10 Jul 2012

Remaja Keluar Ikut Tingkap Untuk Dirogol "Awie"

Pelajar dakwa dirogol 'Awie'

BESUT - Rahsia seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini yang sering keluar melalui tingkap bilik tidurnya untuk bertemu teman lelaki pada awal pagi pecah tembelang apabila perbuatan itu disedari ibunya. Gambar fail

Rahsia itu terbongkar pada jam 2.30 pagi, Sabtu lalu oleh ibu remaja itu apabila dia terjaga daripada tidur kemudian selepas memeriksa bilik tidur anaknya namun mendapati anaknya tidak ada di dalam bilik manakala pintu tingkap terbuka.

Lebih malang, gara-gara tindakan mencuri keluar pada awal pagi menyebabkan pelajar itu mendakwa dirogol teman lelakinya yang dikenali dengan panggilan Awie yang tinggal bersebelahan rumahnya di sebuah kampung dekat Kuala Besut.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor mengesahkan menerima laporan tersebut dan memberitahu, sebaik menyedari anaknya tidak ada di dalam bilik, ibu mangsa pergi ke rumah jirannya itu dan mendapati mangsa berada di ruang tamu rumah bersama Awie. Menurutnya, ibu mangsa terus membawa anaknya pulang.

“Ibu mangsa turut mengesyaki Awie melakukan hubungan seks dengan anaknya kerana anaknya mengaku beberapa kali pergi ke rumah suspek ketika ibu dan ahli keluarganya sedang tidur,” katanya

Noorzainy berkata, polis sudah mengenal pasti suspek berumur 35 tahun yang sudah berkahwin itu dan usaha memburunya sedang giat dilakukan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. -SH

Ulasan GB

Kes ini diklassifikasikan sebagai jenayah rogol sebab pelajar itu berusia bawah 16 tahun.

Undang-undang di dalam negara kita menetapkan semua yang dibawah 16 tahun dianggap kes rogol sekalipun suka sama suka kerana menjadi tanggungjawab lelaki untuk menjaga dan menasihati mereka yang dikategorikan di bawah umur, bukan mengambil kesempatan dari kerelaan mereka.

Di dalam kes di atas berlaku kecuaian ibubapa menjaga anak perempuannya sehingga beliau boleh keluar melalui tingkap untuk ke rumah jirannya lantas dirogol.


1 ulasan:

SHaY berkata...

Maaf tuan. Itu bukan kecuaian. Itu dugaan dan cubaan dan ibunya bertanggungjawab memastikan anaknya selamat dan cuba membawa anaknya yg bermasalah kearah kerosakan yg merosakkan masa depan. Kalo keluarga yg berjaya mengesan kelicikan dan buruk perangai anak dikatakan cuai. Bagaimana pula ibubapa yg menurut kata anak, memanjakan anak dan membiarkan merelepas bebas serta tidak mendidik anak dgn cara hidup islam pula. Kalau kelaku perangai anak dah buruk dan bernafsu, hantar sekolah agama, didik dgn agama, pakai tudung litup, anak ustaz ustazah pun tetap akan liar. Ibubapa kena jadi lebih prihatin dan sekat perlakuan mereka seperti di atas bg mengelakkan mereka lebih terjerumus. Anak seperti diatas boleh jadi pada sesiapapun termasuk anak2 kita. Pantau pergaulan dan hubungan mereka selagi mereka belum berkahwin. Jgn percaya sepenuhnya pada anak kita walau mereka berbudi bahasa, menutup aurat, solat n berpelaran hingga universiti kerana ia tetap tidak menjamin keselamatan mereka dari digoda oleh hawa nafsu dunia selain pemantauan rapat ibu bapa dan iman yg tinggi. Wallahu a'lam.