10 Jun 2012

Kematian Koperal Mustaghni, Seorang Anggota Polis Trafik Ditahan Reman

Klang: Polis menahan reman seorang anggota polis trafik berusia 51 tahun mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan kes kematian Koperal Mustaghni Tabri, 48, kelmarin.

Gambar: Allahyarham Mustaghni Tabri yang meninggal dunia akibat terkena balingan objek disyaki dari seorang anggota polis lain.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, anggota trafik yang direman itu berpangkat koperal yang disyaki membaling satu objek ke arah mangsa.

Arwah Mustaghni terbabit dalam insiden itu ketika bertugas dalam operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda di sini, jam 1.45 pagi, Ahad lalu.

“Dia direman bermula hari ini (semalam) sehingga Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes.

“Empat lagi anggota yang ditahan bersamanya kelmarin dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad di sini, semalam.

Ditanya berhubung perkembangan siasatan terhadap beberapa objek yang dirampas polis dari lokasi kejadian, Mohamad berkata, semua objek terbabit akan dihantar ke Jabatan Kimia, esok.

“Kita belum boleh dedahkan apa-apa maklumat berhubung objek itu selagi laporan siasatan mengenainya belum selesai.” katanya.

Kelmarin, lima anggota polis ditahan jam 4 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Lima anggota polis berusia 45 hingga 51 tahun itu ditahan selepas siasatan terkini mendapati kecederaan parah Koperal Mustaghni sehingga membawa kematiannya berpunca daripada lontaran objek seorang daripada anggota polis terbabit dan bukan akibat libasan topi keledar mat rempit sebagaimana dinyatakan sebelum ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, dipetik berkata, punca sebenar kematian mangsa masih disiasat, namun kecederaan disahkan bukan kerana dipukul dengan topi keledar tetapi akibat terkena lontaran objek keras.


“Siasatan dijalankan menjurus pelbagai aspek bagi membongkar kejadian sebenar, termasuk kemungkinan ia dilakukan untuk mempertahankan diri atau terkena pada mangsa.

“Kami merampas beberapa objek yang dipercayai boleh membantu siasatan dan harap tiada pihak yang membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai,” katanya, semalam. -MA

Ulasan GB

Kebelakangan ini banyak kejadian lemparan batu dan besi berlaku. Ramai yang tidak mengaku melakukan perbuatan tersebut. Dan polis seperti tidak mengindahkan lansung aduan-aduan yang dilakukan mangsa.

Hukum kebenaran dan keadilan pun menjelma. Kes di atas terkena kepada batang hidung anggota polis sendiri dan seorang anggotanya yang tak berdosa menjadi mangsa.

Barulah polis bangkit untuk menyiasat. Tup tup, anggota polis sendiri yang membaling!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca






8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalaamu'alaikum Tuan, AlFatihah utk arwah... Cuba imbas kembali, sehari selepas kejadian, media2 pro BN menggambarkan Mat rempit penyerangnya.. diikuti kenyataan ketua pemuda umno Klang yg datang menziarahi arwah dengan berkata, ini bukti kejayaan hasutan pembangkang supaya rakyat membenci polis, hingga sanggup mencederakan polis..(cubaan utk mengaitkan Pakatan dgn serangan itu).. akhirnya, kebenaran terserlah..

Tanpa Nama berkata...

Ok le tu skrung2 kita tau kisah sebaliknya.

Tapi jgn lupa, tu melibatkan yg pangkat rendah aje.
Yg pangkat tinggi2, ko rasa klu dia tumbuk mata sampai lebam, ko rasa klu tak tubuh s/jaya siasat, mau ke depa dedahkan?

Tanpa Nama berkata...

Orang awan lapor salah laku polis ketika jalankan operasi dikatakan palsu. Dahn sekarang kena batang hidung sendiri hah... amek kau

Tanpa Nama berkata...

itu yang mereka dapat hasil kerja kotor dan jijik lagi sial membelasah pserta BERSIH 3.0 yg berkumpul secara aman.. hukum kebenaran tercipta, sejak akhir2 ni byk anggota2 polis yg di lembukan ini mendapat bala dan sial. So selepas ini , fikir2 la 100 X , samada nak ikut telunjuk umno yahudi secara membabi buta.

Tanpa Nama berkata...

kalau mangsa dalam kejadian ini orang awam, sudah tentu polis akan menuduh si mangsa itu seorang penjenayah yang diburu polis.

Sekarang terkena batang hidung sendiri tak dapat nak kata apa-apa.

Tanpa Nama berkata...

Harap2 almarhum tidak terlibat dengan anggota2 polis trafic yang telah membelasah ,menerajang dan memukul sesukahati para demokrasi BERSIH 3.0 tempohari. Ingat , sesungguhnya kematian itu amat hampir kepada semua manusia di dunia ini. Al fatihah untuk almarhun.

zargus2702 berkata...

-pihak polis kalo nk menahan mat2 rempit ni mmg sadis, dlm 999 or berita mmg xkan tunjuk kaedah polis wat rodblok..mmg sgt ganas!!!

-mamat tgh bawak mtor laju,polis selamba je baling muncung kon kat rim,xde kon, kayu ,besi pun jadi..suruh motor tu terbalik kot..

-polis yg duduk kat celah2 semak, akan meluru trus ke jalan dan wat 'flying kick' ke arah penunggang motor..mmg hebat anak buah KPN ni..

-dan utk kes ni, pkirla sendri ape barang/objek yg dilempar,yg pada mulanya aku yakin ditujukan pd mat rempit or dikatakan mat rempit tu,tp trsalah landing kena kat geng sndri hingga membawa kematian?..tukul besi, M16, jek tayar, or ape2 je..

-ape2 pun mmg benar la yg Allah tu MAHA ADIL!!!..

Jauhar Mohd Dawi berkata...

Mat rempit ni kebanyakanya jd upahan umno mcm kat tenang dan dimerlimau mereka mmg jadi baruah atau senang mmg diajar jd samseng so sekarang samseng jalanan kena fitnah dengan samseng pukul orang masa bersih samseng vs samseng = umno