10 Jul 2012

AJK Masjid Lapor Polis Campurtangan UMNO Tolak Imam Yang Dituduh Ahli PAS

Kemelut Imam Masjid Lenggeng semakin parah

LENGGENG: Kemelut perlantikan Imam Masjid Lenggeng sejak awal tahun ini semakin parah apabila 10 daripada 11 Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Lenggeng pagi ini.

Dalam laporan polis tersebut Mohd Fahmy Mohd Tamin, 70, yang mewakili AJK masjid; lima Datuk-Datuk Adat Lenggeng (pemimpin setempat mengikut hirarki sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan) dan 220 ahli kariah masjid; mendakwa salah laku tiga individu di dalam Jawatankuasa masjid tersebut menyebabkan urus tadbir Masjid Lenggeng menjadi celaru dan kucar kacir sejak awal tahun ini.

“Nazir Masjid, Mad Nor Ibrahim; Setiausaha Masjid, Osman Rasul dan AJK Masjid yang juga Ketua Umno cawangan Lenggeng, Zulkifli Rashid tidak akur dengan keputusan majoriti AJK masjid menghantar dua nama kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains).

“Kami menghantar nama Said Abdul Ghani sebagai calon Imam 1 dan Ustaz Azman Baharom sebagai calon Imam 2. Said mempunyai pengalaman sebagai Bilal selama 16 tahun dan sebagai Imam selama empat tahun.

“Walaubagaimanapun Mad Nor, Osman dan Zulkifli membelakangkan keputusan AJK Masjid dan menghantar dua nama lain iaitu Nordin Yusof dan Ali Hamzah. Nordin menolak tawaran tersebut sementara Ali pula diisytiharkan sebagai Pemangku Imam 1 oleh Mad Nor, Osman dan Zulkifli.

“Tetapi apa yang pelik sehingga hari ini tiada surat hitam putih daripada Jains yang mengesahkan pelantikan Ali sebagai Pemangku Imam 1.

Kes masih disiasat

“Saya sudah berjumpa pegawai yang berkenaan di Jains dan jawapan yang mereka berikan bahawa kes ini masih disiasat dan meminta saya bersabar,” kata Mohd Fahmy.

Apabila ditanya FMT mengapa 10 AJK Masjid termasuk Mohd Fahmy, Datuk-Datuk Undang Lenggeng dan 220 ahli kariah masjid tidak mahu menerima Ali sebagai Imam; Fahmy menjelaskan bahawa bacaan sembahyang dan tajwid oleh Ali tidak sempurna dan sering berlaku kesilapan di dalam bacaan beliau.

Mohd Fahmy juga mendakwa ada tangan ghaib dan campurtangan politik di dalam kemelut ini.

“Said dituduh sebagai orang PAS. Saya dan beberapa AJK masjid merupakan ahli Umno. Bagi kami tidak penting apa fahaman politik Imam.

“Ahli kariah tidak peduli apa fahaman politik Imam. Yang kami peduli ialah ilmu Imam itu mestilah mencukupi dan mampu mengendalikan bacaan sembahyang dan tajwid dengan sempurna.


“Justeru itu kami mendesak pihak Jains segera mengistiharkan keputusan panel temuduga pegawai masjid (Imam) yang diadakan pada 28 Mac 2012. Kami mendapat maklumat bahawa calon yang kami cadangkan iaitu Said dan Azman berjaya terpilih sebagai Imam”, jelas Mohd Fahmy. -FMT


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan masojid di Nogoghi Sembilan ni macam tu lah.Yang menontukan sapo jadi imam, sapo jadi bilal, sapo jadi AJK Montoghi Bosar (tak tau den apo yang bosa).Kalau ada hampeh2 dalam kariah tu repot, sianu ni oghang PAS, tak lamo tu lucutlah jawatan heh. Selalu nyo yang dilantik jadi Nazir, Setiausaha masjid mesti totok UMNO. Tompek den ni AJK sumo UMNO totok.Muka2 yang jaghang datang sombahyang kek masojid.Tapi bilo ada wakil rakyat ko, Ketua Bahagian ko, MB ko datang, diooghang ni bukan main lai datang dengan samping.Tapi den tabik dongan AJK dan Tok Ketuo Adat Longgeng ni.

Tanpa Nama berkata...

akau tak tau la... dulu-dulu ustaz kalau bagi tazkirah kat masjid minta ahli kariah lucutkan dan sangkut fahaman politik dan segala pangkat kat pagar masjid bila nak masuk masjid.

Priority dalam agama lebih besar dari politik dan pangkat. politik hanya wadah utk mencapai matlamat yg dikehendaki oleh agama.

sekarang politik dan pangkat yg tak habis-habis nak menguasai agama... apa nak jadi la malaysia ni?

AzMiR

Tanpa Nama berkata...

“Said dituduh sebagai orang PAS. Saya dan beberapa AJK masjid merupakan ahli Umno. Bagi kami tidak penting apa fahaman politik Imam.

“Ahli kariah tidak peduli apa fahaman politik Imam. Yang kami peduli ialah ilmu Imam itu mestilah mencukupi dan mampu mengendalikan bacaan sembahyang dan tajwid dengan sempurna."

Inilah pandangan orang cerdik. Agama didahulukan, parti dikemudiankan demi mendapat keredaan Allah.

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah masih ada gak orang umno yang memahami agama islam sebtul2nya...

tapi best gak tgk umno sama umno gadoh! hahahaha

anyway, betul yg di cakap tuh iaitu untuk menjadi imam mestilah berakhlak mulia dan lengkap ilmunya terutamanya TAJWID bacaan mesti TEPAT dan LENGKAP!

tapi biasanya ketua bahagian umno nih lbh utamakan KUASA DAN WANG dari islam... tengok la sendiri bini najib tuh sendiri, ada pakai tudung tutup aurat?????!!!

Tanpa Nama berkata...

Senang aja semua mesjid/surau bgi org umnook aja pegang lepas tu letak kan phankad kat mesjid /surau. 5 kali waktu solat kena phankad. utk ajk

Tanpa Nama berkata...

Ada kes ex nazir seleweng duit Masjid kt Paroi.. sorang x berani nk report

Tanpa Nama berkata...

AJK masjid mempunyai tanggungjawab yang berat di dalam memberikan kefahaman Islam kepada ahli kariahnya. Jika mereka gagal melaksanakan tanggungjawab itu, maka mereka akan berhadapan dengan situasi yang sukar di akhirat kelak. Oleh sebab itu, janganlah beria-ia sangat nakkan jawatan itu jika diri sendiri tidak mampu memikul amanah tersebut.