22 Jun 2012

[VIDEO] Nama PM Disebut Dalam Video Beli Ahli Parlimen PKR

Nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan dalam pendedahan terbaru Video Beli Ahli Parlimen PKR yang didedahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad siang tadi.

Pendedahan video selama 30 saat itu menyaksikan bekas ketua pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim menyebut nama pemimpin nombor satu negara itu.

“Dalam siri pendedahan kali ini, Zamil ada menyebut tentang rundingan terus kepada PM andai tawaran yang diberikan tidak memuaskan kepada Ahli Parlimen yang ditawarkan tukar parti.

“Mereka yang ditawarkan ini bolehlah berjumpa sendiri dengan PM dan boleh juga meminta jumlah yang diinginkan,” beritahu Khalid mendedahkan isi kandungan video berkenaan.

Berdasarkan video tersebut, beliau juga menjelaskan dapat mengenalpasti modus operandi yang digunakan Zamli dan ejen-ejen lain dalam usaha membeli Ahli Parlimen PKR.

“Mereka sasarkan Ahli Parlimen PKR yang mempunyai masalah, yang tidak berpuas hati atau mengetahui bahawa mereka tidak akan dicalonkan semula untuk PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang, maka golongan inilah yang didekati atau dijadikan sasaran untuk dibeli,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Khalid mempersoalkan kewujudan PRU andai gejala politik kotor sebegini dibiarkan menjadi budaya dan amalan songsang untuk memperolehi kuasa sebagai Kerajaan Pusat.

“Apa gunanya kita bertanding dan menang namun kemudian Ahli Parlimen ini dibeli seterusnya menjadikan pihak yang kalah pula sebagai pemenang.

“Ini perkara serius dan tidak mustahil ia membabitkan kroni-kroni atau pihak berkepentingan untuk terus berada di tampuk kerajaan dan mengaut keuntungan,” tegas Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa Ahli Parlimen PKR yang dijadikan sasaran dan bukan Ahli Parlimen PAS atau DAP, Khalid menjawab ia sengaja dicipta untuk menjatuhkan imej PKR sebagai parti politik yang baru seterusnya memberi kesan buruk kepada kredibiliti Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

“Selain usaha ini dijalankan bekas ahli PKR sendiri, saya juga percaya mereka sasarkan PKR kerana ia parti baru berlainan dengan PAS dan DAP yang kuat kerana sudah berusia 30 tahun.

“Ini memang usaha menyeluruh kerana apabila imej PKR jatuh di mata rakyat, maka kredibiliti dan imej Pakatan Rakyat juga dilihat tidak cantik pada pandangan rakyat,” jelas beliau.

Khalid turut mendedahkan seorang individu yang digelarnya ketua ejen atau puak-puak yang bekerja keras untuk membeli Ahli Parlimen iaitu Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah. -selangorku


Video beli MP: Khalid dedah seorang lagi ajen

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendedahkan sambungan video perbincangan agen BN bersama wakil Ahli Parlimen Parlimen Pakatan Rakyat untuk melakukan pembelian wakil rakyat.

Video 30 saat yang ditayangkan kepada media itu menunjukkan wajah seorang lagi yang didakwanya sebagai 'agen Umno' yang dinamakannya sebagai Azwanddin Hamzah iaitu Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Sebelum ini, rakaman video pertama yang didedahkan Khalid menunjukkan wajah salah seorang lelaki yang didakwa bekas ketua pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim.

Selain menayangkan video, Khalid turut mengedarkan transkrip dialog antara Zamil dengan Ahli Parlimen PKR yang ingin dibeli itu.

Bagaimanapun, transkrip itu tidak begitu lengkap.

Zamil dalam transkrip dan video tersebut ada menyebut beberapa nama anggota PKR yang dianggap 'tidak berpuas hati dengan parti.

"Saya pun dari asal PKR. Kawan-kawan saya.. Sala...I mean..sat.. Sallehuddin dengan report itu semua...lepas itu ini Shamsul Iskandar, Jonah dan sebagainya ramai kawan-kawan lagi...kadang kala kita jumpa kita cakap termasuk Dato Rashid Din Merbuk.

"Saya rasa lebih kurang sekarang 31...saya rasa sekarang lebih dari setengah..Sani..Abdullah Sani, ini apa Amran, Ajiz Ketereh, ini semua tidak akan disenarai semula.." Kata Zamil dalam transkrip video tersebut.

Khalid berkata, terdapat usaha yang gigih dan teratur untuk membeli ahli Parlimen PKR bertujuan memburukkan parti itu.

"Mereka tumpu kepada PKR sebab nak tunjuk PKR ini lemah. Nak buat pada PAS tak boleh sebab PAS dah kuat, dah 30 tahun," katanya.

Namun ujarnya, Ahli Parlimen PKR yang ingin dibeli itu sehingga sekarang masih berada di dalam PKR.

Khalid berkata, beliau akan menayangkan secara berperingkat-peringkat video selama tiga jam itu.
-HD





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Patutlah 2 ekor ni kuat menyalak, nak dapat tulang kot.

matnuar berkata...

salam sejahtera...mmg bnyk mslh la org kaya sekarg nie...dh PM ape psl plok wt onar...rkyt plok jd mgsa...
www.matnuarkesihatan.blogspot.com