Polis halang bapa Chong Wei terjun
GEORGETOWN: Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.
Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.
Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin. -hm

Bapa Ahli Sukan Cuba Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang
BUKIT MERTAJAM: Polis menggagalkan dua cubaan membunuh diri bapa kepada seorang ahli sukan negara termasuk di atas Jambatan Pulau Pinang.
Lelaki berusia 59 tahun itu yang menetap di Butterworth pada mulanya dikatakan cuba membunuh diri berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan Lepas awal pagi ini namun digagalkan pihak polis yang bertindak memujuknya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT). ACP Azman Abd Lah berkata pihak polis menerima maklumat lelaki itu sedang menangis di tepi laut berhampiran pusat membeli belah Queensbay kira-kira pukul 4 pagi Ahad.
"Pasukan peronda dihantar ke tempat kejadian dan bertindak memujuk beliau agar pulang ke rumahnya.
"Anggota kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memujuknya sebelum dia mahu pulang dengan baik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata pasukan peronda polis itu juga bertindak mengiringi bapa ahli sukan itu yang memandu kereta bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
"Sebaik tiba di kilometer dua Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 7.45 pagi, dia memberhentikan kereta di tepi jambatan dan keluar serta cuba terjun ke laut. Bagaimanapun hasil tindakan pantas polis, kita berjaya menyelamatkannya," katanya.
Azman berkata lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
"Berdasarkan keterangan awal, beliau mendakwa menghadapi masalah keluarga kerana anggota keluarganya tidak mempedulikannya," katanya. BERNAMA
3 ulasan:
i. duit bnyk tidak boleh nak belikan tenteram dihati..
ii. atau pun dia sedih sgt chong wei dah panggil datuk wpun lom kawin dan muda lg..
iii. kita dah tua ..anak2 dah kawin baru dapatkan datuk ..
oleh itu bahagian masing2..
1 BAPAK BOLEH JAGA 10 ANAK TETAPI 10 ANAK BELUM TENTU BOLEH JAGA 1 BAPAK. Asyik megejat Bulu Ayam sampai bulu bapak ( belai rambut la ) tak terbelai......
dia rindu kat LCW kot!
Catat Ulasan