20 Jul 2012

Hosni Mubarak Juga Tak Mengaku Dirinya Diktator - Mahfuz

Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak, juga tidak mengaku diktator sama seperti bekas perdana menteri (PM) Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Dr Mahathir mengambil Mubarak sebagai contoh kepada apa yang beliau sebut sebagai ketua negara yang dicap sebagai diktator,” kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider melalui telefon sebentar tadi.

“Sama seperti Dr Mahathir, Mubarak juga tidak mengaku sebagai diktator malah seperti Dr Mahathir juga, bekas Presiden Mesir itu mahu dikenali sebagai seorang demokrat walaupun beliau dikategorikan dalam senarai utama demokrat palsu.”

Ahli parlimen Pokok Sena itu (gambar fail) menasihatkan Dr Mahathir supaya tidak perlu meminta bukti menunjukkan beliau seorang diktator.

“Tidak perlulah Dr Mahathir minta bukti kerana diktator tidak akan mengaku diktator.

“Lagipun, Dr Mahathir sendiri mudah lupa walaupun beliau suka menuduh orang lain mudah lupa,” katanya sambil merujuk inkuiri suruhanjaya siasatan video Datuk V.K. Lingam empat tahun lalu di mana Dr Mahathir beberapa kali mengatakan bahawa “saya tidak ingat”.

Mahfuz juga meminta Dr Mahathir “sedar sendiri” apakah imej beliau di mata dunia dan sebahagian besar rakyat negara ini.

“Adakah dunia khususnya sebahagian besar rakyat negara ini melihat Dr Mahathir dengan imej seorang pemimpin yang mesra demokrasi atau seorang diktator.

“Dr Mahathir jawablah sendiri, jika beliau sudah tidak ada lagi, adakah beliau akan diingati sebagai seorang demokrat atau seorang diktator,” kata Mahfuz lagi.

Sebelum pilihan raya umum 2008 lalu, kata Mahfuz, Dr Mahathir sering memberitahu rakyat bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam rasuah dan nepotisme serta menjadikan negara ini negara polis.

“Dr Mahathir jawablah sendiri, adakah Pak Lah atau beliau sendiri yang pertama sekali diingati dan lebih dahulu terlintas dalam fikiran rakyat dalam soal rasuah, nepotisme dan negara polis?” katanya.

Naib presiden PAS itu menasihatkan Dr Mahathir, jika benar sudah tidak ingat apa mengapa beliau dilihat sebagai diktator ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, tidak perlulah beliau menulis meminta orang lain membuktikan sifat diktatornya.

“Menjelang Ramadhan ini, eloklah Dr Mahathir memperbaiki imejnya dengan banyak beribadat dan beriktikaf di masjid daripada meminta orang ramai mengungkit-ungkit perbuatannya yang dilihat tidak elok ketika menjadi Perdana Menteri dahulunya,” katanya lagi.

Dalam tulisan dalam blognya, Dr Mahathir bertanya kepada pembaca, “Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator”. -TMI

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mahathir takut bayang sendiri....

Tanpa Nama berkata...

Mamak mahadead lupa yg rakyat tak kan lupa aper yg telah dia lakukan selama ini.......rakyat masih menyimpan rekod2 kediktatorannyer....dan menunggu utk menghukumnyer......tungggguuuuu

Tanpa Nama berkata...

Tangkap tanpa bicara di bawah ISA bukan kerja diktator????????

Tanpa Nama berkata...

Tp dia seorg PM yg bagus dlm kerjanya.....sejarah kurang menipu...hahaahha......dr bjb