Kuala Lumpur 6 Julai: Telinga seorang peserta Himpunan Bersih 3.0 hampir terputus akibat terkena kawat berduri polis yang dipercayai diperbuat daripada pisau cukur atau ‘razor blade’.
Menurut Sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Khairul Anuar Pawanchik, 60, kawat berduri yang diguna dalam himpunan 28 April lalu itu diperbuat dari pisau cukur untuk menentang musuh dalam peperangan dan bukan untuk orang awam.
“Kawat berduri itu bukan kawat biasa, ia adalah ‘razor blade barbed concertina wire’ yang hanya diguna dalam ‘killing zone’ untuk melemahkan musuh dalam peperangan.
“Ia juga digunakan pada dinding penjara untuk menghalang banduan dari melarikan diri,” jelas Pegawai Komunikasi PBSM itu lagi, semalam.
Beliau berkata demikian pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu juga berkata, semasa himpunan tersebut, beliau menyaksikan seorang peserta cedera dengan telinganya terkulai dan hanya mampu menahan sakit menggunakan tangannya sambil melarikan diri dari polis.
“Kecederaan itu berbeza dari luka akibat terseret di jalan raya ataupun digunting, kerana ia seolah-olah terhiris, dan melalui pengalaman saya, kesan itu berpunca dari kawat berduri tersebut,” kata Khairul.
“Saya menolak sama sekali penggunaan kawat berduri dalam perhimpunan yang melibatkan kehadiran beratus ribu rakyat,” tambahnya.
Khairul merupakan saksi ketiga yang memberikan keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
Dua lagi saksi ialah seorang pekerja sosial, R Kunabal dan Baharudin Hashim.
Turut dipanggil menjadi pemerhati, Majlis Peguam dan pegawai polis. -KD

1 ulasan:
umno, najib, hisamudin sudah gila. mahu bunuh rakyat sendiri.
Catat Ulasan