8 Jun 2012

Sekat PTPTN: Semua Pihak Kutuk & Kecam Langkah Menteri

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar menyekat penuntut Universiti Selangor (Unisel) daripada terus menikmati kemudahan pinjaman agensi itu walaupun pembangkang berpendirian ia patut dimansuhkan, kata Khairy Jamaluddin hari ini.

Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor.

"Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar.

"Mereka ini datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian.

"Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu," kata beliau dalam satu kenyataan SMS hari ini.

Semalam, pemimpin-pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar Unisel.

Unisel terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel.

"Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?

"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau.

Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel.

Sehubungan itu tegas Menteri Besar, tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik. -SH

MCA, MIC disagree with PTPTN freeze

PETALING JAYA: Two Barisan Nasional component parties disagreed with the decision to freeze PTPTN (National Higher Education Fund Corporation) loans of new students enrolled at Selangor-owned Universiti Selangor (Unisel).

MCA Selangor chairman Donald Lim said that politics should not have come into the equation at the expense of students’ education and future.

“Whatever decision we make as the government should not take politics into consideration, but the students… we should prioritise children’s education and future,” he told FMT.

Asked if he was admitting that the government had made a mistake, the senator and deputy finance minister refused to say “who is right or wrong” in the matter.

“I don’t want to say who was right or wrong here. They just have to consider whatever they have decided. And use their wisdom, whoever it is in the chair to make that decision. Students’ education is the priority,” he said.

MIC secretary-general S Murugessan also disagreed with PTPTN’s move.

“While the issue shows PKR’s hypocrisy with regard to its claim of providing free education but not implementing it in Unisel which is under the Pakatan Rakyat state government… PTPTN should not victimise the students over this.
petikan FMT


Sekat PTPTN mempercepat kejatuhan BN

KUALA LUMPUR: Amat malang rakyat Malaysia mempunyai Menteri Pengajian Tinggi yang mengurus pusat ilmu tetapi tidak faham konsep federalisme dan pendendam walaupun terpaksa mengorbankan masa depan pelajar yang tidak berdosa.

“Sepatutnya soal pendidikan tidak perlu dipolitikkan kerana mereka yang belajar di Universiti Selangor (Unisel) datang daripada berbagai latar belakang, majoritinya adalah orang Melayu,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, alasan dangkal menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hendak memberi pendidikan percuma jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat selepas PRU13, bukan sekarang ini.

“Semua ini gara-gara politik diktator yang memperalat demokrasi tetapi bertindak ala kuku besi,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Kerajaan Negeri Selangor mampu berbuat demikian jika segala hasil yang dipungut oleh Kerajaan Pusat di Selangor dimasukkan kepada perbendaharaan negeri seperti cukai lapangan terbang, cukai pelabuhan, saman trafik, saman JPJ, bayaran pasport antarabangsa, cukai ke atas restoran.

Masalahnya sekarang, kata beliau semua hasil itu diambil oleh kerajaan Pusat walaupun dipungut di Selangor.

Beliau menambah, nampaknya semangat federalisme pemimpin BN hanya tahu mengambil hak orang tetapi tidak tahu memberi kepada yang berhak.

Tambahnya, jika sebelum ini arahan diberi kepada agensi kerajaan pusat jangan memberi kerjasama kepada kerajaan PR, sekarang tindakan yang lebih melampau dengan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel.

“Semua tindakan ini penanda aras kerajaan BN berada di penghujung hayat, insya Allah tindakan terbaru ini mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN.

“Sepatutnya setelah 55 tahun merdeka politik semakin matang, bukan tindakan terkebelakang,” katanya.
-hd


Beku PTPTN UNISEL, Bukti BN Politikkan Pendidikan

SHAH ALAM, 7 JUN : Tindakan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa-mahasiswa UNISEL bukti Umno-BN mempolitikkan pendidikan untuk kepentingan dirinya sendiri.

Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini berkata tindakan kerajaan pusat terhadap lebih 1,000 pelajar baru UNISEL atau Universiti Selangor merupakan dendam terhadap Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata Umno-BN hanya memperjuangkan kepentingan parti dan bukannya Melayu seperti yang dilaungkan mereka.

“Lebih 90 peratus pelajar UNISEL adalah Melayu Bumiputera dan ini membuktikan Umno sedang mengkhianati orang Melayu,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di sini.

Hari ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan itu adalah untuk Pakatan membuktikan yang mereka mampu memberikan pendidikan percuma di Selangor.

Manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin hari ini menyifatkan tindakan PTPTN adalah ‘adil’ untuk PKR menguji dasar pendidikan percuma di negeri ini.

Manakala, Exco Selangor, Dr. Yaakob Sapari menyelar tindakan Khaled itu sebagai menekan mahasiswa yang baru mendaftar.

“Menteri hanya diberi amanah mentadbir, mengapa perlu dikeluarkan arahan bagi menyekat itu dan ini.

“Perlu diingat bahawa 22 peratus dari cukai kerajaan pusat disumbang oleh kerajaan Selangor,” tegas beliau sambil menyifatkan keputusan itu tidak matang dan kebudak-budakan.

Katanya, Pakatan hanya akan melaksanakan dasar pendidikan percuma setelah mengambil alih Putrajaya.

“Tindakan ini membuktikan bahawa Umno-BN tidak akan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat.”

Sementara itu, setiausaha publisiti DAP Selangor Jenice Lee menyifatkan tindakan Khaled sebagai tidak professional.

Tegasnya pendidikan seharusnya bebas daripada campur tangan politik yang menindas mahasiswa.

“Keputusan itu jelas bermotifkan balas dendam terhadap Pakatan yang ingin melaksanakan pendidikan percuma dan saya perlu tegaskan bahawa pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan pusat,” katanya yang juga Adun Teratai.
-selangorku




Ulasan GB

Tak sampai 1 hari GB berdoa agar Allah Segera Turunkan Pengajarannya Kepada Dua Menteri Ini, berduyun-duyun pemimpin masyarakat, kerajaan dan pembangkang mengutuk dan mengecam tindakan menteri yang bertanggungjawab menyekat PTPTN ke atas mahasiswa UNISEL.

Satu bentuk kezaliman dan kekejaman hasil dari perhitungan politik busuk oleh Khaled Nordin dan Muhyiddin Mohd Yassin yang menjadikan "pelajaran" sebagai bahan untuk menganiaya dan menekan keraaan PR di Selangor.

Semalam GB tulis:

Berlagak seolah-olah kamu "Tuhan" paling berkuasa di atas dunia dengan menganiaya nasib para pelajar UNISEL. Cuba menunjukkan kononnya kamu paling pintar untuk menguji kerajaan Selangor.
...
Langkah PTPTN membekukan pinjaman kepada para pelajar UNISEL adalah satu bentuk kekejaman dan kezaliman UMNO BN ke atas kerajaan PR Selangor dimana kali ini para pelajar dijadikan mangsa selagai langkah amat terdesak UMNO BN merampas negeri Selangor.

Sepertimana UMNO BN telah menganaktirikan Kelantan selama lebih dua dekad dengan menyekat pembangunan dan menafikan hak royalti negeri tersebut, kini mereka melakukan kaedah yang serupa untuk menekan kerajaan PR Selangor.

Namun hukum kebenaran dan keadilan menyatakan setiap perencanaan yang jahat itu akan kembali menimpa si perencana tersebut.
....
Teruskan sekatan jika dengan cara itu kamu kira boleh meruntuhkan kerajaan PR di Selangor. Kami akan berdoa ke hadhrat Ilahi agar Dia menurunkan pengajaran kepada kamu dan parti kamu berdua supaya kamu menyedari bahawa tindakan kamu itu menyalahi hukum kebenaran dan keadilan dan perbuatan kejam dan zalim kamu itu layak untuk dibalas dengan setimpal oleh Allah swt.


Mujurlah Kerajaan Selangor cepat membuat keputusan untuk mencairkan aset bagi membantu mahasiswa berkenaan. Muga-muga kerajaan PR Selangor berjaya mengatasi masalah ini dengan bijak dan biar rakyat menilai dan Allah menghukum tindakan UMNO BN yang zalim itu.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




17 ulasan:

hemisfera berkata...

BUkan patutnya kita cakap, alhamdullillah, perjuangan untuk menamatkan PTPTN semakin menjadi?
Patut panggil geng mahasiswa yang bercamping di Dataran Merdeka dulu untuk turun ke Unisel, yakinkan pelajar baru itu untuk tolak PTPTN, dan mohon pendidikan percuma dari kerajaan.
mohon dari kerajaan negeri. Negeri Selangor yang mewah dan makmur patut menjadi contoh dan peneraju dalam memberikan pendidikan percuma kepada pelajar di universiti miliknya.
Kan?

Tanpa Nama berkata...

Patutlah diingat bahawa mak bapa pelajar UNISEL yang disekat pinjaman PTPTN adalah pembayar segala cukai yang dikenakan kerajaan. Mereka juga tertakluk kepada undang-undang negara, jika salah boleh diambil tindakan.

Kalau tak mahu bagi pinjaman kecualikan mak bapa mereka daripada membayar cukai.

Kalau ada ruang dan peluang, saman sahaja beberapa pihak terbabit dari segi kesaksamaan dan keadilan.

Tanpa Nama berkata...

muka macam ni berangan nak jadi pm. pi mampus la

Tanpa Nama berkata...

good Khairy,ni contoh politik yang matang..terbaiik,,lpas ni kuarkan byk lg knytaan y menyokong student unisel...

Tanpa Nama berkata...

Terbukti malaysia ini ditadbir oleh menteri2 berotak lembu...kalau betol korang nak tunjuk ke'bijaklembu'an korang,janganla pegi rosakkan nama kandang&penggembala korang(najib ler tu),
Lembu kencing berak ikut suka,yang hancing kandang sendiri,jenuhla penjaga korang kene cuci...teruskan ber'otak lembu'' korang....syabassssse

Tanpa Nama berkata...

betapa bongkaknya kerajaan pusat sehingga pelajar dijadikan mangsa.

saya amat sedih apabila pemimpin yang kononnya memperjuangkan nasib anak bangsa tapi akhirnya terbukti sanggup mengambil tindakan sebegini.

Pemimpin sepatutnya mengambil tindakan yang lebih bijak sekalipun tidak puas hati dengan pembangkang yang mahu menghapuskan PTPTN.

Buktikan kos kos yang terlibat untuk pelajar universiti sekiranya telus dalam pentadbiran. Tapi kita semua tahu tiada siapa akan menjawab deggan jelas.

Teringat saya debat PTPTN soalan dari Rafizi dari 200 bilion yang diperoleh dari Petronas berapa peratus yang dibelanjakan untuk pendidikan. Soalan yang tidak akan dijawab oleh kerajaan.

Ridzuans berkata...

Tindakan KJ adalah semata2 nak meraih populariti dirinya yg teruk tercemar.tp aku suka.hahaha. Dlm BN ni mmg byk lembu yg jd menteri. Menteri yg matang aku nampak ada sorg je. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi je la. Moga2 kebodohan depa dlm mentadbir akan dapat membantu menunjukkan PR lebih pandai. Kagum dgn MB Selangor yg mengambil tindakan pantas utk membantu menghadapi tekanan dr BN.

Tanpa Nama berkata...

orang-orang seperti khaled nordin dan yang semasa dgnnya HARAM dimaafkan ...........

Tanpa Nama berkata...

Najib patut terbalikkan Menteri dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Nampaknya Timbalan Menteri lebih matang dan berwibawa daripada Menteri. Sangat malang universiti yang dipenuhi golongan cerdik-pandai dinaungi oleh Menteri seperti ini.

Tanpa Nama berkata...

UNISEL kena samam PTPTN, Kerana mereka layak dilayan seperti IPT lain.

Tanpa Nama berkata...

JOM BAYAR ZAKAT.....

Tanpa Nama berkata...

Amat tidak bijak kerajaan bn menyekat pinjaman kpd pelajar...hakikat sebenarnya mereka terperangkap,,sekiranya kerajaan selangor membuat keputusan memberikan pendidikan percuma kpd pelajar unisel,akan menyebabkan pelajar-pelajar dari universiti lain, akan membuka mata utk menyokong pakatan rakyat..saya sbg pengundi muda akan mengajak semua ahli keluarga di kampung utk mengundi pakatan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Apa yg dibuat oleh kerajaan bn boleh memerangkap diri mereka sendiri,,sekiranya kerajaan selangor membuat keputusan utk memberikan pendidikan percuma,,hakikatnya akan membuka mata utk pelajar dari universiti lain utk menyokong pakatan rakyat..saya sbg pengundi muda akan pulang ke kampung, mengajak keluarga dan saudara mara utk mengundi pakatan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Mmg celaka punya BN dan menteri

Tanpa Nama berkata...

ini la tindakan paling bodoh dibuat oleh menteri sepanjang 55 tahun BN perintah...PM Najib, buang je mamat Khaled nordin ni...menyusahkan ko je Najib...ko kempen teruk, last2 menatang ni buat taik...BODO

Tanpa Nama berkata...

Dlm pada tu segera bincang & fikirkan macam mana utk amik langkah2 yg bagus bagi menangani masaalah ini, yg akhirnya kita org2 Islam yg yakin pada ketentuan Allah akan berkata, 'ade hkmah di sebalik dugaan, Syukur ye Allah atas dugaan ini, Kau lah sebaik2 perancang!'.

Pakar2 ekonomi dll berkaitan Pakatan Rakyat, ayuh fikirkan, fikirkan, fikirkan....manakala yg Muslim, tambah dgn doa, doa, & serah pada Allah.

Tanpa Nama berkata...

kpd hemisfera,
adalah jelas dan maklum bahawa PTPTN yang nak dimansuhkan tu hanya akan dilaksanakan bila PR berjaya tawan PUTRAJAYA.Bukan bila PR tawan Kerajaan Negeri.Memang SELANGOR negeri yang maju dan makmur.Banyak duit.Tapi duit cukai tu kerajaan pusat yang pegang.