10 Jun 2012

TERKINI: Dua MP BN Sertai PKR

Sekurang-kurangnya dua ahli parlimen dari Sabah sudah mengesahkan keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Perkara ini disahkan sendiri Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini yang mengesahkan perkara itu sebentar tadi.

Dua pemimpin yang dimaksudkan ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran.

Turut dinamakan ialah Ahli Parlimen Beaufort dan Ahli Majlis tertinggi Umno, Lajim Ukin.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan samada pengumuman rasmi dapat dibuat malam ini, ekoran penerbangan pesawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur tergendala petang tadi.

"Dua MP ini Confirmed (pasti) akan sertai (KEADILAN). Cuma (tunggu) waktu sahaja, kita tunggu saja lah," katanya kepada Keadilan Daily.

Anwar dijadual tiba di Sabah pada jam 1.40 petang dan dijadual menghadiri dua majlis di Sabah iaitu sambutan perayaan Kaamatan di Kota Belud dan satu Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun penerbangan pesawat beliau ke Kota Belud ditangguh ekoran hujan lebat, sebelum menaiki pesawat ke Labuan untuk tiba ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang.

Beliau kini berada di Kompleks Star City, Jalan Asia City untuk menghadiri satu program anjuran Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA).

Jam 10 malam nanti, Anwar dijadual bertemu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah di lokasi yang sama.

Selain dua ahli parlimen, beberapa lagi tokoh dari Sabah dikatakan akan turut menyertai KEADILAN sepertimana dilapor beberapa blog.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong, dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri, Ibrahim Menudin.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional kini hilang lagi dua kerusi, pertambahan kepada pakatan pembangkang setelah satu lagi parti komponennya, Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee mengisytiharkan keluar dari BN dua tahun lalu.

Ia juga menguatkan spekulasi bahawa khidmat Musa Aman sebagai ketua menteri kini terumbang-ambing ekoran gagal memujuk kedua-dua pemimpin berpengaruh yang dikatakan tersingkir dari dicalonkan di parlimen masing-masing.

Sabah mempunyai 25 buah kerusi parlimen yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat dalam hasrat menumbangkan Barisan Nasional dari kekuasaan di Putrajaya.

Najib Altantuya sudah tentunya akan lebih tertekan dengan perkembangan terbaru ini kerana belum pernah dalam sejarah Umno-APCO dimalukan sebegitu rupa ekoran tindakan Lajim menyertai Anwar Ibrahim memandangkan beliau salah seorang ahli majlis tertinggi (MT) parti reput itu sehingga kini. -KD

TERKINI




akan dikemaskinikan

7 ulasan:

XUMNO berkata...

Apa tunggu lagi wahai ADUN2 Sabah. Ramai2 pindah. Jangan tunggu, nanti perahu karam dan lemas.Hijrah ramai2 sempena perayaan Keamatan ini.Bina era baru yang lebih baik dan mesra rakyat di bawah kerajaan Negara Berkebajikan Pakatan Rakyat.Sabah negara kaya. Janji2 dalam Buku Jingga pasti ditunaikan. Jangan toleh belakang lagi. Ayuh, pindah kepada yang lebih baik.

Tanpa Nama berkata...

sekadar pendapat...

ini adalah satu kaedah untuk MP-MP BN survive dalam mengekalkan status MP mereka, bimbang mereka akan kalah atas tiket BN pada PRU13 nanti, maka lompat parti adalah jawapannya, janji bertanding lagi depa menang.

tapi,,, bagus jugak, sekurang2nya dengan masuknya depa dua ni dalam PR, ia akan mendorong ramai lagi berbondong2 menyertai PR dan memberi kelebihan dalam perang psikologi menjelang PRU13.

x pa kot mna pun janji bila anwar jadi PM nanti cepat2 kasi clear kuman2 yg menjadi onar dalam kerajaan nih. pertama sekali kasi reject gani patail. kalau ada dia tu nanti susah nak sumbat mangkuk BN lain dalam lokap.

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat setuju dengan pendapat saudara,,,,pasti ramai lagi akan mengikut langkah terbaik dan terkehadapan

Tanpa Nama berkata...

Hati 2 pengalaman dah ada

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah moga kebenaran akan terserlah...muhasabah diri..takbir3x

Tanpa Nama berkata...

Itu khabar2 angin saja. Lompat melompat tak penting kerana ia adalah perbuatan yang tidak bermaruah. Lebih penting lagi perjuangan dan hala tuju parti ke arah Malaysia yang lebih progresif.

Tanpa Nama berkata...

lompat2 juga,tapi hati2 dengan permainan politik ni..takut nanti bila tercalon lompat balik masuk BN..sekadar mengingatkan