Shah Alam 11 JULAI : Kerajaan Negeri sedang meneliti untuk memastikan kesemua masjid dan surau di negeri ini mendapat kemudahan wifi percuma.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata inisiatif itu diambil sebagai langkah untuk rakyat celik komputer dan informasi negeri dapat disampaikan.
“Cadangan itu sedang diteliti pada masa kini dan akan diumumkan kelak,” katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Negeri (DNS).
Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukkan tambahan sebanyak RM5 juta untuk memastikan pelebaran jalur internet lebih cepat dari yang dijangkakan.
“Ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar untuk pastikan ia dapat dilaksanakan,” katanya.
Tambah Rodziah, Kerajaan Negeri telah membuat dasar untuk menentukan kawasan pemasangan Wifi mengikut keperluan dan kriteria.
Antaranya kawasan tarikan perlancongan, komersial, pejabat kerajaan, medan selera di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kawasan riadah, hub pengangkutan dan Kolej.
“Bagi Fasa 1, kita telah lancarkan di Dataran Shah Alam, PKNS, medan selera Seksyen 2, 3 dan 9, Shah Alam selain Kuala Kubu Bahru dan Dun Permatang serta lain-lain lagi,” katanya. -selangorku

7 ulasan:
Cantik.... lepas tu sediakan pula 10 laptop / netbook ke kat surau / masjid ni. Biag semua AJK tau baca Blog dan sentiasa tahu perkembangan semasa lagi terkini. Nanti ramai remaja dok FB di surau/masjid dan bersolat jamaah bila masuk waktu, fuh cantik....
kawasan usj bila plak..terutama kat masjid al falah..surau2 sana..
salam
bagi saya ok je nak bagi wifi free
cuma kena pastikan laman2 lagha
lucah ,,either youtube or blog di BLOCK siap2 ..takut mencemarkan kesucian Islam ..pi masjid surau ,,tengok benda tak patut
takut nanti bila gi solat jumaat...bukan duk dgr imam baca khutbah..tp semua pakat duk main internet..duk chatting...etc
Masjid, Surau Akan Dapat WIFI Percuma....Cadangan ini satu langkah yg baik tapi kajian mnyaluruh hendaklah dilakukan trlebih dahulu tntang implikasinya dan baik buruknya dlm jangka pendek dn panjang, bagai mana pula dgn kuil dan tokong?????. mereka juga mmrlukan Wifi..brkerjalah dgn amanah, bukan mcari publisiti dn politik murahan, Jika mahu juga dilaksanakan fokuslah pada Taman2 perumahan yg mberi manfaat kepada semua penduduk.
Satu2 dasar yg hendak diperkenalkan ada baiknya mdapat matlumat akarumbi Parti trlebih dahulu belajar dari kesilapan lalu....cuntuhnya apa yg belaku kpd bantuan anak2 masuk IPTA/S amat mdukacitakan, Ramai rakyat selangor yg mpunyai hak tapi dinafikan nya kususnya yg tinggal dipinggir KL tak layak mendapat bantuan kerana MAYKAD nya kod 14, Ini mnunjukan kelemahan yg sangat ketara. wlaupun disokong dgn bukti jelas seperti surat bhenti sekolah Rendah dn Menengah serta alamat ibubapa semasa anak dilahirkan dari anak pertama hgga yg trakhir dilahirkan. Hentikan kerenah birokrasi krana ini punca kelemahan urustadbir dn rasuah brmaharajalela.
Akhirnya matlamat dan dasar yg baik ini mjadi cemahan rakyat kerana kuang ketelitian ..Perkara2 sebegini xsepatutnya belaku sekiranya kajian mdalam dibuat dn mdapat maklubalas akarumbi dari pemimpin2 PARTI trlebih dahulu....Malang nya sikap lebih sudu dari kuah ini lah mjadi tamparan hebat kpd parti dn tenaga kerja parti dprinkat bawah...Parti dibelakangkan semasekali dlm semua keputusa yg di ambil dlm mbuat dasar..akhirnya kecelaruan urustadbir dpt dilihat dgn nyata antaranya pelantikan Ahli Majlis Musyuarat,Isu Sampah, Cukai pintu, dan brbagai lagi isu2 rakyat yg tidak diberi keutamaan.
Ini semua akibat tidak ada psergaman antara Kerajaan dgn Parti..!
kepada samra... elok jika kiranya boleh ajukan pendapat ini terus kepada kerajaan negeri selangor. kita boleh tengok adakah mereka akan mendengar pendapat kita atau sebaliknya.
Kawasan felda dan kawasan ulu-ulu selangor yang didiami majoriti melayu perlu didahulukan. Masih ramai yang ingat umno sebagai kerajaan. Pemimpin umno Selangor apabila berucap di kawasan-kawasan kampong meletak PR sebagai pembangkang.
Catat Ulasan