21 Jul 2012

Kalau Menteri KDN Sendiri Tak Tahu, Tangkap Segera SB Itu!

Kit Siang bidas Najib dan Hishammuddin, persoal mengapa SB dibenar sebar berita karut

KUALA LUMPUR, 20 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mesti memberi penjelasan mengapa polis Cawangan Khas (Special Branch) diberi imuniti dan kebenaran untuk menyebarkan berita ‘karut’ bahawa pengganas Jemaah Islamiyah (JI) dan bekas anggota komunis telah meresap masuk ke dalam parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan menjadi calon dalam pilihanraya yang akan datang, kata ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Semalam laporan Bernama melaporkan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen, telah mendakwa elemen JI sedang meresap kedalam PAS sementara elemen komunis sedang cuba untuk meresap kedalam DAP.

“Ini dapat dilihat sebagai satu lawak politik yang sememangnya jijik kalau bukan keseriusan idea-idea seperti ini yang berputik daripada akal yang tidak berakhlak yang menentukan polisi yang diimplementasikan oleh kerajaan dan bagi tujuan keselamatan dinegara ini.

“Apakah isu kebangkitan semula pengganas Islam dan momok komunis yang sedang meresap kedalam parti-parti Pakatan Rakyat, akan dijadikan satu alasan yang baru untuk melaksanakan satu operasi khas terhadap parti-parti PR untuk mengeluarkan anasir-anasir yang kononnya tidak berdemokrasi dan menggugat keselamatan awam oleh Pakatan Rakyat supaya UMNO/Barisan Nasional akan kekal berkuasa dalam pilihanraya umum ke-13?” soal Kit Siang.

Menurut timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, JI dan komunis dikaitkan dengan PR agar rakyat takut untuk memilih pakatan pembangkang itu dalam pilihan raya akan datang.

“SB bekerja untuk Umno, kalau ada unsur komunis atau JI yang memilih perjuangan bersenjata, mereka tak akan pilih ‘election’ (pilihan raya) sebagai wadah.

“Kerja SB hanya ‘create fear’ (wujudkan ketakutan) di kalangan rakyat supaya Umno - BN terus menang election,” kata Mohamad dalam kiriman mesej kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, kenyataan SB yang menuduh PR mempunyai kaitan dengan JI dan komunis adalah taktik lama dan kenyataan seperti ini adalah kenyataan kitar semula yang telah digunakan secara berulang-ulang.

Dakwa Adun Seri Setia itu lagi, jika benar dakwaan SB - JI dan komunis menyusup dalam PR dan akan bertanding pilihan raya, mereka perlu membuktikannya.

“Saya cabar Hishammuddin Hussein dan polis untuk menamakan pemimpin PR yang dikaitkan dengan JI dan komunis dan akan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

“Pemuda Umno lebih komunis kerana mempunyai hubungan langsung dengan sayap pemuda Parti Komunis China,” kata Nik Nazmi.

Menjelang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai 2011, momok komunis dimainkan apabila pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di tahan di bawah undang-undang Darurat (EO) kerana dikatakan menyebarkan dakyah komunis ke dalam perhimpunan Bersih. -TMI

JI-Komunis: Hishammuddin belum terima maklumat

SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata setakat ini beliau tidak menerima maklumat wujudnya pengaruh pengganas dan bekas komunis meresapi mana-mana parti politik di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau dan melakukan risikan bagi mengesan sekiranya wujud perkara seperti itu.

"Setakat ini saya tiada terima maklumat hubungkait dengannya...jadi saya tidak boleh menyatakan ia benar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Sebarang maklumat mengenai ancaman itu tidak boleh didedahkan kepada umum sehingga siasatan selesai, katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan polis bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti pembangkang selain cuba menjadi calon pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Dalam syarahannya di Parlimen semalam, Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dilaporkan berkata Polis Cawangan Khas mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi Pas selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

Hishammuddin berkata maklumat seperti itu cukup sensitif kerana ia mungkin datang daripada badan dan agensi keselamatan antarabangsa yang tidak boleh didedahkan kepada orang awam sehingga ia disiasat dan diselesaikan.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta polis Selangor mengadakan sidang media mingguan bagi menyebarkan sebarang isu berbangkit termasuk kadar jenayah semasa di negeri itu.

Katanya, perkara itu perlu bagi memastikan masyarakat menerima maklumat yang tepat dan mengetahui keadaan tahap jenayah sebenar yang berlaku di negeri itu.
- Bernama


Ulasan GB

Sesuatu kenyataan yang menggugat ketenteraman awam perlu diambil tindakan segera. Tetapi nampaknya pihak polis boleh sesuka hti mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan untuk membantu UMNO BN dengan cara menyebarkan maklumat provokasi yang memfitnah pembangkang dan boleh mencetuskan suasana panik seluruh negara.

Justeru itu, tangkap segera SB yang buat kenyataan palsu itu!

7 ulasan:

1 Malaysia berkata...

Pernyataan yang GILA dan BODOH. Desparado nampaknya.
Bila lagi nak gunakan Akta Baru untuk tangkap mangkok yang sebar maklumat palsu tu? Tangkap dan letak kat Pulau "SISILI".
Kesian melihat Malaysia Ku Ku Ku ini. Menteri dah jadi macam Menteri Negara "Pasola" atau "Vespa".

Tanpa Nama berkata...

Umno memang tak pernah ambil pelajaran dari pru 2008..rakyat makin cerdik dan bijak di zaman IT...disangka mereka dapat laba politik mileage besar dgn berita ini,tapi rakyat makin jelak dan menyampah dgn umno...

Tanpa Nama berkata...

minta si sofian tu tunjukkan bukti pr diresapi ji dan elemen komunis.
kalau tak dapat tunjukkan bukti apa tunggu lagi pr, saman sajalah.
kerana tuduhan tu sangat serius dan menggugat maruah pr.
ajar si sofian tu, lain kali jangan buat fitnah ikut suka hati, tanpa bukti.

Tanpa Nama berkata...

Atau menandakan tindakan awal untuk menangkap musuh politik sebelum pilihan raya seperti Ops Lalang rejim Mahathir dulu?

Minta dijauhkan.

Tanpa Nama berkata...

menteri UMNO buat SB macam Sirul, siapa suruh bunuh altantuya? baling batu sembunyi tangan?

Tanpa Nama berkata...

dulu masa nak bunuh umat islam di MEMALI pun tuduh PAS pengganas

Tanpa Nama berkata...

PERKASA diresapi UMNO. UMNO sahabat komunis