20 Jul 2012

Papagomo Kena Lepuk Dengan Ulama Muda UMNO

Ulama Muda Umno tolak fitnah blogger Umno

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekreteriat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya pada sidang media di Kompleks Karangkraf semalam menolak budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno, Papagomo.

Beliau yang menjelaskan pendirian tersebut ketika menjawab pertanyaan pemberita berhubung budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno itu yang sentiasa menjadi topik utama kepada media pro kerajaan dalam usaha meraih sokongan undi.

"Saya katakan secara prinsip tidak setuju dengan bentuk fitnah dan provokasi yang dilakukan.

"Sewajarnya kita perlu perbetulkan dan memperbaiki keadaan, perlu bekerjasama dalam mengurangkan budaya melontar persepsi tanpa fakta dan bukti," jelasnya selepas program debat anjuran Sinar Harian.

Tambahnya lagi, didikan perlu dilakukan dalam membuat analisa sebelum menjatuhkan hukum.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan memberitahu mewujudkan budaya debat seperti ini adalah satu budaya yang sihat.

"Untuk buat budaya baru seperti debat ia perlu ada keberanian kerana politik tanah air bermula pertembungan yang sangat sengit.

"Walaupun kami berbeza pandangan dalam dunia politik kami tetap saling hormati menghormati," katanya.

Katanya lagi, budaya debat walaupun hujah itu kadang kala hangat serta tajam namun ia tetap menunjukkan satu kebaikan dalam mencari penyelesaian dalam setiap pandangan.

"Dengan debat secara terbuka kita dapat mengurangkan budaya lempar batu sembunyi tangan.

"Menuduh seseorang dengan pelbagai fitnah tanpa fakta tetapi tidak mahu bertanggungjawab terhadap tuduhan yang dilakukan itu," sambung beliau lagi.

Dalam pada itu, Fathul Bari memberitahu beliau telah menasihati blogger pro Umno yang telah menyebarkan fitnah tanpa asas terutamanya penyebaran video yang mengaibkan seseorang individu.

"Perkara yang melangkaui persepsi fitnah seperti penyebaran video yang mengaibkan memang kami tidak bersetuju.

"Yang salah tetap salah dan kami sentiasa membuat teguran," jelas beliau lagi.

Sebelum itu kedua-dua mereka telah bersama-sama dalam program debat yang bertajuk 'PRU13: Orang Muda Pilih Siapa' anjuran Sinar Harian yang dimoderatorkan oleh Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya. -HD

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah terlewat untuk ditegur ,apa bezanya umno fathul bari dengan umno papagomo....?DAH TAHU TIDAK BERSETUJU BUAT APA DUDUK DALAM TONG TAIK TU.....? TEGURAN YANG SIA-SIA,...FITNAH MEMFITNAH NI KERJA SAPA...??KENAPA TAK TEGUR SEMUA SEKALI..??DIBULAN POSA NI HENTIKANLAH SEMUA FITNAH TU.....SELAMAT BERPOSA

Unknown berkata...

Saya doakan semoga UFB akan "kembali ke pangkal jalan". Mengikut acuan Islam yang sebenarnya. Jangan menyokong UMNO lagi.

1 Malaysia berkata...

Tak bersetuju secara Prinsip saja? Sepatutnya seorang yang digelar ULAMA seharusnya tolak secara bulat-bulat dan benci akan perbuatan fitnah ini? Kan fitnah ini sangat dimarahi Allah swt.
Bolehkah Fathul Bari membetulkan kepincangan yang terdapat dalam UMNO? Teringat aku akan nasihat Tok Guru Nik Aziz. Bagaimanakah dan mampukah kita memberi tahi dari dalam tong? Bukankah bila kita berada di dalam tong tahi, sudah tentu lama kelamaan kita akan terkena tahi tersebut. Kalau tak terkena tahi sekali pun, bahunya masih terhinggap pada pakaian kita. Hadith Nabi pun ada berkata sedemikian. Yang beza hanya kiasnya. Nabi menggunakan Tukang besi sebagai contoh.
Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Kepada yang Melayunya, tak perlu berpuasa, ok.

tanda soal berkata...

stakat tegur buat apa, org mcm tu kena tangkap & hukum terus.. sbb terang2 buat salah.. slagi dlm tongtaik umno x payah la...cakap pasal ugama pun smata2 utk habuan dunia saja... slagi dlm krjaan bermaksiat, slagi tu la dlm laknat!

Tanpa Nama berkata...

Bagimana Bapak Mertua BEGITULAH Menantunya.

Kalau prinsip SOLEH mestilah Praktikalnya SOlEH. Persepsi juga Mesti SOLEH.

- Zunodeng.

Tanpa Nama berkata...

aku cadangkan UFB berdebat dgn USTAZ AZHAR IDRUS....kerana UFB ada kutuk dia...tolong panjangkan...

Tanpa Nama berkata...

Betul. Kalau basuh tong taik, pasti terkena percikan taik tu juga.

Tanpa Nama berkata...

Takut2 xdpt selamat umno UFB plk yg terjurumus..doaku smoga UFB terus berusaha,niat yg penting,perjuang di mane2 pn xpe

Tanpa Nama berkata...

ulama cari makan?, sama-sama cari makan dengan papagomo

ala atuk berkata...

Ya Allah, Maha Pemberi Hidayah, Kau berikanlah hidayahMu kepada UFB agar dia melihat dengan hati yang suci dan meninggalkan laluan yang palsu, amin.