Petaling Jaya:Bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir membidas tema perayaan hari kemerdekaan yang disifatkannya sebagai kempen pilihan raya BN.
Tema hari kemerdekaan tahun ialah Janji Ditepati.
“Ianya begitu terang dan terbuka tanpa sorok-sorok. Ini jelas membuktikan sikap kerajaan yang begitu ego dan begitu yakin tentang kedudukannya.
“Ianya tidak peduli sama sekali dengan perasaan pihak rakyat keseluruhannya. Ianya seakan-akan perayaan kemerdekaan juga telah menjadi hak “BN”,” katanya dalam kenyataan akhbar semalam.
Abdul Kadir yang juga Presiden Sementara Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) berkata, beliau pernah menjadi pengerusi perayaaan kemerdekaan selama tujuh tahun dari tahun 1999 hingga 2006.
Katanya, beliau dapat memahami kenyataan kekecewaan yang diluahkan merata-rata mengenai tema perayaan kemerdekaan pada tahun ini iaitu Janji Ditepati.
“Saya diingatkan bahawa pada pilihanraya 2008 hampir separuh dari pengundi seluruh Malaysia tidak mengundi BN.
“Oleh itu sudah wajarlah kerajaan perlu mengambil kira bagaimana untuk menarik sokongan hampir separuh dari jumlah rakyat ini supaya sama-sama dapat merayakan kemerdekaan tersebut,” tambah beliau lagi.
Pemimpin pembangkang
Abdul Kadir berkata, perayaan kemerdekaan adalah suatu peluang yang sebaik-baiknya untuk kita merapatkan hubungan di kalangan seluruh rakyat Malaysia.
Ia juga peluang untuk mengenepikan segala persoalan yang mengasingkan rakyat maka kerajaan begitu berhati-hati mengenai segala perkara yang berkaitan dengan perayaan tersebut.
“…supaya ia tidak menimbulkan sebarang kecurigaan dan sebaliknya pula perayaan tersebut dapat diterima dan disokong oleh semua pihak,” kata beliau lagi.
Menurut Abdul Kadir lagi, pemimpin pembangkang dijemput untuk menghadiri dan bila mereka menghadirinya maka adakalanya mereka dijemput juga di pentas untuk bersama pemimpin-pemimpin kerajaan.
Katanya, beliau sendiri setiap tahun sebelum perayaan bermula akan berjumpa Menteri Besar Kelantan dan juga Menteri Besar Terengganu (yang pada masa itu dipimpin oleh PAS) serta ketua pembangkang, Lim Kit Siang supaya memberi kerjasama dan merayakan perayaan tersebut sebagai suatu perayaan yang dipunyai oleh seluruh bangsa Malaysia.
Begitu juga bantuan-bantuan yang berbagai termasuk bantuan bendera yang termampu disalurkan juga kepada kerajaan-kerajaan pembangkang termasuk memberi ruang kepada mereka dalam media massa.
“Alhamdulillah, parti-parti pembangkang pada waktu itu telah memberi kerjasama 100 peratus kepada kerajaan dalam menjayakan program-program perayaan kemerdekaan,” katanya. -FMT
Ulasan GB
Oleh kerana sambutan Hari Kemerdekaan pun telah dirompak oleh UMNO BN, maka apakah ini bererti rakyat yang bukan ahli UMNO BN tak perlu lagi sambut hari kemerdekaan negara?
Apakah sambutan hari kemerdekaan sudah menjadi hakmilik eksklusif ahli UMNO BN sahaja?
Jika demikian halnya, baguslah, kami tak kisah.
Kami tidak memboikot tetapi kerajaan UMNO BN seolah-olah menyuruh kami memboikotnya.
Kepada Rais, kami menyatakan:
PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN
ORANG TAK HENDAK, KAMU PUN TAK HINGIN
Hal ini akan menguatkan lagi semangat mereka yang bukan ahli UMNO BN untuk berusaha "memerdekakan" pemerintahan negara dari UMNO BN didalam pilihanraya akan datang ini sehingga sambutan hari merdeka akan menjadi milik semua rakyat.
MERDEKA kali kedua iaitu kemerdekaan dari belenggu penjajahan UMNO BN selepas merdeka dari belenggu penjajahan British.

Rais: Tidak salah guna slogan 'Janji Ditepati' untuk tema kemerdekaan
KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata bukan satu kesalahan untuk menggunakan slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 kerana ia sememangnya mencerminkan komitmen kerajaan menunaikan janji-janjinya.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gagasan 1Malaysia umpamanya telah menunaikan janji-janjinya melalui proses transformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
Beliau berkata Najib telah melunaskan konsep 1Malaysia itu dengan menterjemahkannya antaranya dalam bentuk pengagihan buku, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Susu 1Malaysia, pembukaan Kedai Kain 1Malaysia yang dinikmati lapisan masyarakat termasuk penyokong parti pembangkang.
"Apabila kita buat sesuatu yang baik kita mengatakan komitmen kita sudah selesai, sudah dibuat, jadi tidak salah...," katanya apabila diminta mengulas rasional pengunaan tema 'Janji Ditepati' untuk sambutan hari kemerdekaan tahun ini, yang didakwa pihak tertentu menjurus kepada kempen politik.
"55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" dipilih sebagai tema hari kemerdekaan tahun ini.
Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) warga kementerian di sini hari ini, Rais berkata berlandaskan sistem demokrasi yang diamalkan negara ini, kerajaan harus bersaing memberikan yang terbaik kepada rakyat begitu juga pihak pembangkang.
"Jadi kalau pembangkang merasakan ini adalah slogan yang bawa kepada pilihan raya saya fikir memang tak salah jika disebutkan begitu.
"Dan pembangkang boleh kata kami (pembangkang) sudah buat ini dan ini, dan ini janji kami (pembangkang), ini pun tak salah.
"Tinggal lagi pembangkang harus terima satu hakikat, jangan dibohongi rakyat dengan perkara-perkara yang tak benar.
"Dan jika ada yang tidak betul dan tidak tepat..pembangkang boleh sebut dan kami (kerajaan) akan baiki menerusi sistem kerajaan kita," katanya.
Pada majlis APC itu, 1,018 kakitangan daripada 18 agensi dan jabatan di bawah kementerian itu menerima cek bernilai RM1,000 dan sijil pada majlis itu.
Seorang penerima APC daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Mahayudin Mohamad bersyukur dan terharu diberi penghargaan itu sambil menyifatkann pemberian anugerah itu menunjukkan sistem pentadbiran kementerian bertambah baik.
"Lebih banyak kakitangan di peringkat bawahan yang diberi pengiktirafan, ini menunjukkan sistem pentadbiran kementerian bertambah telus dan tidak memilih," kata beliau yang telah berkhidmat sebagai jurufoto berita selama enam tahun.
Penerima anugerah sebanyak lima kali, Fauziah Hussein daripada Unit Komunikasi Korporat daripada KPKK pula berkata penghargaan sedemikian, memberikan semangat kepada beliau untuk bekerja lebih baik.
"Yang penting, kita perlu lebih konsisten dan memberikan lebih daripada yang dikehendaki, perlu juga komited untuk menjadikan imej kerajaan lebih baik pada pandangan masyarakat," katanya. - Bernama
Ulasan GB
Oleh kerana sambutan Hari Kemerdekaan pun telah dirompak oleh UMNO BN, maka apakah ini bererti rakyat yang bukan ahli UMNO BN tak perlu lagi sambut hari kemerdekaan negara?
Apakah sambutan hari kemerdekaan sudah menjadi hakmilik eksklusif ahli UMNO BN sahaja?
Jika demikian halnya, baguslah, kami tak kisah.
Kami tidak memboikot tetapi kerajaan UMNO BN seolah-olah menyuruh kami memboikotnya.
Kepada Rais, kami menyatakan:
PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN
ORANG TAK HENDAK, KAMU PUN TAK HINGIN
Hal ini akan menguatkan lagi semangat mereka yang bukan ahli UMNO BN untuk berusaha "memerdekakan" pemerintahan negara dari UMNO BN didalam pilihanraya akan datang ini sehingga sambutan hari merdeka akan menjadi milik semua rakyat.
MERDEKA kali kedua iaitu kemerdekaan dari belenggu penjajahan UMNO BN selepas merdeka dari belenggu penjajahan British.
11 ulasan:
Janji ditepati patot ditukar kpd JANJI MASYUK!!!
Mohon rakyat s'wak tidak menyambut hari m'sia merdeka.coz m'sia xpernah merdeka.31 ogos 1957 tarikh malaya merdeka..bukan m'sia.kami rakyat s'wak hanya menyambut hari m'sia.bukan hari m'sia merdeka.SKALI LAGI..bukan hari m'sia merdeka.
22 Julai 1963..sarawak merdeka.
Dua hari lagi.
ngap sayot
agi idup, agi ngelaban
Apalah ertinya 55 tahun merdeka jika bahasa kebangsaan malaysia merempat di negara sendiri ? Lihatlah laman web swasta dan GLC semuanya menggunakan bahasa inggeris.
teman ingin mengesyorkan satu cadangan. apa kata pada sambutan kemerdekaan nanti pakat pakai baju kuning kat dataran. takkan polis nak halau kot. amacam,?
Betul kah janji ditepati ? BN banyak janji kosong, sebaliknya kerajaan Pulau Pinang dan Selangor hampir menepati semua janji-janji mereka yang mereka buat pada PRU 2008.
Jadi, slogan janji ditepati itu merujuk kepada Pakatan Rakyat dan najib menyuruh rakyat sokong Pakatan Rakyat. kah...kah....kah...!
Sory bro..aku x sambut hari 31 ogos ni.
Setuju dengan anon 6:05pm pegi tak pegi ke, sambut tak sambut ke, semua orang dipihak kita pakai baju kuning pada hari tu.
Boleh ja guna tema yang sama,tapi jgn lupa sertakan sekali gambar logo parti pas,dap,pkr....terutama di negeri kelantan,kedah,slngor,penang,perak .amacam?
mcm Harammm Jadahhhhhhhhhhhh
hari kata kita x pernah dijajah..pastu nak sambut merdeka apanya....mmg banganggg tahap gaban menteri2 yg ada dalam UBN
Catat Ulasan