27 Jun 2012

[Bergambar & Video] Blogger Adukataruna Bermandi Darah Dipukul -updated

Beberapa keping gambar yang memaparkan salah seorang aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) dalam keadaan berlumuran darah tersebar sejak pagi tadi.

Beliau merupakan pengendali blog adukataruna.blogspot.com atau nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani. Malaysiakini melaporkan Aduka menerima tiga jahitan akibat kecederaan itu.

Difahamkan berlaku kejadian tumbuk menumbuk di antara aktivis Royalti Minyak Kelantan dengan kumpulan yang dipercayai penyokong Umno.

Menurut Aduka, beliau yang menyertai perhimpunan Pra-Himpunan Royalti Menjunjung Titah Tuanku Sultan Kelantan telah dipukul oleh sekumpulan 15 orang yang disyakinya sebagai anggota Pemuda Umno.

Tinjauan di laman Facebook Dato Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan mendapati beliau menyiarkan satu ucapan takziah terhadap aktivis Menuntut Royalti Minyak Kelantan yang menjadi mangsa.

Di bawah ini kenyataan media yang dimaksudkan.

Rakaman Takziah dan Simpati YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Kepada Mangsa Keganasan Himpunan Menyokong Royalti Minyak

1. Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan untuk merakamkan ucapan takziah dan simpati terhadap lima orang mangsa keganasan pihak yang tidak dikenali semasa Himpunan Menyokong Royalti Minyak di hadapan Kota Darulnaim pada pagi ini Isnin 26 Jun 2012.

2. Beliau yang sedang berada di Shah Alam, Selangor bagi menyampaikan ucaptama di Majlis Wacana Ilmu Mengenai Rasuah anjuran Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini juga turut melahirkan rasa kesal terhadap insiden ini yang disifatkan tidak wajar berlaku sekiranya semua pihak menghormati hak bersuara yang telah dijamin di dalam perlembagaan.

3. Justeru, YAB Tuan Guru telah menyampaikan sumbangan tanda simpati kepada semua mangsa yang terlibat. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Datuk Abdul Fattah Mahmood, ahli Exco kerajaan Negeri Kelantan sebagai mewakili YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu ketika semua mangsa sedang membuat laporan polis sebentar tadi.

4. YAB Tuan Guru juga turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan yang telah ditunjukkan oleh rakyat Kelantan terhada usaha kerajaan negeri menuntut royalti minyak dan pendaratan gas yang telah dinafikan oleh kerajaan pusat. Juga terima kasih kepada pihak keselamatan yang telah memberikan kerjasama di dalam memastikan perhimpunan aman ini berjaya dilaksanakan.

Yang menjalankan tugas,


AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 26 Jun 2012


sumber:freemalays

Cerita ringkas R berdarah

Deal dengan OCPD, UMNO himpun kul 10-12. Royalti kul 9-11. UMNO serah memo kul 12, Royalti serah memo kul 11.

Jam 10-11 adalah waktu kritikal. OCPD cakap kena bahagi kawasan. Gua bawak dalam meeting dalam 5-6 kali kemungkinan UMNO sampai awal. Tapi ditolak atas alasan UMNO susah bangun pagi.

Sebab gua tak percaya, gua sampai jam 7 pagi. Sorang2. 15 minit kemudian group UMNO sampai. Dalam 15 orang. Gua sms gua vs 15 sekarang ni. Tapi still takda apa2 berlaku. Diorang buat kerja diorang. Gua buat kerja gua.

Program UMNO bermula jam 10 pagi. Itu keputusan OCPD dan meeting. Kalau lu tgk video boleh tgk bagaimana kami (R) di depan dan UMNO di belakang. Kalau kami langgar kawasan, seawal 7.30 semasa gua vs 15 lagi dah kena belasah. Tapi takda pun. Malah siap tanya nak pinjam tali rapia lagi.

Menjelang 8.30, perhimpunan R mahu bermula, UMNO pun kata nak mula. Deal dengan OCPD jam 10. Mula halau peserta R. Baru nak berunding dengan polis uniform dan preman, Pengerusi TUKAR tolak badan gua. Jeming terus sound. Automatik group 15 orang tadi menyerbu memukul group yang berbincang. Beberapa rakan dibelasah termasuk 2 polis pakaian preman. Pun kena belasah gak.

Dalam kalut mempertahankan diri tu, sampai gua ke tengah jalan, beberapa rakan tarik gua dari terus berada dalam kumpulan tu.

"Dah Aduka, dah aduka! Lu dah berdarah." Gitu la lebih kurang. Penyudahnya puak2 ni demo depan SUK, gua demo dengan nurse n misi kat spital. Padan muke gua.

Sidang Media kat sini :



Video streaming by Ustream

-adukataruna



















7 ulasan:

Waris berkata...

Umno ni memang jahat... tak dapat dinafikan lagi

Unknown berkata...

AMNO NI GAK PERANGAI SUPO YAHUDI LA, YAHUDI MELAYU

6803man sarawak berkata...

Perangai manusia xdapat dipisahkn dgn kejahatan syaitan nya.

Amuraria berkata...

POLIS BUAT KERJA APA ? SAMPAI KUMPULAN SAMSENG BOLEH BERTINDAK BERMAHARAJAGILA SESUKA HATI ! APA CERITA PULA JIKA INI DILAKUAN PR ? MESTI DENGAN CEPAT & CEAP POIS MENYEU KAN ? MANA KEADILAN PDRM ? KERJALAH UNTUK RAKYAT BUKAN UNTUK UMNO-APCO !

Tanpa Nama berkata...

Diserang ? Siapa lagi kalau bukan oleh pihak yang tidak menyokong tuntutan royalty? Siapa pula yang tidak sokong royalty selain daripada UMNO-APCO ?

Royalty itu untuk kebaikan orang-orang Kelantan dan mengapa ada anak Kelantan yang sanggup buat demikian? Penyerang itu samseng upahan UMNO-APCO ? Jawapan nya terang dan jelas, budak sekolah rendah pun tahu. Haram Jadah!

Tanpa Nama berkata...

Tak ada pula Breheng Ali dan ahlinya.
Memang UMNO pemunah masyarakat. Kalau ahi UMNO cerdik sudah pasti ia sokong nak dapatkan royalti minyak.

Tanpa Nama berkata...

cayalaa...sorg jer lawan... :)