Polis menahan suami kepada Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kes kematian wanita itu yang mayatnya dikatakan ditemui tergantung di dalam biliknya di Apartmen Saujana, Petaling Jaya, kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suami mangsa yang berusia 31 tahun itu ditahan di Segamat, Johor kira-kira pukul 10.15 malam bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan terhadap kes tersebut.
Katanya, pihaknya mengklasifikasikan kes kematian Syaleza di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Kita sudah buat penahanan (suami Syaleza) di Segamat, Johor dan kita bawa beliau ke sini (Selangor). Kita cuma tahan untuk siasatan lanjut dan reman seminggu bermula hari ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Allahyarhamah Syaleza selamat disemadikan
Keluarga mahu tahu punca sebenar kematian Syaleza
Keluarga Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, yang ditemui mati di dalam bilik rumahnya di Apartmen Saujana Damansara Damai, Petaling Jaya kelmarin reda dan menganggap kejadian itu sebagai ketentuan Ilahi, namun mahu punca sebenar kematiannya disiasat.
Bapa mangsa, Jaffar Bakri, 60, berkata, keluarganya yang masih diselubungi perasaan sedih dan terkilan kerana punca dan cerita sebenar mengenai kematian mengejut anak keduanya itu masih belum jelas.
"Saya reda dengan ketentuan-Nya yang mahu anak saya pergi dahulu, namun saya terkilan kerana punca dan cerita sebenar meragut nyawanya masih belum jelas hingga kini.

Kronologi Kematian Syaleza Jaffar
Berikut adalah krologi penuh kematian Ekesekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar bermula dari penerimaan status Blackberry Messenger terakhir Syaleza sehingga penahanan suami mangsa iaitu Norazman Bashah.
- Status Blackberry Messenger terakhir Syaleza yang sempat ditulis berbunyi ‘sabar duhai hati’ kira-kira pukul 4 petang Sabtu lalu.
- Beberapa jam kemudian, Syaleza didakwa bertengkar dengan suaminya, Norazman Bashah, di rumah mereka di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Sungai Buloh.
- Syaleza dipercayai mula mengurung diri dalam bilik selepas bertengkar.
- Jiran rumahnya memaklumkan turut mendengar pertengkaran yang terjadi antara Syaleza dan Norazman yang dikatakan puncanya adalah kerana suaminya pulang kerja lewat.
- Norazman mendakwa dia bertindak memecah masuk pintu bilik selepas terdengar bunyi dentuman dari dalam bilik ketika hendak memanggil isterinya berbuka puasa.
- Norazman kemudian mendakwa melihat isterinya tergantung pada siling dalam keadaan tidak bernyawa kira-kira pukul 7 malam.
- Abang sulung Syaleza didakwa menerima berita kematian arwah pada pukul 9.30 malam selepas dimaklumkan oleh Norazman.
- Pasukan bantuan perubatan tiba pada pukul 10.30 malam.
- Norazman kemudian ditahan sebaik upacara pengebumian Syaleza di Segamat, Johor selesai pada pukul 10.15 malam kelmarin.
6 ulasan:
assalam gb!ana pun heran ngan pihak polis nie,pasai pa tak tahan suami masa selangor lg,nie p tahan kat joho cam na tu.kata mati mengejut peh tu kata da kesann jerut yg mana satu betoi? keliru bijak-bijak pak polisi!hehehe.
bersangka baik.. pasti polis ada prosedurnya tersendiri.. kita cume tunggu hasil siasatan dan berdoa agak arwah ditempatkan di golongan yg beriman dan kematiannya mendapat keadilan yang sebaiknya.. kalau anda nak jadi detektif conan, bukan di sini tempatnya
bulan puasa bulan sabar utk semua umat islam,bulan penuh ujian sebab tu kita dikehendaki membaca quran dan menghayatinya, pada bulan ramadan penghulu segala bulan bagi orang yg bertaqwa .
Ini la bala yg terhasil akibat bersongkongkol dgn umngok lahanat.. melaporkan berita2 sex, fitnah dan menipu dalam berita yg di keluarkan oleh Media Prima.. arwah adalah exec admin bahagian berita TV9,ank syarikat media prima. selepas ini tunggu pula org2 yg dekat tv3 pula.. hancur dan hina sehina2nya mereka yg menentang kebangkitan Islam.AMIN..Takbir..
Itu prosedur biasa polis.Mestilah jalankan soal-siasat sesiapa yg ada bersama arwah ketika itu.Kita doakan tiada yg teriniaya
Zax...anda berckp mcm manusia jahil yg ikutkan nafsu bila beri pandangan. Statement anda tu boleh dilihat dimana2 komen penyokong fanatik parti pembangkang. Hampir semua kejadian didunia ini yg x elok, nak dikaitkan dgn pihak yg tidak anda persetujui. Apa ni? Paling tidak, fikirlah hati dan perasaan keluarga arwah yg mungkin membaca statement jahil anda. Ajal maut ditangan tuhan walau bagaimana pun cara kematiannya..lbh baik doakan agar kematian anda juga nnt dlm keadaan baik dan bkn dlm keadaan penuh dosa akibat kutuk manusia lain.
Catat Ulasan