulah tapi agama apa?

padibunting berkata...

padi jantan......buat malu umno je hang ni...bodo tak bertempat!

padijantanbodo berkata...

padi jantan.....muka sama dgn perangai....hidong besak....pembohong besak!

Tanpa Nama berkata...

Muka nk ganas tp bodoh tak bertempat..10 drang ckp 20 aku tak percaya chit podah

Tanpa Nama berkata...

Muka pencacai umno ada ke yg ber 'nur' ?

Tanpa Nama berkata...

tak baik korang kata muka brader ni xde nur dan seumpama dengannya.

hanya Allah swt saje yg tahu dia tu beriman ke tidak.

lebih baik kita doakan smoga dia jd lbh baik dan kembali kpd landasan Islam yg sebenar seperti TGNA doakan najib

padisiam berkata...

Kalau hampa tenung lama-lama muka PadiJantan nie hampa akan nampak akan dia nie memang tak berapa cerdik, kurang bijak dan bangang tapi ada style... Bodo macam lembu !

Tanpa Nama berkata...

Muka burok tu kejadian Allah. Tak boleh kita pertikaikan. Tapi mamat ni tak sedar. Dah lah muka burok, perangai pun ikut sekali. Tak ada keinsafan lansung